Advertisement

Main Ad

Aqil Naim Dan Masalah Skoliosis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!

Penutup untuk entry bulan November 2022. Alhamdulillah! Bersemangat ibu waktu nak mula menaip entry kali ni. Kalau ikutkan entry ni sedikit emosional bagi ibu. Tapi yang membuatkan ibu bersemangat sebabnya, semalan ibu terima 11 komen baru dari kawan-kawan blog. Untuk entry yang sebelum ni, ibu ada cerita tentang kejayaan ibu. Selama 2 bulan blog kami ni tak berhenti dari bernafas. Sokongan dari komen kawan-kawan semua tu lah yang bagi semangat pada ibu supaya tak berhenti dari menulis lagi. In shaa Allah! Doakan Ibu Aqil yer kawan-kawan. Kekal istiqomah menulis blog. Hihihi! Betul kata orang kalau kita rajin singgah ke blog kawan-kawan dan tinggalkan komen mereka pun akan rajin singgah dan komen di blog kita kan?! Dari situ dapat juga ibu berkenalan dengan kawan baru. Syukur! 

Harap maaf, sebelum itu ibu nak jelaskan bahawa entry kali ni agak panjang. Sudi-sudikan lah baca dengan penuh tekun dan sabar yer. Jika ada kesalahan tatabahasa dan ejaan tu korang maafkan lah ibu. Hihihi! Untuk entry kali ni ibu nak cerita tentang Si Intan Payung ibu seorang tu sapa lah lagi kalau bukan budak Aqil Naim. Sebenarnya terus terang ibu katakan, waktu entry ini ibu taip ibu masih lagi rasa bersalah pada Aqil Naim. Ibu rasa seolah-olah ibu ni seorang ibu yang useless. Aqil Naim 24jam depan mata ibu kenapa ibu boleh tak sedar akan perubahan fizikal dia. Melainkan perubahan kumis dia yang makin menumbuh hingga ibu rasa dia dah semakin kacak dan suara yang semakin garau. Dia cakap perlahan pun ibu ingat dia marahkan ibu. Sampai acah-acah merajuk lah konon nak dia pujuk. Ahakssss!

Perubahan fizikal Aqil Naim yang kali ni pun orang luar yang perasan dan tegur. Itupun sebab Aqil Naim masuk acara kawad kaki mewakili Unit Beruniform Pengakap pada hari acara tahunan sekolah dia pada bulan Ogos yang lepas. Komandan Pengakap dia yang tegur. Katanya dia dulu pun macam Aqil, punya masalah tulang belakang. Jadi dia nasihatkan Aqil untuk pergi klinik jumpa doktor. Bila balik ke rumah Aqil ceritakan pada ibu. Macam mana ibu boleh tak perasaan ada yang tak kena dengan struktur tulang Aqil. Selama ni ibu bayangkan Aqil memang jenis suka jalan dengan cara menghenjutkan badan. Macam style lah tu konon. Hahahaha! Lagi satu masalah ketinggian Aqil buatkan ibu rasa dia nampak bongkok sedikit tu adalah perkara biasa. Jadi bila dia dah ceritakan pada ibu apa yang Komandan dia bagitahu ibu suruh dia buka T-Shirt sebab ibu nak tengok. 

Untuk pengetahuan semua si budak Aqil Naim ni ada satu sifat yang dia sangat pemalu sejak dah mula pecah suara. ;) Dia tak pernah tak pakai baju depan orang lain walaupun depan ibu atau ayah sendiri. Kalau lepas mandi pun dia akan pastikan dia dah siap berbaju lengkap baru keluar dari bilik dia. Pernah juga ibu buka pintu bilik dia tanpa ketuk dahulu. Mujur waktu tu dia dah pakai seluar cuma tak berbaju sahaja. Dia punya marah "Ibu lain kali ketuk dulu pintu macam saya nak masuk bilik ibu kan saya ketuk dulu..." Alamak sayang sorry yer ibu salah. Hahahahaha! Kena sound kome oiiiii. Bukan itu saja, sejak dia dah remaja ni dia memang tak suka pakai seluar pendek. Bayangkan ayah nak ajak dia menjala pun dia boleh nak pakai seluar panjang. Sampai ayah cakap pakailah seluar pendek senang nak redah sungai. Hahahahaha! 

