Advertisement

Main Ad

Makcik Bawang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!
Salam Jumaat penuh barakah buat semua.
Makcik Bawang!
Itu istilah untuk mereka yang suka sangat nak bercerita hal orang sana sini.
Suka nak bergosip.
Suka nak menyampaikan info baru tentang orang lain.
Haishhhhhh!
Makcik bawang sungguh lah.
Hihihihi!
Ibu ni boleh lah masuk dalam kategori Makcik Bawang juga.
Tapi bukan lah Makcik Bawang yang kepoci tu.
Ibu jenis yang suka lebihkan bawang dalam setiap masakan ibu.
Dalam masakan ye kawan-kawan bukan dalam perbualan ibu.
Terutamanya kalau ibu goreng ikan pekasam.
Siapa sini penggemar ikan pekasam?!
Ada juga yang tak suka makan ikan pekasam.
Tapi untuk ibu menu ikan pekasam tu saja dah boleh buat nasi ibu bertambah dua pinggan.
Hanya dengan ikan pekasam.
Syaratnya ibu kena letak bawang lebih.
Perghhhhh!
Dia punya nikmat bila makan dengan nasi panas tak tau nak cakap macam mana.
Ayah nak cubit sikit pun ibu tak bagi.
Hahahahaha!


Korang tengok lah.
Selambak bawang ibu goreng.
Hahahaha!
Makcik Bawang!


Ikannya seketul je.
Kedekut ya amat.
Ngeheeeeee!
Ayah bukanlah penggemar ikan pekasam.
Ayah tak suka makanan masam-masam ni.
Tapi yang geramnya bila ibu goreng untuk ibu seekor.
Sibuk lah dia nak cubit sikit.
Tapi cubit sikit-sikit dia tu berkali-kali.
Geram pulak aihhhh. ;)


Nak power ibu perah asam limau.
Baru umpphhhhhh! ;)


Akhirnya!
Mana pegi ikan tadi?! ';)
Udah tersembunyi disebalik the bawang ranger's.
Kih! Kih! Kih! Kih!

Alhamdulillah! Menu simple. Menu biasa-biasa saja. Tapi cukup buat ibu jadi luar biasa bertambah nasinya. Tak boleh selalu sangat buat menu macam ni. Bahaya kome oiiiiii. ;)


Post a Comment

10 Comments

  1. Sy pun peminat bawang besar... bawang goreng yg crunchy pun sy suka ratah... tp yg homemade la... hihiihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 tu.. Tak taulah kenapa Kak, ibu ni kalau ada bawang tu memang kaut semua tambah kalau makan TomYam berebut nak kan bawang.. Hahahaha!

      Delete
  2. Ada yang minat, ada yang tak boleh dengan bawang. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SR ada orang langsung tak boleh terima makan bawang.. ;)

      Delete
  3. sedapnyaaa ikan pekasam.... kat sini payah nak jumpa...

    bawang ni plg sy suka kalau ada dlm telur dadar atau roti telur... oh satu lagi, sambal sotong pun sy suka kalau banyak bawang heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke Anies, Anies duduk mana yer?! Memang susah nak dapat stok ikan pekasam yer sana?!

      Delete
  4. masa kecik dulu cukup tak suka ikan pekasam nak2 bila waktu arwah mama goreng...busuk ya rabbi...tp bila dah berusia ni baru tau nikmatnya makan ikan pekasam goreng mcm ibu buat ni...letak cili padi lebih sikitt..ngammmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer Ammi ibu pun sama. Dulu kalau emak ibu goreng ikan pekasam ni merampus2 sebab tak gemor kan baunya. Tapi bila sekali dah mencuba sampai kedekut tak nak berkongsi lagi dah. Hahahahaha! Pstttttt tadi ibu goreng lagi ikan pekasam kali ni ibu letak cili padi potong banyak2.. Memang sedap lah jawabnya.. ;)

      Delete
  5. Makcik bawang bab makanan takpe, makcik bawang semua benda nak ulas, gi main jauh-jauh. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bethoi!!!!!! Jangan join geng makcik bawang kepoci.. Makcik bawang bab makan2 tak apa boleh masuk geng.. Hihihihihi!

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.