Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Hello! Apa kabar kengkawan semua?! Ibu ni sekejap timbul lepas tu dah tenggelam balik. Maaflah, ibu baru habis marathon tengok cite Korea The Glory. Ibu memang sengaja tunggu cite tu keluar Session 2. Tak puas bila marathon tengok Sesson 1 lepas tu kena tunggu Session 2 pula keluar. Ibu tak sabar! Hihihihi! Jadi bila dah keluar habis Session 2, terus ibu marathon. 16 episode selesai dalam masa 3 hari. Mana tak jadi mata Panda. Hahahaha! Kome dah tengok tak cite tu?! Pegilah tengok kalau belum tengok lagi. Best! ;)
Ibu harap selama ibu menyepi kengkawan ibu semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Jaga kesihatan bebaik ye sebab sekarang ni musim hujan panas tak menentu. Mudah sangat penyakit datang. Ibu pun tengah menahan pedihnya ulser mulut sejak minggu lepas. Nak kata ibu kurang minum air masak tak juga. Berbotol air masak ibu teguk sampai dah tak larat nak ulang ke bilik air. Panas dalam badan buatkan ibu rasa cukup tak selesa.
Hari ni ibu ada temujanji MRI jantung dan hati. Rutin rawatan susulan setahun sekali disebabkan penyakit Thalasemia ibu. Doktor nak tahu berapa kandungan zat besi yang berlebihan dalam kedua organ tersebut. Keputusan MRI akan ibu ketahui bila jumpa doktor pakar 2/6/2023 nanti. Ibu harap tak ada lah teruk kondisinya. Ikutkan sebelum ni memang kandungan zat besi dalam hati ibu agak tinggi. Ia sesuatu yang tak bagus untuk ibu. Hurmmm! Malas nak fikir sangat. Lagi ibu fikir lagi ibu bertambah down. Ibu tak nak down lelama. Tak suka bila terlalu lama merintih sedih mengenang nasib diri. Perjuangan tetap harus diteruskan. Chaiyok!
Jumaat ini ibu ke hospital lagi untuk cek darah transfusi darah setiap bulan pula. Aduhai! Jemu rasanya bila asyik ulang-alik ke hospital sesaja. Penuh betul jadual awal tahun ibu. Hospital adalah rumah kedua. Redha dan terimalah hakikatnya. Itu ujian yang Allah hadiahkan untuk ibu. Ladang pahala berkat kesabaran ibu mengharunginya. Kata emak, dekat Syurga nanti kamu tak sakit lagi dah. ;)
Asyik merungut tentang sakit. Macam lah tak ada nikmat lain yang boleh ibu syukuri. 5/3/2023 yang lepas kami meraikan sambutan hari lahir adik ayah Aqil. Semuanya rancangan isteri beliau si budak Syira yang selalu teman ibu lunch date tu. Hihihihi! Katanya nak buat kejutan sambut bersama keluarga InLaw. Kami makan di Pizza Hut Kinta City. Alhamdulillah! Birthday Boy sangat gembira. ;)
Keluarga InLaw ibu.
Ini pun tak lengkap.
Ada yang tak dapat join.
Kalau semua ada memang penuh ruang. ;)
Yang dirai berbaju hijau.
Kemain gembira dia hari tu.
Diapit kedua wanita kesayangannya.
Syurga dan Bidadari Syurganya. ;)
Syurga ibu.
Ibu bidadarinya.
Ewah! ;)
Kalau tak serius tu bukan budak Aqil lah jawabnya.Jenuh nak suruh senyum bila bergambar.Hishhhhhh!Tak apa asalkan masih mahu bergambar dengan ibu.Hihihihi!
Cite yang bercampur berbagai emosi dalam setiap situasi dan keadaan yang berbeza. Alhamdulillah! Ibu dalam keadaan baik-baik sahaja. In shaa Allah! ;)
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.