Advertisement

Main Ad

Asyik Sakit Memanjang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!

Selamat berhujung minggu buat semua. Cuti panjang kita hujung minggu ni, dari hari Sabtu, Ahad dan terus membawa ke hari Isnin. Perayaan Krismas jatuh pada hari Ahad maka secara automatiknya cuti kelepasan am akan dibawa ke hari Isnin. Alhamdulillah! Dapatlah kita semua cuti extra sehari. Apa plan kome cuti tiga hari ni?! Berjalan kemana?! Apapun semoga semuanya dalam keadaan baik-baik saja hendaknya. 

Sebenarnya ibu dah mula bercuti dari hari Rabu yang lepas. Bukan apply cuti rehat tapi ibu diberi cuti sakit. Asyik sakit saja ibu Aqil ni kan?! Memanjang saja tak sihat nya pun. Aishhhh! Apalah daya ibu bila Allah swt tu pilih ibu untuk diujinya dengan nikmat sakit sebagai penghapus dosa-dosa kecil. Agaknya banyak sangat dosa kecil yang ibu dah buat ni. Waktu dalam keadaan diri ni tak sihat, mulalah ibu memikir macam-macam. Apalah yang ibu buat sampaikan Allah swt uji sedemikian rupa. Ibu ada dosa dengan sesiapa ke?! Boleh dikatakan kerap juga ibu jatuh sakit sejak dua menjak ni. 

Bulan November saja ibu dah mula cuti sakit. Ibu demam dan hampir seminggu ibu tak masuk pejabat, lemah sakit seluruh badan dibuatnya. Lepas tu bulan Disember, minggu ini saja dah masuk kali ketiga ibu update entry ibu tak sihat. Sebelum ni ibu diserang sakit Ulser Mulut. Lepas tu Jumaat yang lepas ibu tak kerja sebab kepala sakit rasa melayang-layang. Selang beberapa hari ibu sakit lagi. Aduhhh!!! Penatlah jadi ibu Aqil ni. Kesian si Intan Payung ibu yang seorang tu. Budak-budak lain waktu cuti sekolah mak ayahnya bawa berjalan kesana kesini. Tapi Aqil Naim kerjanya kena jaga ibu dia yang asyik sakit memanjang.

Pernah ibu cakap dekat Aqil "Ibu minta maaf yer Aqil sebab selalu sangat sakit susahkan Aqil je kena picit lengan kaki ibu yang lenguh-lenguh ni..." Aqil jawab "Tak apalah ibu kalau saya tak picit siapa lagi. Saya dengan ayah lah yang kena jaga ibu tak kan nak panggil jiran sebelah rumah ni pula datang jaga ibu..." Aduhai! Ayat mula-mula tu dah berjaya buat air mata ibu bergenang. Tapi bila part nak panggil jiran sebelah rumah tu rasa nak terbelahak ketawa ibu ni Aqil. Kamu ni kan kalau bab bahasa tu mesti sarkastik kan?! Menurun dari ayah ler ni. Hahahahaha!

Ikutkan minggu ni di pejabat ada buat dua jamuan makan-makan. Hari Khamis jamuan doa selamat dan bacaan Yassin serta sambutan hari lahir bagi staff yang lahir bulan Julai hingga Disember. Ibu tak dapat join. Kecewanya sebab makanan deme sedap-sedap dan kutipan dikenakan sebanyak RM20 seorang untuk majlis tersebut. Rugi rasanya tak dapat makan sedap-sedap. Tak apalah ada rezeki lain yang Allah swt aturkan untuk ibu. 

Semalam hari Jumaat ada potluck geng "Kite Kite Je Okay", ini nama geng ibu di pejabat. Semua ahli geng "Kite Kite Je Okay" ni sememangnya sekepala dan gila-gila. Hampir dua minggu kami plan buat potluck makan-makan hari Jumaat lunch hour di pejabat. Kebetulan salah seorang dari geng kami nak menunaikan Umrah awal bulan Januari 2023. Jadi minggu depan adalah minggu terakhir beliau bekerja sebelum beliau terbang menjadi tetamu Allah. Allahurabbi! Seronoknya! Teringat kenangan waktu kami mengerjakan Umrah tahun 2014. Waktu tu Aqil Naim baru je berumur enam tahun. Rindu rasanya nak menjadi tetamuNYA lagi. In shaa Allah! Mungkin ada rezeki dimasa akan datang. ;) Jadi semalam ibu tak dapat nak join mereka potluck. Sedih pula rasanya. ;(

Bila dah sakit ni banyak aktiviti yang tak dapat kita buat. Apa nak dikatakan. Ini semua sudah menjadi suratan takdir. Ewahhhhh! Udah macam lagu kumpulan Gersang pula Suratan Takdir. Eceihhhhhhh! Hihihi! Bila mereka kongsi gambar-gambar potluck di group whatsapp kami, ibu jadi rindu. Kerana mereka semua juga merupakan sumber kekuatan ibu. Alhamdulillah! Ibu bersyukur dikelilingi kawan-kawan yang sangat positif dan happy go lucky. Semua tu rezeki dari Allah swt. Setiap kali bersama mereka ibu selalu lupa yang ibu ni berpenyakit orangnya. ;)

