Advertisement

Main Ad

Padang Kota Lama Yang Dah Lama Tak Jejak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!

Apa kabar semua?! Hari ini merupakan hari kelepasan am di peringkat negeri Perak sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Daulat Tuanku! Alhamdulillah! Dapatlah ibu berehat 3 hari di rumah. Yeayyyyyyyy! Bebas sekejap dari tekanan seharian menghadap fail yang menimbun di pejabat. Semalam rutin bulanan transfusi darah ibu. Alhamdulillah tiada sebarang komplikasi selepas transfusi. Berkat dari doa mereka-mereka yang tidak putus mendoakan dan memberi semangat pada ibu. Ibu sayang kalian semua. Xoxo!

Hari ini ibu nak sambung bercerita kenangan kami di Penang. Selepas kami selesai mencari jeruk, kami terus pecut ke Padang Kota Lama. Opah nak mencari pasembor pula. Perjalanan kami dibantu oleh Google Maps. Terima kasih lah ya sebab bantu kami cari sampai jumpa. Maklumlah 10 tahun dah tak jejak ke Penang mana tak lupa. Huhuhu!

Sampai di Padang Kota lama kami tidak terus terjah kedai pasembor kami ambil angin di Esplanade dahulu. Menghayati permandangan laut yang luas. SubahanAllah! Indah sungguh ciptaan Allah swt. Tenang rasanya bila dengar bunyi deruan ombak. Terasa sangat tenang dan damai. Alhamdulillah! Setelah puas cuci mata kami terus tuju tempat mengisi perut. Misi mencari Pasembor. Ngeheeee!

Selepas selesai dapat apa yang dihajati kami tak duduk lama. Sejak opah masuk umur 65 tahun ni dia tak suka berjalan lama-lama. Dalam perjalanan balik kami singgah sebentar di Fort Cornwallis berdekatan saja dengan Padang Kota Lama. Tapi tak masuk ke dalam sekadar bergambar di luar sahaja. Jadilah kan ada juga lah kenangan gambar Aqil Naim berlatar belakangkan meriam. 

Selesai Aqil dan ayah bergambar kami terus gerak balik ke Ipoh. Memang tak ada nak singgah ke tempat lain. Ikutkan banyak lagi tempat-tempat best di Penang. Tapi opah dah tak larat lagi nak singgah mana-mana. kerana tujuan utama opah hanya nak mencari jeruk dan pasembor sahaja. In shaa Allah! Ada rezeki ibu ayah dan Aqil akan turun Penang lagi. Mungkin kami bermalam di Penang. Best sikit kan?!

Jom layankan Picca Of Love kami.
Walaupun tak lama dan tak banyak tempat yang kami singgah.
Kami tetap gembira.


Waktu kami sampai hujan mula turun rintik-rintik.
Antibodi ibu lemah.
Kena hujan sikit pun boleh demam.
Jadi berpayunglah jawabnya.
Tapi tak lama pun berpayungnya.


Ewahhh! Payung mana?!
Tadi bukan main cakap demam segala.
Kalau bab nak bergambar sanggup buang payung yer.
Ibu Aqil banyak akai. ;)


Terima kasih Intan Payung.
Pandai dah anak manja ibu ambilkan gambar.
Tapi kalian janganlah tertipu ya.
Punya banyak dia ambil gambar candid.
Yang betul-betul cantik adalah 1 atau 2 sahaja.
Anak bertuah.


Inilah dia anak bertuah ayah ibu.
Sudah semakin tinggi.
Mendongak ibu dibuatnya.
Hahaha!


Inilah yang dicari-cari opah Aqil.
Tapi percaya tak kami tak makan pun disana.
Kami bungkus bawa balik.
Hahahahaha!
Opah cakap takut nanti tak habis kita bungkus sajalah.
Boleh juga makan sambil layan movie.
Aduhhhhhhh!
Ibu banyak akai ker opah yang banyak akai ni. ;)


Memang banyak pilihannya.
Rambang mata tengok macam nak ambil saja semua.
Tapi siap kan saja duitnya.
Ahaks!


Dalam banyak-banyak menu ini yang opah nak rasa sangat.
Alahai opah dekat Ipoh pun ada.


