1. Jangkitan pada paru-paru
Jangkitan kuman atau virus pada paru-paru akan menyebabkan iritasi pada lapisan tersebut dan menyebabkan penghasilan kahak.
Warna kahak boleh menentukan sama ada anda dijangkiti kuman atau virus.
Lazimnya, kahak tidak berwarna berpunca daripada jangkitan virus.
Manakala kahak berwarna kuning kehijauan selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman.
2. Sakit asma
Penyakit asma ialah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan.
Umum mengetahui semasa serangan asma berlaku, pesakit akan mengalami sesak nafas.
Namun, terdapat juga simptom lain seperti batuk, bernafas dengan laju dan nafas berbunyi.
3. Bronkitis
Bronkitis ialah keradangan pada saluran bronkus (komponen yang membentuk paru-paru).
Bronkus merupakan saluran penyampaian oksigen dan karbon dioksida.
Keradangan ini menyebabkan bronkus membengkak dan kahak akan terkumpul dalam bronkus.
Kesannya adalah masalah penafasan dan batuk.
4. Penyakit paru-paru obstruktif kronik (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)
Penyakit ini selalunya menyerang individu yang berumur dan penyebab utamanya adalah merokok.
Asap rokok boleh mencederakan lapisan paru-paru.
Jika pendedahan kepada asap rokok berterusan akan menyebabkan paru-paru rosak dan menyebabkan paru-paru gagal berfungsi dengan sempurna.
Kesannya, gas karbon dioksida terperangkap dalam badan dan badan akan menghasilkan refleks iaitu batuk untuk menyingkirkan gas ini.
6 Cara Menghilangkan Batuk Secara Semulajadi :-
1. Madu asli
Tak dapat nak dinafikan yang madu asli mempunyai banyak khasiatnya termasuklah melegakan batuk.
Madu boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan semulajadi lain seperti perahan limau nipis dan jus lemon.
Kombinasi madu asli, perahan jus lemon dan air suam menghasilkan ramuan mujarab untuk mengurangkan batuk.
Madu mampu menenangkan manakala jus lemon boleh membantu daripada berlakunya kesesakan pada rongga.
2. Air masak
Salah satu cara semulajadi yang paling mudah adalah meminum air masak.
Batuk yang berlarutan mampu menyebabkan sakit tekak.
Jadi, amatlah penting untuk anda mengekalkan kelembapan tekak dengan meminum air masak.
Air masak juga mampu mencairkan kahak dan mengelakkan dehidrasi (kekurangan air) yang mampu mengundang penyakit lain.
3. Halia
Halia mempunyai pelbagai khasiatnya. Antaranya adalah membantu membuang kahak, dan melegakan sertamengurangkan pedih pada tekak.
Keberkesanan halia terbukti apabila dijadikan teh halia dan diminum secara panas atau suam.
Campurkan pudina segar untuk bantu menghilangkan gatal pada kerongkong.
Nak membuat teh halia yang menyelerakan untuk diminum sangatlah mudah!
Anda hanya perlu rendam halia dan beberapa helai daun pudina dalam segelas air panas.
Campurkan sedikit madu untuk menaikkan rasanya dan minum teh ini dua gelas sehari.
4. Aiskrim
Pasti ramai yang terkejut memandangkan kita selalu ditegah memakan aiskrim ketika sakit.
Tetapi aiskrim sebenarnya boleh membantu mengurangkan sakit tekak.
Sifat aiskrim yang sejuk dan tekstur yang lembut dapat mengurangkan sakit tekak kerana tekak akan merasa kebas.
Pesakit akan berasa lebih selesa dan nyaman.
Selain itu, aiskrim juga boleh menaikkan selera makan dan memberikan tenaga.
5. Asam jawa
Asam jawa tidak asing lagi dalam masakan Melayu tetapi tahukah anda asam jawa juga mempunyai khasiat yang mampu melegakan tekak anda?
Nak buat air asam jawa pun sangat senang.
Anda hanya perlu campurkan dua sudu asam jawa dengan air suam dan kacau hingga sebati.
Jangan lupa tapiskan air asam jawa untuk buang biji dan seratnya.