Jadi untuk minggu ni ibu hanya bekerja sehari setengah sahaja. Hari Isnin ibu kerja penuh sehari dan hari Selasa ibu balik halfday. Ibu dah tak tahan sangat bila kepala ni rasa macam nak meletup dibuatnya. Sampai saja rumah ibu mandi basahkan rambut dan terus tidur. Esoknya hari Rabu barulah ibu gagahkan diri ke klinik berdekatan rumah. Dapatlah ibu cuti sakit dua hari sampai hari Khamis. Doktor pun bagi ibu ubat migrain. Ikutkan dah lama ibu tak kena migrain ni. Tak pasal-pasal ibu kena makan balik ubat tu. Redha je lah ibu. Nak sihat kan?! ;)

Ikutkan hari Jumaat ibu dah kena masuk pejabat. Tapi ibu ambil cuti rehat sehari lagi. Alang-alang menyeluk pekasam kita habiskan cuti direct seminggu ni. Minggu depan saja lah ibu masuk kerja. Ngeheeeeeee! Nasib baik blog ibu ni orang pejabat tak tahu langsung kewujudannya. Kalau tidak kantoi semua cerita-cerita ibu disini. Hihihihi! Tak nak lah mereka tau pasal blog ni. Segan pula rasanya kalau mereka baca. ;)


Rasanya ini kali yang ke berapa ibu ke klinik.
Terbang duit dibuatnya. ;)


Adik tu tengah tulis slip MC ibu.
Katanya ubat kali ni mahal sikit.
Ubat migrain dan antibiotik yang mahal tu.
Tak kisahlah adik asalkan kakak sihat balik. ;)


Uimakkkkkk!
Macam-macam jenis ubat dibaginya.
Ubat sakit kepala dan migrain tu makan bila perlu sahaja.
Kepala dah tak sakit tak payahlah makan lagi.
Kalau migrain menyerang semula baru makan.


Ibu nak bergelap saja.
Inilah dia bila ibu diserang migrain.
Cahaya sikit pun ibu tak suka.
Duduk bergelap dalam bilik yang sunyi sepi.
Sambil memeluk Alpaca kesayangan ibu.


Geng Kite Kite Je Okay
Ngeheeeeee!
Mereka ini lah yang selalu menceriakan hari-hari ibu di pejabat.
Macam-macam ragam dan perangai.
Semuanya otak gila-gila. ;)
Ada tiga orang diantara kami yang sudah berbelas tahun berkerja dalam satu pejabat.
Yang lain-lain datang dan pergi bersilih ganti.
Jika satu masa nanti kita terpisah disebabkan tuntutan kerja.
Semoga ukhwah kita ini berkekalan selamanya.
Aamiiin! Ya Rabb!

Malam ni ibu dan ayah bawa Aqil Naim pegi tengok wayang. Nampak gayanya ibu tak berjaya pujuk Aqil tengok cerita Mechamato. Aqil request nak tengok cerita Avatar : The Way Of Water. Oklah Aqil malam nanti kita pegi ye. Ibu dah booking tiket online siap-siap. ;)


Post a Comment

10 Comments

  1. Kalau kena migrain mmg ubatnya tidur dlm gelap selepas telan pil.. take care ibu.. semoga sihat lps ni menjelang ambang 2023

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak mim memang lepas tu rasa lega sesangat. In shaa Allah kak terima kasih atas doanya. Semoga segala yang baik2 juga buat akak. ;)

      Delete
  2. semoga cepat sembuh ., ramainyer girlfriend tuuh., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminnn! Terima kasih Wak. Iya Wak ibu ramai "girlfriend" Hihihihi!

      Delete
  3. moga tabah dan reda dengan ujian sakit....tatkala usia semakin senja ( ternasuk saya) ..sakit adalah fenomena yang bukan luar biasa sebenarnya...apa-apapun jaga makan dan jaga segalanya...in shaa Allah semuanya akan jadi ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah MrHanafi. Terima kasih banyak2 atas kata semangat dan doanya. ;)

      Delete
  4. Saya 3 minggu hidung tersumbat. Tidur tidak lena.
    Selagi boleh sabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah! Semoga Allah swt angkat darjat kita berkat kesabaran dan redha kita dalam menempuh setiap ujian dariNYA. NA cepat sihat juga ya. ;)

      Delete
  5. Allah sayang ibu tu 🤗
    Sebenarnya bila lepas satu, satu Allah uji kita, kita jadi makin kuatkan? Rasa makin dekat dengan-Nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah! Allah swt tgh didik hati supaha husnuzon.. In shaa Allah! Terima kasih sis.. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.