Laksa Penang tetap pilihan ibu dan opah.
Hantu laksa lah katakan.


Ini pilihan Aqil Naim Magie Sotong.
Sedap sangat katanya.
Licin dia makan seorang ayah nak cukai pun dapat sesuap saja.
Itulah ayah suruh order tak mahu.
Ayah pilih kerang bakar sahaja.
Tapi gambar tak dapat ambil.
Tak sempat nak ambil ayah dah ngap dulu.


Sebelum balik bergambar dulu tiga beranak.
Aqil memang mahal sungguh senyuman dia.
Jenuh nak disuruh senyum.


Nak bergambar kenangan dengan opah pun jenuh pujuk.
Susah sangat nak senyum sekarang ni.
Kalau dulu ajak selfie laju saja dia.


Seronok bila tengok ombak.
Tenang jiwa.
Tapi ombak yang macam ini lah.
Kalau ombak yang kuat tu seram juga.
Teringat pula ibu kisah Tsunami yang pernah melanda kita dulu.
Penang juga turut terkesan.


Aqil Naim bergambar kenangan di Fort Cornwallis.
Ibu ajak masuk kedalam dia tanya kena bayar tak?!
Ibu jawab kena bayar tiket.
Terus dia cakap tak apalah ambil dari luar saja.
Aishhhhh!
Apa ingat ibu ayah tak ada duit ke nak bayar.
Pujuk pun tak mahu tetap nak bergambar di luar saja.
Sejenis budak Aqil Naim ni paling tak suka dipaksa.
Kalau tidak katanya maka tidak lah jawabnya.
Oklah tak apa.
Next time ada rezeki kita datang lagi ya.
Sebelum datang kita search mana lagi tempat yang menarik.
Ibu buat senarai siap-siap.


Ayah dan anak terunanya.
Satu-satunya geng ayah.
Geng main game.
Huhuhu!


Waktu nak balik nampak pula jam ni.
Kereta pun tak banyak yang lalu lalang waktu ni.
Apa lagi tunggu.



Bergambar lah sekeping.
Jadilah buat kenangan dengan jam ni.
Hahahahaha!


Waktu datang kami lalu di jambatan lama.
Waktu balik kami saja bawa opah merasa lalu di jambatan baru.
Bayangkan sudah berapa lama jambatan ni wujud.
Ini baru kali pertama opah lalu.
Sebab opah gayat katanya dia dengar jambatan kedua Penang ni lebih panjang dan rendah. ;)
Mulalah opah fikir macam-macam.
Memang sepanjang di atas jambatan sikit pun opah tak bersuara.
Diam saja dia duduk di belakang. ;,)
Alhamdulillah!
Kami selamat sampai ke rumah pukul 4 petang.
Syukur kerana perjalanan balik kami pun lancar.
Tanpa ada kesesakan yang luar biasa.
Maka berakhirlah episode jalan-jalan cari jeruk dan pasembor kami.

Cuti 3 hari ni kami tiada apa-apa plan.
Plan mengejut tu tak tahu lah pula kan.
Kita jumpa lagi nanti dalam next entry.
In shaa Allah!

Post a Comment

6 Comments

  1. Gambar dengan jam tu tak menahan. Hehe. Bestnya jalan Penang walaupun sekejap. Pasembor tu kalau main ambik je ready lah nak membayar nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan masa bergambar dengan jam tu tak ada kereta langsung. Jalan clear. Hihihi! Betul sesekali jalan kejap pun dah habis hati dibuatnya. Pasembor tu ambil punya ambil masa bayar terkedu sekejap. Hahahaha!

      Delete
  2. bestnya makan angin, kalau pi penang wajib singgah semua tempat makan yang sedap-sedap tu, terbaik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti nak cuba Nasi Kandar Beratur pulak. Tapi bila tahun nak turun lagi tu tak tahulah. Hahahahaha!

      Delete
  3. yum yum sedapnya pasembor.. seronok gak byk gambar candid kalau tgk balik sure terhibur kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer mama.. Ibu paling suka gambar candid.. Dia lebih natural.. Hihihi!

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.