Walaupun masam, air asam jawa mampu menyamankan tekak dan menyejukkan badan.
Minum dua kali sehari untuk kesan yang optimum.
6. Bawang putih
Bawang putih bukan hanya untuk menaikkan rasa dalam masakan tetapi boleh juga menghilangkan batuk.
Bawang putih sebenarnya salah satu petua tradisional yang berkesan dan amat mudah.
Caranya ialah membakar satu labu bawang putih di atas dapur gas selama 15 minit.
Jangan buang kulitnya dan pastikan ianya tidak terbakar sehingga hangit atau rentung.
Selepas 15 minit, buangkan kulitnya dan makan begitu sahaja.
Kalau tak berselera makan bawang putih, jangan risau sebab ada cara alternatif yang anda boleh lakukan.
Tumbukkan bawang putih yang dah dibakar tadi dan gaul bersama minyak zaitun atau minyak kelapa dara.
Kemudian, sapukan ramuan ini pada leher sekerap mungkin.
Baru ibu perasan sekarang musim durian ye?! Betul ke orang tua-tua selalu cakap kalau tiba musim buah dia akan datang sekali dengan musim penyakit. Iskkk! Mitos orang dedulu.
22 Comments
Syafakallah
ReplyDeleteskrg demam selsema batuk merisaukan sb covid . Jaga kesihatan ye
Aamiiin Ya Rabb! Terima kasih Cik Nor semoga Cik Nor pun sihat sentiasa hendaknya.. ;)
DeleteBetul tu... sy bln lepas batuk sampai hilang suara... cuba mkn deflam insya allah cpt surut
ReplyDeleteAlhamdulillah Kak Mim. Makin ok batuk ibu. Cuma ada sikit lagi kahak tu tapi tak teruk macam hari Isnin aritu. ;)
Deleteseksanya kalau batuk
ReplyDeleteMemang seksa Afzan. Rasa nak terkucil setiap kali batuk. ;)
Deletebanyakkan minum air suam ye Lina, moga cepat sembuh batuknya tu
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Terima kasih Dana.. ;)
DeleteGet well soon ibu...
ReplyDeleteAamiin! Terima kasih PH ;)
Deletemoga cepat sembuh key.. MA pun dok bersin & flu dr pagi ni..lepas lunch makan ubat, alhamdulillah ok sikit.
ReplyDeleteAlhamdulillah mummy dah makin ok dah.. ;)
Deleteuncle kalau batuk kena yg rang panggil batuk 3 bulan tu....
ReplyDeleteItu orang panggil batuk 3 bulan kan uncle.. Seksa uncle batuk lelama ni.. ;)
Deletesyafakillah...
ReplyDeletebatuk mmg menyeksakan. kdg buat kite rs penat bla batuk bersambung2... lg seksa kalau batuk campur sekali pakej sakit kepala...
Betul Anies seksa rasanya. Tambah bila cuaca sejuk gatal anak tekak dibuatnya. ;)
DeleteBetul lah kot kata orang tua-tua dulu sebab durian kalau makan banyak kan panas dan boleh bawak demam
ReplyDeleteIye ibu baru merasa sekali je hari tu makan durian itupun 2 ulas je Sal. Batuk dibuatnya. ;)
Deletedh dtg musim durian sekali dgn penyakit lah.. hehe. kalau batuk tak ada kahak cuma gatal dan perit tu memang seksa betul
ReplyDeleteMemang betul gatal tekak yang tak boleh tahan tu.. ;)
DeleteBila batuk nie kan, dia pandai betul pilih tempat dan masa untuk tekak tuh digatalkan kan. Masa dalam lift, dengan tempat yang senyap or kedai2 makan. Geram aku. Kadang sampai merah2 bijik mata menahan gatal tekak dengan batuk. Kene pulak zaman covid nie. Nak batuk dalam lift pun pikir 10kali. Hahahaa
ReplyDeleteBetul lagi aku takut bila batuk tu siap terKENTUT. Ya Allah! Malu tak ingat. Hahahahaha! Mintak dijauhkan lah dari benda mengaibkan tu. Hahahahaha! Sekarang pegi memana kalau batuk ke bersin ke mula orang pandang macam ko tengah mencuri. ;)
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.