Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
[Baca Juga] : Aqil Naim Dan Masalah Skoliosis
Pada 8/3/2023 hari Rabu yang lepas budak Aqil ada rawatan susulan kali kedua di Klinik Pakar Orthopedik Hospital Raja Permaisuri Bainun, berkaitan dengan masalah Skoliosis yang dihidapinya. Kali ini temujanji Aqil waktu pagi. Seawal pulul 7 pagi kami dah keluar dari rumah. Kali ni agak istimewa sebab opah Aqil pun nak ikut sama. Kata emak dia nak dengar apa yang doktor terangkan nanti. Masalahnya yang ibu risau bukan budak Aqil. Ibu risaukan emak sebab jiwanya agak sensitif. Kome bayangkan kucing yang dekar rumah pun ditatangnya bila kucing tu jatuh sakit, siap beriba lagi. Inikan pula cucu tunggal kesayangan dia yang sakit.
Usai sarapan pagi dekat kedai mamak yang berhampiran rumah kami terus ke hospital sebab nak kena bawa budak Aqil pegi xray dulu. Doktor nak tengok adakah makin bertambah tahap bengkok tulang belakang dia. Hampir sejam jugalah baru selesai urusan xray. Setelah selesai kami bergegas ke Klinik Pakar Orthopedik pula. Sama juga, kena tunggu giliran. Tak sangka pula ramai betul pesakit pagi tu jika nak dibandingkan waktu pertama kali kami datang bulan 11 tahun lepas.
Bila nama Aqil dipanggil kami berempat sama-sama masuk dalam bilik rundingan. Kali ini doktor pakar yang lain pula check Aqil bukan doktor yang sebelum ini. Bila doktor ukur balik berapa darjah bengkoknya tulang belakang Aqil berdasarkan keputusan xray yang baru, doktor mengesahkan bahawa tulang belakang Aqil dan sudah membengkok sebanyak 25 darjah. Maknanya Aqil dah memasuki tahap Mild Scoliosis.
Jadi saranan doktor, Aqil perlu memakai Brace bagi menyokong proses pembentukan tulangnya. Memandangkan Aqil ada lagi masa 4 tahun bagi proses tumbesaran sehingga dia mencapai umur 18 hingga 19 tahun. Doktor rujuk kes Aqil ke Unit Rehabilitasi untuk menempah Brace yang perlu dipakainya. Temujanji Aqil di Unit Rehabilitasi pada 22/3/2023 sehari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Kenapa perlu pakai Brace?! Supaya dapat mengelakkan penambahan bengkok tulang belakang Aqil, kerana kata doktor jika ia semakin meningkat hingga mencapai 40 - 50 darjah maka pembedahan perlu dilakukan. Jika boleh kami ingin mengelakkan daripada budak Aqil dibedah. Ibu tak sanggup. ;(
Keluar saja dari bilik doktor ibu tengok emak dah termenung dan air matanya bertakung dia diam membisu. Sebab tu lah ibu tak nak bawa emak. Sebab emak cepat risau dan jenis overthingking. Tapi kalau tak dibawa nanti dia kecil hati. Hurmmmm! Aqil cool saja yang penting hp tetap ditangan janji boleh main game. Hishhhhh! Ayah pula tetap tenang seperti biasa, sebabnya kalau ayah tak tenang ibu akan jadi tak keruan. Kerana dalam fikiran ibu terlalu banyak yang ibu risaukan. Dengan masalah kesihatan diri sendiri dan sekarang kesihatan Aqil pula. Semoga Allah swt permudahkan urusan rawatan Aqil. Temujanji susulan ketiga Aqil dengan doktor pakar Orthopedik pada 7/6/2023, semoga semuanya baik-baik sahaja. ;(
Opah nak sangat teman.
Kita bawakan saja.
Kesian opah kena menunggu lama. ;)
Ayah pun ambil cuti juga.
Senang bila ambil cuti kita pun tak ada terkejar-kejar.
Yang penting bos pun tak kacau kejap-kejap call.
Hihihi!
Xray terbaru Aqil.
Tulang belakangnya sudah membengkok sebanyak 25 darjah.
Itu yang perlu pakai Brace.
Setelah selesai di Klinik Pakar Orthopedik kami terus ke Unit Rehabilitasi.
Temujanji Aqil pada 22/3/2023.
Rasanya bulan 3 ni ibu penuh dengan temujanji hospital saja. ;)
|
Gambar Google |
Inilah Brace yang perlu Aqil pakai.
Cuma ibu tak pasti jenis yang macam mana.
