Apa kabar semua?! Pejam celik dah hampir seminggu lebih umat Islam menjalani ibadah puasa. Rasanya masih tak terlewat untuk ibu ucapkan salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat semua kengkawan blog ibu kan?! Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke 10 kita berpuasa. Masih lagi diberikan kesihatan yang baik walaupun dalam keadaan cuaca yang agak panas terik sejak kebelakangan ni. Sesekali tu adalah juga hujan turun itupun sekejap sahaja. Macam mana Ramdhan kome kali ni?! Harap semuanya dalam keadaan baik belaka hendaknya.
Banyak sebenarnya yang ibu nak ceritakan, tapi kali ni ibu nak tulis tentang budak Aqil. Simpan sini sebagai kenangan. ;) Temujanji budak Aqil berkaitan masalah Skoliosis dia dengan Unit Rehabilitasi pada 22/3/2023 yang lepas berjalan lancar. Alhamdulillah! Berkat doa dari semua dipermudahkan urusannya.
Aqil dirujuk ke Unit Fisioterapi pula untuk diajarkan senaman bagi menguatkan tulang belakang dia yang bengkok. Sesi pertama Fisio Aqil pada hari Jumaat lepas 31/3/2023. Huishhhh! Banyak betul temujanji budak Aqil sekarang ni. Mengalahkan temujanji rawatan ibu pula. Hihihihi! Maknanya masalah Skoliosis Aqil dirujuk kepada 3 tempat. Otopedik, Rehabilitasi dan Fisioterapi. ;)
Khamis depan 6/4/2023 kami perlu ke Unit Rehabilitasi sekali lagi bagi menempah Brace yang perlu dipakainya sepanjang masa. Doktor beritahu Brace tersebut cuma boleh ditanggalkan pada waktu solat sahaja. Kesian Aqil, perlu sesuaikan diri hidup dengan Brace bagi membantu betulkan balik struktur tulang belakang dia yang bengkok tu. Mesti rasa tak selesa kan?! ;(
Ibu tak boleh sedih lama-lama dengan keadaan Aqil. Ibu tak nak Aqil rasa down. Ibu nak Aqil sentiasa yakin dengan diri Aqil sendiri. Doktor pun dah terangkan yang Skoliosis ini bukan satu kecacatan. Cuma ibu kena pastikan peratus bengkok tulang belakang Aqil tu tak bertambah teruk hingga capai 40%. Ibu nak elakkan daripada operasi pembedahan. Jadi banyak yang perlu Aqil korbankan. Ibu harap Aqil kuat dan tetap bersemangat. Jalani hari-hari Aqil dengan gembira dan penuhinya dengan rasa syukur. Kerana masih ada ramai lagi yang lebih teruk keadaannya berbanding kamu. Ye sayang.
Eh! Emosi pula ibu tetiba. Hahahahaha! ;,)
Pada ibu tak ada kurangnya kamu.
Pada ibu kamu tetap nampak segak.
Pada ibu kamu anak yang cukup sempurna.
Pada ibu kamu adalah sesuata yang paling berharga.
Be strong budak Aqil.
Yang penting belajar pepandai ye.
Ibu sayang Aqil.
Doktor beritahu masalah Skoliosis ni dah banyak terjadi dikalangan pelajar sekolah. Mereka masih lagi buat kajian tentangnya. Mengapa ia kerap terjadi pada budak-budak yang sedang nak meningkat pembesarannya. Kengkawan semua, ibu mohon doakan budak Aqil ye. ;)
Anak saudara saya dan mak saya pun ada scoliosis. Anak saudara belum tahap perlu rawatan, cuma doc pesan jaga postur badan. Mak pulak sedang jalani fisioterapi. Tapi sebab umur dah lanjut, tak dapat pulih cuma dapat halang dari bertambah bengkok.
Moga Allah permudahkan urusan rawatan Aqil dan kekal tabah bagi menjalani prosedur rawatan.
Selamat berpuasa Anies. Kalau ikut nasihat doktor dia kena pakai brace tu 23jam tanggal waktu mandi solat sahaja. Ibu belum habis tanya lagi dengan doktor nanti Khamis ni nak tempat brace tu ibu akan confirmkan blk.
