Advertisement

Main Ad

Saturday Blues Ke Ibu?!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry fresh dari oven!!

Fuh! Dari semalam seluruh media sosial penuh dengan kisah si sipolan. Ramai yang bagi pandangan masing-masing. Ada yang marah, kecewa, sedih, terkilan dan macam-macam lagi. Ibu hanya baca komen-komen yang ditinggalkan. Wow! Macam-macam komen ada, yang penuh beremosi. Tak kurang juga yang jadikan ia satu lawak jenaka dan ada juga yang rasa bangga kerana berjaya membuktikan kuasa mutlak membuat keputusan ditangan siapa. Semua itu pengajaran untuk kita. Setiap yang berlaku atas izin Allah swt. Jika tidak dengan izin dariNYA, dirancang bagaimanapun ia pasti tidak akan berlaku. Ibu pegang pada prinsip itu. Walaupun ianya amat menyakitkan hati. Untuk kita Husnuzon bukan mudah kerana sentiasa ada Syaitan yang berbisik tanpa henti demi meruntuhkan sebuah Masjid. Cuma yang ibu tidak setuju dan rasa terkilan apabila manusia begitu kejam dengan menganiayai manusia lain. Ahhhh persetan kan itu semua. Hidup ini adalah pilihan. Pilihan yang baik atau buruk. Manakala setiap pilihan itu ada ganjaran dan balasannya dan ia juga adalah baik dan buruk. Kerana janji Allah swt itu pasti. Kamu buat baik akan dibalas baik jika buruk maka balasannya juga buruk.

Owhhhh menjela panjangnya mukadimah entry ibu pagi Sabtu ni. Ibu masih berguling-gulingan di atas katil. Hari ni mood ibu tak berapa ok. Jangan salah faham bukan disebabkan kes si sipolan itu. Tapi ibu dah tak tahan menanggung selsema teruk sejak hari Rabu yang lepas. Sudah dibuat test Covid dan keputusannya negatif. Alhamdulillah! Selsema virus biasa saja. Ibu risau berjangkit dekat budak Aqil memandangkan Rabu minggu depan dia dah mula ujian. Harap tak adalah berjangkit ke dia. Ibu perasan sejak dijangkiti Covid bulan September tahun lepas, setiap kali selsema atau batuk mesti kahak dia pekat dan likat. Dada pun terasa sedikit sempit bila nak bernafas. Memang macam tu agaknya kesan jangkamasa panjang selepas Covid. Huh! Moga tak teruk lah hendaknya. 

Hari ni rancangan ibu nak melipat kain yang berbakul, cucian minggu lepas. Gila betul hari ni baru nak lipat. Dasar pemalas sungguh ibu Aqil ni. Sepanjang hari bekerja lepas saja solat Isya ibu dah pengsan tak sedarkan diri. Semua penangan ubat selsema yang ibu makan. Memang mengantuk teruk sampai tidur pun berdengkur kata si budak Aqil. Aduh! Nak melipat kain ni pun ibu ambil mood. Memula layan Netflix dulu. Lepas tu scroll Ig. Lepas Ig lompat ke TikTok dari TikTok membawa ibu ke Fb. Sekarang buka blog pula. Update entry dulu untuk hari ini. Silap-silap kejap lagi ibu BW pulak. Habis tu bila nak melipat kain nya?! Hahahahaha! 


Layan gambar throwback budak Aqil nak?!
Comelkan?!
Nyerongeh je dia kalau di ajak bergambar dulu.
Sekarang ni jangan haraplah dia nak bergambar macam ni.
Mahal sungguh senyuman dia sekarang.
Waktu ni umur Aqil 4 tahun.

Kalau boleh ibu tak nak makan ubat selsema lagi hari ni. Lemau jadinya. Asyik nak tidur sesaja.

Post a Comment

14 Comments

  1. tak berani nak komen lebih kan ibu,kita semua ada keluarga ada suami ada anak moga Allah lindungi kita semua dunia akhirat...rindu anak waktu kecik kan ibu..sama mcm sy walau Pia tu masih depan mata rasa rindu je mcm mana la kalau dia dah masuk asrama nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul tu yunk tak berani nak komen lelebih kita doakan yang baik2 saja untuk mereka dan doa yang baik juga berbalik untuk kita. ;)

      Delete
  2. Alhamdulillah masuk tahun baru ni mama bersemangat lain macam, ni pun bersiaran kat opi haha.. goodluck lipat baju tu

    ReplyDelete
  3. Kalau nk baik cpt kena mkn ubat flu dan tdo ibu.. kain2 tu besok pn boleh lipat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Kak Min tadi makan ubat lepas tu lena. Adalah kurangnya sikit selsema tapi udah gatal tekak batuk pulak kak. Memang tak lipat pun kain tu tadi kak. Hihihihi!

      Delete
  4. kalau selsema memang lambat nak baik. rehatlah dulu. kurangkan layan media sosial sebab baca kerenah orang buat kepala lagi sakit. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye dia sama juga macam batuk Sal. Makan masa nak hilangnya. Tambah bila kahak pekat ni ibu rasa cukup tak selesa. Tak nak baca dah karenah orang. Bosan! Drama sinetron yang tak habis2. ;)

      Delete
  5. topik hangat skrg, di media sosial he hee boleh agak kan
    senyuman dia menawan, encemm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni Aqil senyum aje skrg susah sangat nak suruh senyum macam ni. Hihihi!

      Delete
  6. Rasanya ada ubat yang tak mengantuk dan boleh keringkan selsema tapi kena request dengan doktor.. Comel sangat Aqil bila tersenyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ye Sha?! Next time nak request ubat selsema yang tak mengantuk. Tak boleh tahan makan yg ubat sekarang ni. Tidur sesaja.

      Delete
  7. iyer..weekend ni memang kisah diaorang je la di mana2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai ke hari ni mummy dah nak Jumaat balik masih lagi dengan kisah mereka berbalas2 di IG.. :)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.