22/3/2023 nanti baru doktor di Unit Rehabilitasi akan terangkan.
Ibu mohon kengkawan doakan urusan rawatan kami dipermudahkan ye. Semoga Allah swt angkat doa kalian dan makbulkannya. Aamiin! ;)
28 Comments
salam singgah.moga dipermudahkan urusan kesihatan Aqil ye. ibu ayah nya moga sihat selalu dan diberi kekuatan dalam menguruskan amanah Allah swt ini.
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah sini. Aamiin! Terima kasih mendoakan kami. In shaa Allah! Ibu ayah akan usaha yang terbaik utk Aqil. ;)
Deletenampak ketara dari gambar x-ray tu..insyaAllah Aqil boleh!sama2 kita doakan moga dipermudahkan semua urusan ibu,ayah,Aqil dan opah...diberikan kesihatan yg baik spanjang usia
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Terima kasih Afzan atas doanya semoga Allah angkat doa Afzan. In shaa Allah! ;)
DeleteSemoga semuanya baik2 aje dgn Aqil. Braces tulang ni kena pakai setiap masa termasuk waktu tidur ke sis?
ReplyDeleteIn shaa Allah! Cara pemakaian dia ibu tak pasti 22/3 temujanji Rehabilitasi nanti baru mereka terangkan.
DeleteOooo... Bentuk macam S eh?
ReplyDeleteIye uncle bentuknya macam S
DeleteKuat semangat ye ibu & Aqil 💪
ReplyDeleteAda anak kawan pun begini juga kesnya. Alhamdulillah dikesan dan dirawat awal, skrg better keadaannya. Mudah-mudahan ada rezeki juga utk Aqil sembuh 🤲
Aamiin Ya Rabb! In shaa Allah PH. Doakan ye. ;)
Deletesemoga boleh pulih seperti biasa...secara jujurnya saya turut bersimpati dengan ujian yang melanda Aqil
ReplyDeleteTerima kasih MrHanafi. In shaa Allah! Kami akan usaha. Berdoa dan tawakal. Semoga Allah swt berikan kesembuhan buat Aqil. Aamiin! ;)
DeleteMoga baik2 saja untuk Aqil..tak apa ibu ikut saja cadangan dari Dr, dorang lebih tahu mana yang terbaik utk setiap pesakit..Semoga Aqil cepat pulih seperti biasa...
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Terima kasih Fieza atas doa dan semangatnya. In shaa Allah! Kami akan usaha sebaik mungkin. Allah swt maha penyembuh. ;)
Deletemoga dipermudahkan segala urusan rawatan utk Aqil tu...memang risau bila anak2 sakit/tak sihat, apatah lg bila penyakit yg agak serius tu... shafahullah
ReplyDeleteIn shaa Allah MZ terima kasih diatas setiap doanya. Alhamdulillah! Pinjam semangat dari kengkawan semua. ;)
DeleteAllahu semakin membengkok ye... bertabahlah dgn ujianNya... insya Allah masih awal lagi semoga dgn adanya rawatan dr yg pakar tulang Aqil makin elok nnt
ReplyDeleteIn shaa Allah kak mim. Mohon doakan ye. ;)
Deletesemoga dipermudahkan urusan Aqil.. harap lps pakai brace tulang perlahan2 kembali normal
ReplyDeleteAamiiin Ya Rabb! Mudah2an In shaa Allah! ;)
Deletetiba-tiba saya rasa nak buat Xray scoliosis saya lepas baca entry ni. huhu. semoga Aqil sihat ye. tapi tulang tulang saya dah keras, pakai brace pun tak jadi apa. huhu
ReplyDeleteKesian Aqil rasanya mesti dia tak selesa bila kena pakai Brace tu nanti. ;(
Deleteopah jgn risau ya.. opah doa byk2 agar cucu opah ni kembali sihat dan ceria spt dulu. insya allah... utk aqil thats ok kita berkorban skrg utk kebaikan ms dpn. semoga segala aqil urusan dipermudahkan
ReplyDeleteAamiiin Ya Rabb! Tq kakak anies mendoakan Aqil. Semoga doa yg baik2 juga berbalik buat Anies. ;)
DeleteBrace tu menyokong dan membetulkan balik tulang ye Ibu..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan semua urusan Ibu dan Aqil.. Aamiin..
Aah iye Sha dia membantu untuk betulkan balik tulang belakang yang bengkok tu. ;) In shaa Allah! Terima kasih atas doanya. ;)
Deletetgk gambar xray nampak teruk juga tu
ReplyDeleteIye mama masa ni dah capai 25 darjah bengkok tulang belakang dia
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.