Jadi bila Aqil dah buka T-Shirtnya baru ibu nampak bahu Aqil senget sebelah. Tulang belikat sebelah kanan Aqil lebih menonjol dari yang sebelah kiri. Allahuakbar! Waktu ibu tengok keadaan Aqil masa tu ibu rasa bersalah sangat. Sampaikan kemurungan jugalah ibu hampir seminggu, termenung memikirkan macam-macam. Dalam fikiran ni ibu teringatkan masalah yang ditanggung oleh penyanyi kesayangan ramai iaitu Zamani Slam. Allah! Manalah ibu tak menangis bila kenangkan keadaan Aqil. 

Pada awalnya ibu bawa Aqil jumpa kawan baik ibu zaman sekolah dulu. Dia seorang pakar Ortopedik. Katanya keadaan Aqil belum tahap teruk lagi. Dia sarankan ibu beli alatan senaman untuk bantu masalah Skoliosis Aqil, salah satunya palang besi untuk Aqil bergayut. Ibu order di Shopee saja dan ayahlah yang pasangkannya ke dinding bilik Aqil. Jangan kata Aqil Naim, dengan ayahnya sekali bergayut sama. Kihkihkihkih!

Tapi macam mana pun benda tu masih tak dapat pujuk hati ibu. Ibu bertekad untuk bawa Aqil dapatkan nasihat dan rawatan pihak hospital. Jadi waktu ibu demam seminggu tak pergi kerja tu entry Weekday Yang Memang Week, ibu bawa Aqil Naim teman ibu dapatkan rawatan klinik swasta. Ibu minta doktor klinik cek keadaan Aqil. Alhamdulillah! Doktor terus tuliskan surat rujukan untuk ibu bawa Aqil dapatkan temujanji dengan Pakar Ortopedik di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Jadi pada 8/11/2022, ibu terus ambilkan temunjanji untuk rawatan Aqil. Syukur segalanya dipermudahkan. Ibu ingatkan mereka akan bagi tarikh dalam sebulan atau dua bulan lagi. Tapi pihak hospital terus bagi tarikh temujanji Aqil jumpa Pakar Ortopedik pada 14/11/2022. Ibu rasa bersyukur sangat-sangat Allah swt permudahkan urusan Aqil Naim. Bila dah dapat tarikh temujanji tu ibu sedikit lega. 

Pada 14/11/2022 ibu dan ayah ambil cuti sehari untuk sama-sama bawa Aqil Naim. Ibu perlukan Ayah. Ibu risau kalau ibu sorang-sorang ibu boleh down depan doktor tu nanti. Jadi pada hari tu Aqil Naim pun tak ke sekolah. Temujanji pukul 2pm tapi awal kami sampai sebab ibu dah terbiasa setiap kali temujanji rawatan penyakit Thalasemia ibu, ibu akan datang awal. Tak suka lambat-lambat walaupun ibu tahu benda tu akan selesai lambat juga walaupun kita datang awal. ;)

Waktu sampai tu Aqil dan ayah nampak cool saja. Ibu yang rasa macam dah berdondang sayang dalam jantung ni. Punyalah ibu berdebar-debar. Lama juga kami tunggu daripada pukul 1.30pm kami sampai hingga pukul 4pm baru selesai semuanya. Aqil disuruh buat X-Ray sebab doktor nak tengok keadaan tulang belakang Aqil. Selesai semuanya doktor bagi tarikh temujanji susulan kedua pada 8/3/2023. Kata doktor, keadaan tulang belakang Aqil yang sedikit bengkok tu perlukan pantauan kerana ia masih dibawah 20%. Sekiranya bengkok tulang tersebut lebih dari 20% baru mereka akan guna kaedah lain iaitu Fisioterapi. Alhamdulillah! Ibu sediki lega mendengarnya. Cuma nasihat doktor Aqil digalakkan lakukan senaman regangan sendiri kerana tulangnya masih lagi dalam proses pembentukan. Jadi untuk pastikan peratus tulang belakang Aqil yang bengkok tu stabil atau peratus bengkoknya tidak bertambah, Aqil kenalah rajin buat senaman regangan yang diajar oleh kawan ibu tu.

