Advertisement

Main Ad

Tangguk Ikan Hobi Mereka

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Cerita lama.
Tapi rasa nak cerita juga.
Layankan saja cerita ini.
Asalkan ada cerita.
Apa cerita?!
Hihihihi!
Ceritanya kisah ayah dengan budak Aqil ada hobi yang sama.
Suka tangguk ikan di sungai.
Mereka suka pegi tangguk ikan di sungai Meru.
[Baca Juga] : Mandi Manda Di Meru Valley Waterfall
Tapi area yang ayah bawa Aqil kali ni tempat yang tak berapa dalam. 
Paling dalam pun air sungainya paras lutut budak Aqil saja.
Aqil memang suka sangatlah aktiviti tangguk ikan ni.
Anak ayah lah katakan. ;)
Tahun lepas sekali saja ayah bawa budak Aqil pegi tangguk ikan.
Kali kedua mereka tangguk ikan waktu cuti tahun baru hari tu.
Alhamdulillah!
Dapatlah bawa balik Ikan Talapia sungai yang fresh.


Cerita tangguk ikan tahun lepas.
Setelah sekian lama ayah tak bawa dia tangguk ikan.
Hari tu habis hati dia dapat ikan banyak.
Rezeki kami waktu tu dapat seekor Talapia besar.
Alhamdulillah!


Banyak hasilnya.
Yang paling besar ibu buat Kukus Lada Hitam.
Yang lain ibu goreng saja.


Seperti biasa tugas siang ikan memang tugas ayah.
Dari awal kawin sampailah sekarang 16 tahun.
Bab siang ikan ibu serah saja pada yang pakar.
Hahahaha!


Hasil air tangan ibu Talapia Kukus Lada Hitam.
Nyumm's!


Kali kedua tangguk ikan waktu cuti tahun baru yang lepas.
Dia punya happy tu macam menang trofi je.
Ngeheeeee!


Kali ni tak adalah besar sangat ikannya.
Tapi bolehlah tahan banyak juga.
Rezeki lagi. ;)


Seperti biasa ayah juga lah yang siang ikan tu semua.
Ibu duduk tepi hanya memerhati sambil ambil gambar.
Hahahaha!


Inilah kejadiannya selepas itu.
Ikan Talapia Goreng pun sodap. ;)


Lawannya sayur tumis dan sambal belacan.
Owhhhh! Lupa nak ambil gambar sambal belacan.


Sepanjang ayah dengan budak Aqil pegi tangguk ikan ibu hanya duduk dalam kereta saja.
Enjin ibu tutup, pintu ibu buka bagi angin masuk sambil tu ibu main hp.
Sejam juga lah ayah dengan Aqil turun ke sungai.
Berpeluh ibu tunggu dalam kereta.

Aktiviti macam ni memang ayah dan Aqil suka. Kalau ibu ajak jenjalan cuci mata dekat shoping mall dedua tolak. Usul ditolak kata mereka. Hishhhhh!

Post a Comment

20 Comments

  1. Aqil tukang tangkap ikan.
    Ayah tukang siang ikan.
    Ibu tukang masak ikan.
    Apa yang penting? Kerjasama! Hehe…

    ReplyDelete
  2. hobi yang berfaedah apa salahnya...at least dah besar sok Aqil turunkan pulak ilmu menangguk ni ke anak2 dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dulu inilah aktiviti ayah dengan arwah abahnya sekarang ayah turunkan ke budak Aqil pula. In shaa Allah nanti Aqil turunkan ke anak dia pula. Maka begitulah seterusnya. Hihihihi!

      Delete
  3. ya Allah bestnya aktiviti ni Lina oi.... lagilah bila ada hasilnya, besar pulak tu ikannya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye dana kita tgk hasilnya tu habis hati dibuatnya. Hihihihi! Ikan fresh ni goreng sedap isinya. Tambah ikan sungai.

      Delete
  4. geramnya tengok ikan segar2 tu bu...kalau saya mesti join diaorang

    ReplyDelete
  5. warghhhhh best nyaaaaa ikan freshhhh👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiii tu yg best bla msk rs manis manis tuuuu fuhhhh👍👍👍

      Delete
    2. Betul cicah plak dengan sambal belacan Anies perghhhhh mantap. ;)

      Delete
  6. Lumayan hasilnya alhamdulillah good job Aqil 👍

    ReplyDelete
  7. hiii this is my first visit here! seronoknya anak beranak ada hobi yang sama hehehe and the dishes nampak berselera. salam singgah!! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Mereka happy. Terima kasih sudi singgah sini. ;)

      Delete
  8. Alamak! Malulah! Uncle tak pandai siang ikan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Uncle, ibu pun tak pandai. Kita serupa. Hahahaha!

      Delete
  9. Mereka berdua boleh geng dengan Pak Zain...Pak Zain selalu la memancing ikan talapia sungai ni...sedap ikan fresh2..tapi skrg kami dah jemu makan...so kalau Pak Zain pi memancing ikan tu sedekah je kat pakcik yang dah jadi OKU, kaki dah potong sebab kencing manis...tak pun sedekah kat jiran- jiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ikan fresh ni isinya sedap ayah suka sangat goreng garing2 pun jadi. Alhamdulillah! Baik sungguh Pak Zain bersedekah semoga diperluaskan lagi rezekinya. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.