Advertisement

Main Ad

Ibu Dah Mati Kutu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry fresh dari oven!!
Ibu dah mati kutu.
Asyik dapat email minta ibu betulkan beberapa isu berkaitan Adsense blog ibu.
Rasanya dah request review hampir 4 kali masih tak berjaya.
Ibu harap tak ada lah lagi masalah yang perlu diperbetulkan lagi untuk kali ni.
Itupun Sis Lin banyak bantu ibu untuk betulkan itu ini dan setting kan code Adsense di blog ibu.
Terima kasih bebanyak ye Sis. ;)
Ibu ni tak pandai bab nak setting code HTML bagai.
Ibu pun tak pasti adakah template ibu ni ada code lain yang perlu diperbetulkan.
Ibu tak nak memandai sendiri sebabnya kalau sekali ibu dah rosakkan template ni boleh hilang mood nak berblog.
Ibu ni dah lah tak reti nak setting template lain pula.
Memang boleh spoil ibu kalau template blog jadi cacamarba.
Azam 2023 ni nak buat come back untuk blog ibu setelah sekian lama menghilang.
Berkongsi cerita hidup dan info yang ibu dapat dari internet.
Sekarang kan mudah dunia dihujung jari.
Ataupun ada link yang sensitif yang tak boleh ibu kongsikan di blog peribadi ni?!
Ibu tak berapa faham sebab emailnya dalam BI.
BI ibu pun tak berapa bagus.
Huwawawawa!

Google

Bestnya tengok badak tu menguap.
Elok sangatlah petang-petang ni kalau dapat berendam macam badak tu.
Cuaca panas terik di Ipoh.
Berapa hari dah rasanya hujan tak turun.
Malas sungguh nak keluar rumah.
Kalau sidai kain ni best sekejap je dah kering.
Kome buat apa tu cuti hari ni?!
Jenjalan kemana?! ;)

Ibu rasa nak santai-santai saja hari ni. Nak layan tengok Netflix Drama Korea The Glory. Ibu minat sangat dengan Song Hye Kyo sejak dari dia berlakon dengan Rain dalam drama Full House. ;)

Post a Comment

22 Comments

  1. Replies
    1. In shaa Allah! SR jangan putus asa kan. Kita cuba sampai jadi. Hihihi! Dah lama tinggal blog ni banyak benda yg berubah nasib lah blog ibu ni masih ada lagi bertahan tak hilang.. Risau jgk sayang blog ni banyak kenangan budak Aqil kecik2 dulu.. ;)

      Delete
  2. sama la...Mama Yan dulu, byk kali request adsense tapi tak berjaya. last sekali minta blogger hasrul hassan tolong. pun tak berjaya lagi sebab ada masala verify owner tu. takleh verify. godek godek pula dekat google search console...alhamdulillah..situ rupanya tempat nak verify ownership

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena sabar banyak jawabnya.. Tak apa usaha tangga kejayaan.. Mujur ada yg sudi bantu ibu.. Tq jgk MY sudi berkongsi pengalaman.. Ini orang cakap bukan senang nak jadi senang.. Hihihihi!

      Delete
  3. PH lagilah x reti langsung ibu ooi... Ber-blog pun belajar sendiri je, itu yg sendu je blog pun haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iskkkk tak adalah sendu PH banyak jgk cerita penulisan PH.. Tak apa jom kita sama2 fokus menulis mulai 2023 ni ye apapun ibu ucap terima kasih PH sudi dan rajin singgah sini tinggalkan komen.. ;)

      Delete
  4. sama la ciknur pun x reti sgt. Kadang godek2 je mana yg tahu. Seronok tgk orglain dpt cash he hew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Cik Nur.. Ibu tak tahu nak godek apa lagi satu risau kalau ibu tersilap klik habis terabur template ibu ni.. Haru! ;)

      Delete
  5. Aiseh, nak tolon pun tak pandai. hari ni siang pergi kenduri. malam layan bw sikit-sikit. tapi mata cam dah mengantuk sangat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi tak apa kita tggu dan lihat untuk review lepas ni apa pula yang ibu kena perbetulkan.. Tidur awal Sal jangan paksa mata tu berjaya ye nanti sakit kepala dibuatnya..

      Delete
  6. Ala.. jgn give up dlu.. sy ni x la pandai sgt bab GA tp sy byk baca dari blog siinurul.com atau google je.. so far boleh la tp ada 1 lg x selesai tgh malas nk godek setting.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik Kak Mim.. Tak apa kita tgk dan tggu je nanti apa respond mereka.. Setakat ni ibu blog santai2 saja.. ;)

      Delete
  7. Kalau Ibu rasa Ibu kurang tau..ketahuilah bahawa ada lagi insan yang lagi tak tau ni🤭🤣
    Nak buat blog lagi la tak tau
    Saya hanya tau tulis,upload pic/video pendek saja yang saya tau..Itu saja yang sempat diajar TTK .🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi! Kira ok juga tu sis. Atleat ada juga yang kita tahu kan walaupun tak banyak. Tak apa kita belajar pelan2 seronok bila mula nak aktif berblog balik ni banyak benda baru yang kita belajar sambil tu kita asah juga bakat menulis yang ada sikit2 dalam diri kita ni. ;)

      Delete
  8. ingtkn gmbr kutu., hehe badak air rupanye ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha! Pengsan Wak kalau kutu sebesar ini.. Hahahaha!

      Delete
  9. Baru je balik dari Ipoh Ahad lepas..Masa kat Ipoh haritu memang tak hujan langsung..Sidai kain baju, sekejap je kering...Suka pulak tapi panasss le plak sbb tak ada hujan..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye memang panas cuaca dekat Ipoh sekarang ni. Terik! Sidai kain cepat je kering. ;)

      Delete
  10. alamak! sy pun zero hal2 mcm ni... selalu tanya google je laa nk cari solution nya ..

    moga dipermudahkan urusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin Ya Rabb!
      Kalau lepas ni masih sama juga ibu rasa biar camtu je lah jawabnya.. ;)

      Delete
  11. adsense byk songeh sebab tu mama dah bercerai dah dgn dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu baru je nak mencuba nasib mama setakat ni belum berjaya lagi. Hihihi!

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.