Kawan-kawan semua ibu mohon doakan Aqil Naim yer. Semoga untuk temujanji kali kedua Aqil Naim nanti peratus bengkok tulang Aqil maintain 15% dan tak naik lagi. Ibu harap sangat biar peratusnya kekal dibawah 20% sahaja hinggalah tumbesaran Aqik terhenti. Kata doktor dalam lingkungan umur 16 atau 18 tahun. Doakan Aqil Naim yer kawan-kawan. Ibu risau sebab rasanya Aqil Naim ni boleh tinggi lagi. Sekarang pun tinggi Aqil dah 165cm tak seimbang dengan berat dia hanya 47kg saja. Baru umur 14 tahun tu. Aduh kenapalah tinggi sangat kamu Aqil. Ayahpun dah nampak rendah sikit bila berdiri sebelah kamu. ;)

Jadi selepas rawatan susulan kedua nanti kita tunggulah apa keputusan X-Ray terbaru Aqil Naim. In shaa Allah! Nanti ibu update lagi perkembangan dia yer. Sekurang-kurangnya ramai yang mendoakan Aqil Naim disini. ;)


Bila diajak bergambar serius jer mukanya.
Payah nak disuruh senyum.


Ibu kena usik dia barulah dia ketawa.
Nak ambil gambar senyum pun jenuh kena paksa.
Hishhhhh!


Kami sampai awal.
Jenuh juga nak mencari parking.
Nasib lah dapat parking dekat sikit.
Tak adalah nak kena menapak jalan kaki jauh sangat.
Semput oiiiiii! ;)


Nampak kan bahu Aqil tak seimbang.
Sebelah kiri lebih rendah dari sebelah kanan.
Macam manalah ibu boleh tak perasan.
Hurmmmmmm!
Maaf sayang sebab ibu tak prihatin dengan perubahan fizikal Aqil tu.
Ibu sedih! ;,(


Waktu kami sampai pintu Klinik Pakar Ortopedik ni pun masih berkunci lagi.
Mereka semua keluar lunch hour.


Terima kasih ayah sama-sama ambil cuti untuk bawa Aqil.
Kalau harapkan ibu seorang tak boleh oiiii.
Ibu cepat emosional kalau sorang-sorang.
Tambah bila masuk bab anak ni.
Udah lah dia jer seketul yang ada.
Huk! Huk! Huk!


Ibu dah cakap dia relaks saja.
Ibu yang terlebih berdebar. ;)


Doktor suruh Aqil buat X-Ray.
Untuk tengok berapa peratus tulang belakang Aqil yang bengkok tu.


Waktu ni nak pergi X-Ray.
Ada cerita sebenarnya di sebalik setiap gambar dibawah.


Kami tersilap tempat.
Hospital ni besar dan ada banyak bangunan.
Ibu ayah ingat tempat X-Ray nya di dalam bangunan lama.
Sebab selalu ibu punya rawatan X-Ray tahunan ibu di bangunan lama.
Confident saja ibu cakap pada ayah tempatnya di bangunan lama.
Rupa-rupanya untuk X-Ray Aqil Naim mereka suruh kami ke bangunan baru.
Patah balik lah kami menapak ke bangunan baru.
Semput kome dibuatnya. ;)


Ayah malas nak pusing tak tentu hala tuju kami minta bantuan Pengawal Keselamatan.
Terima kasih kak sebab bantu kami. ;)


Sini lah tempatnya.
Kami sampai juga.


Aqil masuk sorang-sorang bilik X-Ray.
Waktu ni ibu rasa macam nak ikut sekali.
Tapi ditahan oleh ayah.
Anak tu dah besar boleh masuk sendiri katanya.
Alahai!


Bila menyala saja lampu X-Ray tu hati ibu berdondang sayang balik.
Macam-macam yang ibu fikirkan.
Ibu risau. ;(


Dapat saja keputusan X-Ray kami terus kembali ke Klinik Pakar Ortopedik.
Laju benor langkah ayah waktu ni.
Ibu dengan Aqil jenuh nak mengejar ayah.


