Assalamualaikum wbt
Salam SejahteraEntry Fresh Dari Oven
Lama sungguh ibu menghilang tak update blog. Ada yang rindu ke nak baca bebelan ibu?! Hihihi! Oklah tak nak menjela panjang mukadimahnya, ibu teruskan saja dengan cerita kami sehari selepas hari lahir ibu 28/1/2023 yang lalu.
[Baca Juga] : Secara Rasminya 41 Tahun Hari Ini
Hari lahir ibu jatuh pada hari Sabtu dan kebetulan hari itu ayah kena kursus di KL. Memula dapat tau ayah kena pegi KL pada hari lahir ibu, muncung juga lah. Konon nak merajuk kena tinggal di hari lahir. Hahaha! Macam bebudak, padahal umur dah 41 tahun. Nak buat macam mana tuntutan kerja ayah. Sebenarnya bila dah semakin berusia ni ibu tak adalah nak mengharapkan sesuatu yang istimewa sangat setiap kali hari lahir. Cukup dengan ucapan dan doa dari mereka yang ikhlas dan menyayangi ibu seadanya.
Kalau ada suprise tu kira bonus bagi ibu. Sebab sejak awal perkahwinan kami, ayah memang jarang dan tak pandai bab suprise-suprise ni. Boleh dikira hanya berapa kali saja ibu terima jambangan bunga di office ataupun di rumah setiap kali hari lahir mahupun ulangtahun perkahwinan. Hadiah pun sama. Kalau ada tu adalah. Kalau tak ada tu tak apa. Cuma yang buat ibu merajuk hari tu sebenarnya sebab ibu kena tinggal. Ibu nak ikut ayah pegi KL tapi tak boleh sebab ayah pegi dengan kengkawan tempat kerja, bukan dia seorang saja yang terlibat dengan kursus tu. Cissssss! Hahaha!
Jadi hari Sabtu tu ayah keluar dari rumah bertolak ke KL seawal pukul 5 pagi dan balik Ipoh pun dah tengah malam. Jadi hari lahir ibu hanya berlalu begitu sahaja. Esoknya, hari Ahad 29/1/2023 ayah cakap tak payah masak. Ayah nak belanja makan dekat luar untuk meraikan hari lahir ibu yang dah lepas. Ayah suruh ibu pilih nak makan apa. Fikir punya fikir ibu pilih menu dan tempat kegemaran budak Aqil. ;)
Ibu ajak ayah makan dekat food court AEON Kinta City saja.
Hihihi!
Stall yang paling ibu suka.
Makanan Western dia sedap semuanya.
Kami bertiga pilih menu yang sama.
Salmon Sizzling With Butter Rice.
Belum mula makan si budak Aqil dah pesan.
Ibu kalau tak larat nak habiskan nanti bagi saya ye.
Aiyoooooo!
Ayah tambah sayur tak sempurna hidup ayah makan nasi tanpa sayur.
Baby Pak Choy With Oyster Sauce.
Kopi O Panas untuk ayah.
Teh O Ais Longan untuk ibu.
Teh Ais untuk budak Aqil.
Their Queen
Bila dalam keluarga kamu seorang sahaja perempuan.
Manjanya kemain oiiiii.
Hahahaha!
Yang paling happy budak ni lah.
Menu yang ibu pilih tu kegemaran dia.
Biasalah emak-emak ni kan.
Dia tak dulukan selera dia.
Tapi yang dia utamakan selera anaknya. ;)
Terima kasih ayah belanja kami makan hari tu.
Semoga murah rezeki ayah boleh belanja lagi.
Alhamdulillah!
Ayah cakap kenapa tak pilih restoran best sikit.
Ini tempat biasa-biasa je.
Ibu cakap yang jadikan tempat itu luar biasa pada ibu sebab adanya kalian berdua.
Makan dekat memana pun tak apa.
Tetiba si budak Aqil bersuara.
Kalau macam tu baik kita makan dekat rumah je ibu.
Terus mata ibu menjeling tajam.
Hishhhhhhhhh budak ni.
Terima kasih atas setiap ucapan dan doa dari kengkawan semua dalam entry hari lahir dan ulangtahun perkahwinan ibu yang lepas. Ibu belum berkesempatan nak ziarah blog kengkawan semua. In shaa Allah! Esok ada sehari lagi hari cuti kan?! Nanti ibu singgah blog kome ye. ;)
18 Comments
alaa knape x pilih mkn kt hotel? hahaha... janji hayi happy kan dpt celebrate wpn dah lps sehari😀
ReplyDeleteHihihihi sebab si budak Aqil suka sgt nasi salmon tu. Ibu pun suka. Jd pilih mana yg kami suka mkn. Hihihihi! Iye dpt luangkan masa tiga beranak tu pun dh cukup happy dah.. ;)
DeleteTahniah
ReplyDeleteHbb
Tq wak
Deleteitu lah mak-mak kan tetap pilih apa yg anak suka..moga bahagia ibu sekeluarga selamanya,moga baik2 semuanya
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Terima kasih afzan atas setiap doanya. ;)
Deletehi ibuu... Cuya ada emel ibu, nanti check ya ^^
ReplyDeleteIbu dah reply Cuya.. ;)
DeleteBetul itu pergi tempat yang jarang pergi dan mahal! Haha.
ReplyDeleteHahahaha! ;)
Deletehaha...gelak part jeling kat Aqil tu..biar lah kan birthday kita, suka hati lah nak pilih kat mana pun..ikut je..haha..happy belated birthday..moga sihat2 selalu..Kita geng januari girl lah..sep sikit...
ReplyDeleteAamiin Tq Fieza atas ucapan doanya. Itulah janji menu tu kita suka kan. ;)
Deletehaha jawapan aqil kiki. kalau mcm tu mama pun queen juga la
ReplyDeleteGeram je kadang tu dgr jawapan dia mama. Hahaha!
DeleteHappy belated birthday...
ReplyDeleteitu muka ada sinyum...
ammi pun mmg tak pernah harap surprise masa birthday sbb itu perkara yang ammi paling tak suka.
Tq ammi. Muka cenyum org belanja macam sedap. Hihihihi!
DeleteTakpe la..mana- mana kan ok janji diorang ada ngan ibu kan...SA tahun ni 45 tahun...how times flies...nice knowing you Ibu, harap perkenalan ni kekal sampai bila2 ye
ReplyDeleteBetul SA bila mereka ada bersama dekat mana2 pun ibu rasa bahagia dan gembira. Alhamdulillah! Terima kasih SA sudi jadikan ibu sahabat di alamaya ni. In shaa Allah! Semoga ada rezeki kita jumpa satu hari nanti bila tu tak tahu lagi. Hihihi!
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.