Sempena bulan Ramadhan ni, ibu kena banyak2 doakan kesembuhan buat Aqil masa terawih :) Doa ibu tiada hijab. Insha Allah Aqil akan sembuh dari skoliosis 🤲🏻
Selamat berpuasa utk ibu sekeluarga... Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan Aqil dan beroleh kesembuhan suatu hari nanti ..be strong both of you 🤗
Aamiin Ya Rabb! Terima kasih Dana. Ibu dah tenggelam timbul skrg ni mood menulis kelaut mood layan drama plak skrg ni. Hihihi! Tapi rindu juga pada kawan2. ;)
Di usia remaja ni tulang masih boleh dikawal sebab dalam proses pembesaran. Insha Allah Aqil akan OK. Jaga postur, jangan bawak beg berat dan makan kalsium, ini nasihat dari team perngidap scoliosis jugak. hehe
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
22 Comments
Anak saudara saya dan mak saya pun ada scoliosis.
ReplyDeleteAnak saudara belum tahap perlu rawatan, cuma doc pesan jaga postur badan.
Mak pulak sedang jalani fisioterapi. Tapi sebab umur dah lanjut, tak dapat pulih cuma dapat halang dari bertambah bengkok.
Moga Allah permudahkan urusan rawatan Aqil dan kekal tabah bagi menjalani prosedur rawatan.
Aamiiin Ya Rabb! Terima kasih sis atas doanya. Dah banyak kes Skoliosis ni skrg melibatkan budak sekolah.
Deleteselamat berpuasa utk sis sekeluarga..
ReplyDeletebtw kalau aqil pakai brace nanti dia boleh buat aktiviti luar mcm bersukan tu?
Selamat berpuasa Anies. Kalau ikut nasihat doktor dia kena pakai brace tu 23jam tanggal waktu mandi solat sahaja. Ibu belum habis tanya lagi dengan doktor nanti Khamis ni nak tempat brace tu ibu akan confirmkan blk.
Delete👌👌👌👌✌️😀
DeleteMuahciked! ;)
Delete😘😘
DeleteXoxo
DeleteSempena bulan Ramadhan ni, ibu kena banyak2 doakan kesembuhan buat Aqil masa terawih :) Doa ibu tiada hijab. Insha Allah Aqil akan sembuh dari skoliosis 🤲🏻
ReplyDeleteIn shaa Allah dear. Terima kasih atas kata semangatnya. ;)
DeleteSelamat berpuasa utk ibu sekeluarga...
ReplyDeleteMudah-mudahan dipermudahkan segala urusan Aqil dan beroleh kesembuhan suatu hari nanti ..be strong both of you 🤗
Aamiiin Ya Rabb! Terima kasih PH atas doanya. Semoga yg baik2 juga buat PH sekeluarga ye. ;)
Deletesemoga semua yang baik-baik je buat Aqil ya... rasa macam dah lama tak nampak entri Salina
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Terima kasih Dana. Ibu dah tenggelam timbul skrg ni mood menulis kelaut mood layan drama plak skrg ni. Hihihi! Tapi rindu juga pada kawan2. ;)
DeleteSemogaibu diberikan kekuatan untuk ujian.. Chayook!! Chayook Ibu..
ReplyDeleteSha doakan juga semoga Aqil diberikan kesihatan yang semakin baik..
Aamiiiin Ya Rabb! Terima kasih Sha. In shaa Allah! Kami kuat. Hihihi!
DeleteAllahumma yassir. shafahulah aamiin
ReplyDeleteAamiiin!!!! ;)
DeleteDi usia remaja ni tulang masih boleh dikawal sebab dalam proses pembesaran. Insha Allah Aqil akan OK. Jaga postur, jangan bawak beg berat dan makan kalsium, ini nasihat dari team perngidap scoliosis jugak. hehe
ReplyDeleteIn shaa Allah Sal.. Terima kasih banyak2 ye.. ;)
ReplyDeletedari luaran tak nampak, tapi hakikatnya tulang aqil bengkok ye..
ReplyDeleteIye dari luar tak nampak sangat kalau dia buka baju baru jelas.. ;)
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.