Masa ni Aqil tekun mendengar penjelasan doktor pakar tetang keputusan X-Raynya.
Amboi! Bukan main lagi ibu tengok kusyuk dia mendengar.
Sambil sesekali dia mengangguk tanda faham.
Minat yer nak jadi doktor?! ;)


Ini adalah salinan keputusan X-Ray Aqil Naim.
Nampak kan yang ibu bulatkan tu.
Tulang belakang Aqil tak lurus.
Dan peratus bengkoknya adalah 15%.
Pada ibu 15% tu tinggi juga. ;(
Ibu risau sebenarnya sebab tahap tumbesaran dan pembentukan tulang Aqil masih belum terhenti.
Semoga tak ada peningkatan waktu X-Ray untuk temujanji kedua Aqil nanti.


Ibu search gambar dari Google.
Jangan harap Aqil bagi ibu ambil gambar dia tak berbaju macam ni.
Hahahahahaha!
Tapi lebih kurang beginilah keadaan Aqil.
Bila tengok dia tak berbaju sekarang ni hati ibu dihambat rasa sedih.
Ibu salahkan diri sendiri sebab tak perasaan perubahan fizikalnya.
Padahal dia ada saja depan mata ibu.
Ayah cakap mana kita nak tahu, jangan fikir yang bukan-bukan. ;,(


Surat temujanji kedua Aqil Naim.
Mohon kalian doakan semoga semuanya baik-baik belaka yer.
Terima kasih. ;,)


Anak ayah.
Geng ayah.
Best friend forever ayah.
Cinta, hati dan nyawa ibu. ;)

Waktu menaip entry ni pun rasa sempit dada ibu. Bila ingat balik waktu awal ibu dapat tahu keadaan Aqil Naim ni tak dapat ibu nak jelaskan macam mana perasaan ibu waktu tu. Memang jenuh lah berambu air mata depan ayah. Tapi sikit pun ibu tak menangis depan Aqil. Sebab ibu tak nak Aqil rasa down. Ternyata semangat Aqil lebih kuat dari ibu. Dia menerima semua ini dengan redha. "Tak apa ibu ini bukan KECACATAN, kan doktor dah cakap hari tu Skoliosis bukan KECACATAN." Katanya.. ;,) Positifnya pemikiran kamu sayang. ;) In shaa Allah! Kita pantau dan usaha sama-sama yer. Ibu dan ayah akan terus menjadi semangat Aqil Naim. Chaiyok Aqil! Huhuhu! Maklumat tentang Skoliosis. Aqil Naim di diagnosis Skoliosis Tahap Ringan bawah 20%. Terima kasih korang sebab sudi baca sampai habis. Doakan Aqil Naim yer. ;) 

Post a Comment

20 Comments

  1. Allahu!! Semoga Aqil baik² saja... mujur cepat dapatkan rawatan pakar dr hosp kerajaan... kalau nk bersenam tu cuba tanya pendapat pakar jugak... nnt takut pulak lain jadinya.. iyalah sbb part tulang ni mmg seriau jugak kan memikirkannya... sy dlu penah juga experienced dgn si kakak... dah la anak sulung... br lahir lagi kena refer ke orto sbb kaki dia suspected DDH (masalah kt tulang pinggul) tp nasib baiklah bila semakin besar pembesaran nmpk normal dan akhirnya bila umur setahun terus discaj dr klinik ortopedik.. pun sy ada simpan di blog thn 2010... jgn risau k skrg ni teknologi perubatan kita insya allah.. asalkan detect dr awal je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik Kak Mim.. Terima kasih kak atas perkongsian maklumat dan pengalaman akak.. In shaa Allah akak ibu akan usaha yg terbaik utk rawatan dan memantau Aqil.. Terima kasih atas nasihat mohon doakan Aqil yer kak.. ;)

      Delete
  2. InsyaAllah baik2 semuanya tak ada apa2 tu ibu..moga Aqil sentiasa sihat sejahtera

