Ini 13 Cara Penjagaan Rambut Yang Betul Untuk Wanita Bertudung!
#1. Cuci rambut
Perkara yang paling penting adalah anda perlu cuci rambut selang sehari atau basuh sahaja ketika kulit kepala sudah terasa berminyak.
Pun begitu, jangan pula anda cucinya setiap hari kerana rambut yang basah hanya akan membuat risiko keguguran menjadi lebih tinggi.
#2. Sikat rambut
Setiap kali sebelum mencuci rambut, pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu agar rambut mudah untuk dicuci dan tidak kusut.
Rambut yang kusut akan menyukarkan proses mencuci seterusnya dikhuatiri akan membuatkan rambut gugur apabila ditarik-tarik dalam keadaan basah.
Selepas mencuci pula, keringkan rambut dan sikat ia menggunakan jari dengan lembut.
#3. Guna syampu dan perapi sesuai, cara penjagaan rambut paling mudah
Dapatkan syampu dan perapi yang sesuai dengan jenis rambut anda, ya?
Jika perlu, sila dapatkan nasihat pakar kerana kulit kepala adalah sangat sensitif dan mungkin akan menyebabkan kesan negatif seperti keguguran rambut yang melampau.
#4. Elak cuci rambut dengan air panas
Perbuatan mencuci rambut dengan air panas hanya akan menyebabkan tekstur rambut menjadi lebih kasar, kering dan menggerbang.
Sebaiknya, guna air bersuhu sederhana atau sejuk untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.
#5. Belai rambut dengan serum atau tonik
Selepas seharian menjalankan aktiviti, pasti rambut dan kulit kepala anda yang terperap di dalam tudung akan menjadi tidak bermaya.
Oleh itu, setiap kali sebelum tidur anda boleh belai rambut anda dengan serum atau tonik. Ini akan membantu rambut dan kulit kepala menyerap nutrien agar ia tetap sihat dan kuat walaupun bertudung.
#6. Dandan rambut sebelum tidur
Rambut menggerbang adalah situasi biasa selepas bangun tidur, bukan?
Mungkin serum atau tonik sahaja tidak mencukupi untuk persediaan rambut sebelum masuk tidur.
Jadi, anda boleh lakukan dandan dan tocang rambut secara longgar (tocang lipan) agar ia sentiasa rapi.
#7. Jaga pemakanan!
Mungkin ada individu yang mengambil ringan mengenai perkara ini dan beranggapan bahawa pemakanan tidak memberi kesan kepada rambut.
Hakikatnya, rambut juga memerlukan nutrien yang akan mendorong kesihatan dan kecantikan rambut anda.
Oleh itu, anda perlu mengambil pelbagai makanan tambahan seperti vitamin yang mengandungi biotin, silika dan lain-lain.
#8. Jangan sanggul rambut basah
Antara kesilapan yang selalu dilakukan ketika membuat sanggul adalah ia dilakukan ketika rambut masih basah. Sebaiknya, pastikan ia benar-benar sudah kering sebelum bersanggul dan bertudung.
Ini kerana rambut yang tertutup dalam keadaan basah akan mengakibatkan masalah kelemumurselain menjadi kusut dan membuat hujung rambut berbuah atau bercabang.
Selain itu, kulit kepala juga akan lebih mudah berminyak.
#9. Getah rambut sesuai
Elakkan daripada menggunakan getah yang kasar seperti gelung getah biasa dan gunakan getah diperbuat daripada material lembut seperti satin ataupun baldu.
Selain itu juga, jangan sesekali sanggul atau ikat rambut anda terlalu ketat!
Sebenarnya, lebih baik jika anda biarkan rambut anda bebas sahaja sebelum mengenakan tudung.
#10. Anak tudung yang sesuai
Bagi wanita yang gemar menggunakan anak tudung, pastikan anda memakai anak tudung berasaskan fabrik kapas serap peluh.
Berpeluh adalah perkara biasa bagi wanita bertudung terutamanya ketika cuaca sedang panas terik. Ini akan mengakibatkan rambut berbau kepam sekali gus merosakkannya.
#11. Tudung material nipis dan ringan
Pun begitu, tidak semua material tudung boleh digunakan kerana ada sesetengahnya akan menyebabkan rambut dan kulit kepala menjadi gatal terutamanya jika teksturnya keras dan berat.
Jadi, sila pilih tudung yang bertekstur nipis dan ringan.
Selain itu, praktikkan ikatan atau lilitan yang mudah serta tidak terlalu melekat dengan kulit kepala. Ini bertujuan memberikan pengaliran udara yang baik buat rambut dan kulit kepala.
#12. Tudung berwarna lembut
Warna gelap terutamanya hitam adalah tidak sesuai dipakai ekoran iklim negara kita yang sangat panas pada siang hari.
