Advertisement

Main Ad

Blogwalking Dari HP Sampai Bateri Kong

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti sejuk!!
Welcome December & Goodbye November.
Ibu nak update sikit saja tak banyak pun.
Sebelum ni ibu dah menulis entry panjang menjela kan.
Entry kali ni simple saja.
Sementara mood ibu rajin nak menulis ni tengah ada kan.
Huhuhu!
Kelmarin ibu tak sempat ziarah blog kawan-kawan.
Fokus ibu menaip entry tentang masalah Skoliosis Aqil Naim yang menjela panjangnya.
Jadi malam semalam ibu luangkan masa ziarah blog kawan-kawan.
Meninggalkan komen dan membaca setiap entry.
Ibu blogwalking melalui hp saja.
Malas nak buka laptop.
Dasar pemalas ibu Aqil ni.
Hahahahaha!
Menaip entry simple ni pun ibu guna hp saja.
Tak apalah entry ringkas bolehlah guna hp sambil guling-guling.
Itupun dah rasa kebas tangan ibu.
Sedar tak sedar tengok-tengok bateri hp pun kong.
Memang bateri hp ni cepat kong tak tahan lama.


Daripada bateri 100% tak sampai sejam setengah ibu blogwalking tinggal 30% saja.
Waktu ibu nak habiskan menaip entry ni pun bateri tinggal 27%.
Memang dah tak tahan lama bateri hp ni.
Ibu guna hp ayah kalau hp ibu rasanya lama bertahan baterinya.
Sebab tu ayah suka pakai hp ibu untuk main game perang online dia.
Aiyooooooo! ;)

Hari ini hari Khamis dan esok hari Jumaat hari last kerja. Tapi esok ibu tak kerja pun sebab esok ibu ada temunjanji dengan doktor Pakar Hematologi Thalasemia pula. Temujanji 3 bulan sekali. Mohon doakan ibu yer. Terima kasih kawan-kawan. ;)

Post a Comment

10 Comments

  1. 👍👍👍👍👍👍

    sy kalau bw dgn hp smpi kebas tangan😁

    ReplyDelete
  2. Kebanyakan entri sy mmg sy taip dr hp je sebenarnya... kekadang touch up je di pc... sbb di hp senang lg nk taip bila² masa... nak bw pun dr hp... skrg senang dh nk komen pas bw sejak tkr setting kt hp hari tu... tq kt ibu bgtau setting spy dpt komen dr hp hari tu.. x on pc pun xpe dah boleh jer update dan baca blog org skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih Kak Mim.. Itulah senang jgk bila boleh bw guna hp ni.. Mudah kn.. ;)

      Delete
  3. saya kalau bw suka pakai PC, baru boleh nampak gambar clear. hehe. tapi kalau hp je yang ada, cukuplah. semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu kalau entry yang panjang2 mcm kisah Skoliosis Aqil aritu memang suka pakai pc rasa lebih selesa nak menaip panjang2..

      Delete
  4. Aku mmg banyak update blog thru henfon babe. Kat rumah malas nak bukak laptop. Lagi satu sebabnya adalah gambar banyak kat henfon so aku upload dari henfon je. Dasar pemalas kan. Hahahaha.

    Babe, take care tau. Semoga Aallah permudahkan urusan ko dengan keluarga. Semoga sihat2 selalu sayangku. Hugsssss. Owh haaa. Kimchi tuh aku beli kat grocery store. Kat shopee ada org jual. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah aku ikut pada mood.. Rasa nak pakai hp je aku malas nak on laptop.. Tapi kalau dtg mood rajin aku mmg aku on laptop ler lepas tu kebek2 edit2 gambor semua.. ;) Tq syg doakan aku sama jgk ko pun take care ye.. Bleh lah aku cari kimci tu nnt.. ;)

      Delete
  5. tq selalu singgah dan blogwalk blog mama sayang awok

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.