    ReplyDelete
  3. Dia dah lagi tinggi dari ayahnya ye kak, takpe kak jangan sedih sangat ya. Biasalah kita manusia pasti akan buat kesilapan, kadang kita teralpa sebab benda yang macam remeh. Dana faham kak, takpe kita baiki apa yang kita teralpa insyallah moga Aqil akan sembuh seperti sediakala. Zaman skrg teknologi perubatan dah makin canggih insyallah boleh pulih tu si bujang akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah! Akak mohon doakan Aqil Naim ya.. Terima kasih banyak2.. Betul teknologi perubahan skrg dah semakin canggih.. Kami akan terus usaha.. ;)

      Delete
  4. Semoga diberi kesembuhan sepenuhnya dan dimudahkan semua urusan untuk Aqil Naim.. Aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin Ya Rabb! Terima kasih Kak Sue mendoakan Aqil Naim.. ;)

      Delete
  5. Bagus Aqil ni +ve..Semoga cepat sembuh Aqil..Ni jumpa aunty, mmg aunty kena melangut pandang Aqil..Tinggi aunty 149 je..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu dia pun melangut dah bila nak pandang muka dia.. ;)

      Delete
  6. sy tak mampu buat apa2 hanya mampu doakan dr jauh, semoga aqil kembali sembuh spt sedia kala. ikut nasihat dan saranan doc ya aqil selain jaga pemakanan dan emosi. percayalah setiap ujian ada jln keluarnya. syafakallah aqil

    ReplyDelete
  7. Saya senasib dengan Aqil, pengidap scoliosis, detect masa umur awal 20-an tapi doktor cakap tak payah operate. Tapi tulah, maybe kena buat ulang check up lagi from time to time. Kelemahan orang scoliosis ni tak boleh bawak beg sandang belakang berat-berat. Lepas tu kaki pendek sebelah. Kasut saya semuanya kiri haus dulu. Haha. Tapi jangan risau OK, Aqil. Kak Sal ada scoliosis pun dah merayap merata alam dan steady je pakai heels. so caiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warghhhhhhh tambah lg seorang idola ibu.. Terima kasih Sal berkongsi cerita.. In shaa Allah Sal.. Ibu akan pastikan Aqil Naim akan sentiasa berfikiran positif dan semangat mcm Sal.. ;)

      Delete
  8. Insyaallah Aqil will be okey, ibu jangan terlampau risau takut nanti jejaskan kesihatan ibunya plak...dan jangan sesekali salahkan diri ye..benda ni memang susah nak nampak dengan mata kasar kecuali ada yang betul2 prihatin dan perasan..nasib cikgu tu bagi tau awal..eh cikgu ke...ke jurulatih...apapun...insyaallah everything will be ok back as normal...salam perkenalan dari SA..SA follow sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah SA.. Komandan Pengakap Aqil.. Senior Aqil.. In shaa Allah! Doakan rawatan Aqil berjalan lancar ya dan terima kasih sudi follow blog ibu ni.. ;)

      Delete
  9. Babeeeee. Allahuakbar!. Sedih aku baca. Jom kite nangis peluk2 sama2.😭. Pasal anak nie hati kite mak2 mudah koyak sangat kan. Babe, jangan pernah salahkan diri ko okayh. Bila kite mak2 yang hari2 24/7 berdepan dengan anak2 memang susah nak perasan sangat. Orang yang jarang jumpa memang senang nak perasan perubahan orang lain. Alhamdulillah komandan pengakap aqil perasan and tegur. Allah nak bgtau perubahan aqil thru komandan aqil. Syukur sebab masih diperingkat awal. Ibu stay strong untuk aqil okayh. Semoga aqil cepat sembuh. Hugssss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dekat 2 minggu mula2 tau aritu berambu air mata babe. Aku duk salahkan diri aku. Aku rasa gagal jd ibu yg baik utk Aqil. Sampaikan aku rasa x berguna anak bukan ramai sorang tu pun aku boleh x perasan. Mcm2 lah si setan tu berbisik. Tapi Alhamdulillah! Skrg aku dah sedikit tenang dan redha.. Doakan Aqil ye babe.. Hugs kuat2.. Xoxo!

      Delete
  10. sebagai seorang ibu mmg tak dapat nak lari dari perasaan itu kann, tapi allah sebaik2 perancang. kita doakan semoga aqil kembali pulih cepat2

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.