Jadi, sila pilih tudung yang berwarna lembut seperti putih, krim atau apa-apa sahaja warna cair kerana ia mampu membebaskan wap yang terperangkap di kawasan rambut dan kulit kepala sepanjang hari.
#13. Kunjungi salun dan spa
Akhir sekali, anda perlu kunjungi salun atau spa untuk melakukan penjagaan rambut dengan kekerapan tiga hingga enam bulan sekali.
Sentiasa potong sedikit hujung rambut yang berbuah atau bercabang di salun untuk memastikan ia mudah diurus. Selain itu, lakukan rawatan rambut di spa secara berkala untuk memastikan ia kekal sihat dan kuat.
Setiap kali shampoo mesti bilik air penuh dengan rambut ibu yang gugur. Itu belum yang melekat dibantal lagi. Waktu mengandungkan budak Aqil, setahun ibu stop makan ubat atas saranan doktor. Waktu tu rambut ibu sihat berkilat dan tak ada yang gugur. ;)
18 Comments
Sha pun kurang suka rambut panjang.. Lebih mudah jaga kalau rambut pendek.. Anak dara Sha yang sulung pun ikut perangai Sha.. hehehe
ReplyDeleteIye senang nak jaga rambut pendek kan Sha. Lagi 1 rasa selesa sejuk ringan saja kepala ni. ;)
Deletemakanan mungkin salah 1 sebab kenapa rambut cepat gugur. kena jaga makanan seimbang. Tapi tulah.. :)
ReplyDeletePuteri Sarah Liyana Ucap Tahniah Suami Kahwin Lain
Iye betul tu mungkin kena tukar cara pemakanan juga. ;)
DeleteEhhhh.... rambut juga mahkota lelaki tau.... (terutama lelaki bertocang) hehehehe
ReplyDeleteHahahahahaha ada2 saja uncle ni. Terima kasih uncle sudi follow kami. ;)
DeleteRambut Kak Limah tu lejen Ibu :p
ReplyDeleteHa! Kan?!!!! Rambut lejen. Hahahahahahaha!
DeleteBaru tau tips jaga rambut ni... byk yg sy buat tu ibu... cthnya mandi dgn air panas... huhu... no wonder rambut makin menipis... dulu masa kecil rambut sy jenis tebal dan mengerbang... skrg menurun pd si kakak pula... rambut maknya pula yg semakin menipis
ReplyDeleteIbu pun sama.. Suka mandi dengan air panas.. Orang saloon dah selalu pesan basuh rambut jangan dengan air panas blk rumah bedal juga basuh rambut dengan air panas.. Hihihi! Ibu rambut nipis tapi jenis mengerbang juga.. ;)
DeleteSaya pernah baca jugak, jangan tidur dengan rambut basah. Saya pun bermasalah kelemumur dan rambut gugur. walaupun takde suami, tapi sendiri rimas tengok rambut berterabur serata rumah. hari-hari kena vakum
ReplyDeleteIye betul runsing bila tengok sana sini ada rambut gugur. Panjang pula tu. Hissssshhhhh! Mengerikan jer bila dikumpul rambut yang gugur tu.. ;)
DeleteMA ikut mood..ada masa nak bela rambut panjang..elok je.
ReplyDeletekena time malas..jom potong..pendek lagi senang.. he he
Betul tu mummy ibu ni pun baru tahun lepas tak potong rambut. Selalu asal jer pegi kedai mesti minta potong pendek. ;)
Deletesaya pun ada masalah ni. salah 1 cara utk atasi, sy paksa setiap hari minum air kosong at least 1 liter sehari. Alhamdulillah, tak cure semua tp rambut gugur tu x laa byk mcm dulu
ReplyDeleteKena banyakkan minum air masak juga nampak nya ibu ni.. ;)
DeleteSama la dengan aku babe. Meh nak sep sikit. Kadang seram tengok segumpal rambut gugur. Tuh yang skang nie aku potong pendek dah macam rambut bobot. Puas hati aku Hahaha. Stress dengan ifan pun punca jugak aku potong rambut. Mana x stressnya aku. ifan suka loncat pastu landing kat tepi kepala aku. Kalau rambut aku tengah mengurai time tuh, ya Allah dah rasa macam nak tercabut kulit kepala aku sekali. Itu yang sudahnya potong pendek macam laki. Hah lepas tuh ifan loncat landing la kut mana sekalipun, aku tenang ribut jiwa je. 😂😂
ReplyDeleteHahahahaha! Weihhh aku terbayang rambut ko yang panjang mengurai ditiup angin masa 1st time kita jumpa dkt KLCC dlu babe. Rindunya! Ko, Nana & Diah. Apapun memang skrg ni dalam mimpi je lah nak berambut panjang bagai ni. Zaman tu dah berlalu. HukHukHuk! Lebih selesa dengan rambut boycut.
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.