Advertisement

Main Ad

Birthday Treat From Syira

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Throwback

Sebenarnya benda ni dah lama. Awal bulan Februari hari tu. Dah nak habis bulan Februari baru lah ibu nak cerita ye. Cerita dah basi kata orang. Hihihi! Tak kisah lah basi ke tidak nak cerita juga. 

Kisahnya 3/2/2023 hari Jumaat hari tu biras ibu ajak keluar lunch date. Dia nak belanja ibu sempena birthday ibu. Katanya nak balas balik hari tu ibu belanja dia sempena birthday dia. 

[Baca Juga] : Celebrate Birthday Syira

Kami makan di Secret Recipie Greentown. Punyalah seronok dapat jumpa memacam yang kami sembangkan, sampai ibu lupa nak ambil gambar makanan. Makanya tak adalah gambar menu kami hari tu. Kemain lagi membawang dua beradik ni kan. Sekali dapat bercerita memacam benda yang keluar. Hahahaha!


Ibu tak larat nak habiskan kek ni.
Ibu order Beef Lasagne.
Gambar Beef Lasagne tak ada.
Dah selamat masuk ke dalam perut.
Ibu lapar makanan sampai saja ibu terus bedal.
Hahahahaha!
Pelahap!


Macam tak percaya dah masuk umur 41 tahun.
Macam baru je umur 14 tahun.
Muahahahaha!
Tak sedar diri. ;)


Terima kasih Syira kerana meraikan kakak.
Alhamdulillah!
Semoga murah rezeki mu adek.
Aamiin!

Lepas lunch date kami hari tu kami ada juga keluar berdua pegi makan. Sebenarnya alasan je pegi makan selebihnya nak menyembang. Hahaha! Kengkawan, ibu masih lagi tak sempat nak ziarah blog kome. Maaf sesangat ye. Ibu akan cuba curi masa nanti. In shaa Allah! ;)

Post a Comment

8 Comments

  1. tahniah. Terpilih tau sbgai pemenang utk GA ciknur☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Terima kasih Cik Nur. Ibu dah emailkan alamat ye. Semoga bertambah lagi rezeki Cik Nur. ;)

      Delete
  2. Ala...age just a number... gitu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yearghhhh! Betul apa ada pada angka. Hanyalah angka. Ewahhhh! Hihihihi!

      Delete
  3. Happy belated Birthday Ibu.. Semoga diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb! Terima kasih Sha atas ucapan dan doanya. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.