Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Cerita kami hari Sabtu yang lepas. Sebenarnya dah lama ibu dengan ayah plan nak buat sesi membakar. Tapi kali ni kami tak nak buat di rumah. Ibu cadangkan kami buat dekat sungai. Sambil membakar bolehlah berkelah sekali. Selalu lepas mandi manda mesti perut lapar kan?! Elok sangatlah tu kita buat sesi membakar dekat sungai.
Kami tak pergi jauh pun masih dalam kawasan juga, bersebelahan kampung ayah di Lata Ulu Chepor, Chemor. Salah satu tempat perkelahan yang agak terkenal juga lah di sini. Boleh google kalau nak tahu lebih lanjut tentang pusat perkelahan Lata Ulu Chepor ni ye. Ibu dah serik nak copy paste dekat sini Google Adsense marah. Tapi tak lepas juga syarat ibu nak tepek iklan dekat blog ni. Ahhh lantak lah situ. Ngeheee!
Hari Sabtu yang lepas ayah ambil cuti rehat tahunan dia. Awal tahun ibu dah paksa ayah ambil cuti. Kebetulan ibu cuti 3 hari berterusan daripada Sabtu sampailah ke Isnin sempena hari Thaipusam jatuh pada hari Ahad. Jadi elok sangatlah ayah pun cuti dapatlah kami tiga beranak habiskan masa bersama walaupun kebanyakkannya duduk dekat rumah saja. ;)
Awal pagi kami dah keluar rumah, memang tak nak pegi lambat sebab risau orang dah mula ramai. Kami ajak mak mertua ibu berkelah sekali memandangkan Lata Ulu Chepor dah dekat sangat dengan rumahnya tak kan lah tak diajak. Nanti merajuk pula hati mak mertua ku itu. Hahahaha! Nasib baik mak kenal dengan pekerja yang jaga kawasan perkelahan tu. Awal-awal mak dah booking pondok untuk kami. Kata mak kalau lambat pondok semuanya penuh. Harga tiket untuk sebuah pondok hanya RM10 sahaja dan tiket masuk ke kawasan Lata Ulu Chepor sekarang ni RM5.
Cuaca hari tu pun elok sangat. Risau juga ibu sebab sekarang ni cuaca tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Sampai-sampai saja ayah dah mula sibuk setting tempat membakar. Ibu duduk bersila dalam pondok dengan mak mertua. Semua ayah dan budak Aqil yang handle. Ibu hanya tunggu bersiap sedia nak makan saja. Hahahaha!
Orang kuat hari tu.
Dari awal sampai ayah tak duduk rehat.
Bukan senang nak hidupkan api.
Kena sabar banyak.
Yang ibu asyik bising perut dah lapar.
Hahahahaha!
Pandai mak mertua ibu booking pondok.
Sudahlah besar macam lah yang datang tu lebih dari 10 orang.
Padahal kami 4 beranak je.
Elok pula pondok menghadap ke sungai.
Sambil makan sambil layan tengok budak Aqil berendam.
Tapi ibu terlupa nak ambil gambar dia berendam.
Ibu lebih fokus nak makan saja hari tu.
Hahahaha!
Sempat singgah ke Mydin Meru beli sosej dengan udang sikit.
Perap pun disitu juga.
Ayam dan daging yang dah siap di perap.
Beli di Mydin Meru juga.
Bermulalah sesi membakar.
Seperti yang dijangka.
Sosej yang paling laku keras dan cepat habis.
Ayam bakar kegemaran Aqil semestinya bahagian peha.
Nyummy's
Nampak saja hitam.
Tapi bila dah kena dengan sos cili dan sos lada hitam sedap oiiii.
Meratah sambil menjilat jari.
Udang tu ibu je yang meratah.
Yang lain tak berapa suka.
Ayah cakap kalau dapat udang galah ni sedap buat bakar.
Next time lah ye ayah kita repeat lagi.
Menu tambahan dari mak mertua ibu.
Sambal ikan bilis, pucuk ubi rebus, ulam dan sambal belacan.
Makanan pun banyak dah macam sekampung yang datang berkelah.
Jenuh nak habiskan.
Tak habis pun semuanya.
Kami bungkus bawa balik sambung makan di rumah.
Penyudahnya ini menu yang ibu ambil.
Nasi putih, sambal ikan bilis, pucuk ubi rebus dengan sambal belacan.
Lepas tu ibu dah tersandar kekenyangan.
Hahahaha!
Lepas ni boleh repeat lagi. Cuma ayah cakap tak nak lagi buat sesi membakar. Kita berkelah saja masak siap-siap lauk dari rumah makan tepi sungai. Ayah penat membakar dari awal sampai akhir sensorang. Hahahaha!
20 Comments
wahhhh best nyaaaaa sy suka piknik mcm ni... rs mcm x nk blk😁
ReplyDeleteBest kan Anies tapi tu lah kalau dapat pegi ramai2 lagi meriah kan?! Ini plan yang serkap jarang tak plan awal pun. ;)
Deletelg ramai lg meriah. kecoh tempat tu dibuatnya dgr suara kite kite je😁😁
DeleteBetul tu kena ajak adikbradik ayah yg lain2 next time barulah meriah kan?! ;)
Deletekena ajak ramai2 tu ibu lagi seronok bako-membakor
ReplyDeleteIye betul next time plan kena pelawa adik beradik ayah yg lain.
DeleteHaha kasihan ayah. Kalau ada yang tolong bakar mungkin tidak serik bakar lagi.
ReplyDeleteItulah lepas ni plan kena ajak adik2 ayah. Mesti lagi meriah. ;)
Deletesedapnya menu2 tu..makan sambil tengok view nature pula tu..layan...mmg sedap isi perut..hehe...
ReplyDeleteHihihihi! Meratah punya meratah sampai sengkak perut. ;)
Deletekalau makanan mcm ni makan tepi sungai mmg la bertambah2 ooo
ReplyDeleteKan mama. Memang tak sedar dah bertambah. ;)
Deleteya ampun sedapnya semua, paling best sebab dapat membakar2 tuh...
ReplyDeletePuas hati rasanya Dana. Lepas membakar ayah terus terjun ke sungai. :)
DeleteUncle tak boleh hidupkan api... sebab uncle tak sabar! hehehe
ReplyDeleteHehehehe! Uncle bawa dapur lah uncle. ;)
DeleteHa ah, memang penat membako sebenarnya..Kalau banyak gilir gilir, okay jugaklah..kan... Syoknyaaa berkelah tepi sungai...seghonok betul!!!
ReplyDeleteBetul tu Nona. Next time kena ajak adik2 ayah yang lain pun join sama. Baru best meriah. ;)
DeleteUish..sedap2 menu semuanya. Lagi pulak lauk pauk mak mentua tu. Memang berselera makan ngadap sungai.
ReplyDeleteNak hidupkan api tu boleh gunakan solid fuel atau orang biasa panggil lilin askar. Letak sebiji dua dah cukup sebagai fire starter. Saya beli di Shopee.
Betul tu sis. Lauk mertua tu simple tapi boleh buat nasi bertambah oiiii. Hihihi! Tq sis nanti boleh cari di Shopee. ;)
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.