Advertisement

Main Ad

Pertama Kali Digigit Kucing

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Bisa rupanya gigitan kucing ni yer. Buat pertama kalinya dalam hidup ibu selama 42 tahun ni ibu digigit kucing. Mujurlah kucing tu kucing belaan bukannya kucing liar. Seminggu jugalah seksa dibuatnya. Kena pula di telapak tangan kanan. Memang tangan yang selalu ibu gunakan untuk buat kerja. Sepanjang kecederaan ibu kerja rumah semua ayah dan Aqil yang tolong uruskan. Alhamdulillah! Sedikit kelegaan disitu. Hihihihihi!

Ceritanya pada hari Sabtu minggu lepas kami ke rumah adik ayah saja nak ziarah biras ibu tu. Ibu jadi rindu pula nak keluar me time dengan dia. Sejak dapat tahu dia mengandung kami dah jarang jumpa dan keluar bersama. Kalau sebelum tu hampir setiap minggu jugalah dia datang ambil ibu bawa keluar kesana kesini. Pantang hari cuti ada saja plan kami. ;)

Di rumah mereka ada seekor kucing jantan Oyo namanya. Kucing belaan mereka suami isteri. Pada mulanya semuanya baik2 saja. Kami bersembang berbual gelak ketawa. Ibu tengok kucing tu tak adalah garang atau lasak. Duduknya setempat saja. Cuma sesekali dia agak bising ntah apa yang diomelnya ibu tak faham. Nak kata lapar makanannya cukup. Mungkin waktu tu sebenarnya mood dia tak berapa baik tapi ibu yang tak sedar. 

Bila tengok dia duduk diam setempat ibu jadi geram. Ibu mula rasa nak kacau. Ibu usap2 dia. Dari kepala leher dan badan. Perlahan ibu belai2 dia. Dia diam saja tak menunjukkan apa2 reaksi. Sesekali dia pandang ibu. Duduknya masih kekal tak bergerak langsung. Tak dengar pula bunyi dia merengus. Eh! Baiknya bisik hati ibu. Huhuhuhu!

Tiba2 sedang ibu usap leher dia. Dia bangun dan tak sampai 2 saat dia terus gigit tangan ibu. Pada mulanya ibu beranggapan dia nak main gigit2 manja ataupun nak menyendeng tangan ibu. Rupanya dia gigit tangan ibu sekuat2 hati dan dia tak lepaskan sampai terbenan gigi taringnya. Ibu pun apa lagi terus angkat tangan ibu tinggi2 sampaikan dia bergayut hampir 2 minit baru dilepaskannya. Fuh!!! Masa tu darah dah menitik2. Demi menjaga air muka ibu, ibu tak menangis langsung siap boleh senyum lagi maintain cool. Yang biras ibu dah cuak menjerit dia satu rumah marahkan si Oyo macam emak marahkan anak. Hahahaha!

Waktu itu juga mereka bawa ibu ke klinik berhampiran rumah mereka. Dapatlah ibu satu suntikan kancing gigi. Doktor kata kalau kesan gigitan tu makin teruk dia cadangkan ibu terus ke hospital saja memandangkan ibu ada penyakit Beta Thalasemia Major. Risau ubat Antibiotik yang dia bagi tak jalan. Mungkin ibu kena masuk ubat Antibiotik melalui suntikan. Cuak jugalah ibu dengar doktor cakap macam tu. Yang ayah tak habis2 nak menakutkan ibu. Katanya kalau teruk sangat2 boleh kena potong tangan ni. Hantu pocong betoi. Hahahaha!

Ibu diberi MC sampai hari Isnin. Kata doktor kalau hari Isnin masih tak berapa ok pegi semula klinik yang berhampiran rumah ibu untuk review doktor samada perlu sambung MC ataupun tidak. Yelah! Tangan dah bengkak merening nak buat kerja macam mana. Nak menaip msg dekat hp pun tak boleh. Bisa dia berdenyut2 rasa nak demam ibu dibuatnya.

Untuk malam yang pertama memang ibu tak boleh tidur. Denyut sakitnya tu tak boleh bawa bincang. Pusing kiri tak kena pusing ke kanan tak kena. Terpaksa ibu telan ubat tahan sakit malam tu barulah ibu boleh lena. Hari Isnin ibu tengok tangan ibu masih bengkak merening. Nak masuk kerja macam mana. Kerja ibu banyak menggunakan tangan nak menaip dan menulis. Ibu ajak ayah ke klinik semula. Waktu tu ibu dah mula nampak ada sedikit nanah pada kesan gigitan yang agak dalam. Ibu tak sedap hati. Akhirnya ibu dapat lagi MC untuk 2 hari hingga hari Rabu. Khamis baru ibu mula masuk kerja. Itupun ibu tak boleh nak lincah sangat buat kerja. Tangan masih rasa tak selesa dan ibu risau takut bentan balik.

Itulah dia penangan kena gigit dek kucing. Serik jadinya. Lepas ni kalau ibu ke rumah mereka lagi ibu akan lari dari Oyo. Tak nak ibu usap2 budak bulu tu lagi. Ibu trauma. Muahahaha!



Ini gambar hari yang pertama kena gigit.
Awal2 lagi dah nampak bengkak merah menyala telapak tangan ibu.
Oyo waktu ni dah lari menyembunyikan diri.
Kena marah dengan mamanya.
Hahahahaha!


Adik ipar dan biras ibu terus bawa ke klinik berhampiran rumah mereka.
Bil rawatan pun mereka yang bayarkan.


Waktu ni dah masuk hari ke 3.
Hari Isnin ibu ke klinik semula.
Dapatlah ibu sambung MC hingga Rabu.
Bengkak merening macam ni nak menaip menulis buat kerja macam mana kan?!


Nampak kecil saja kesan dia kan?!
Tapi gigitan gigi taring si Oyo memang dalam.
Waktu ni berdenyut sakit dia lain macam.
Nasib baik ibu tak demam teruk.


Ini hari pertama ibu masuk kerja.
Dan surut sikit bengkaknya.
Tapi masih lagi rasa tak selesa nak buat kerja.
Menulis pun ibu tak boleh nak menekan sangat.
Denyutnya masih ada.


Pegang pen pun sakit.
Rasa kebas dekat kawasan gigitan tu.


Ha! Inilah dia budak bulu yang comel tu.
Hello! Nama saya OYO.
Umur saya 4 tahun.
Saya budak baik tau.
Mood saya hari tu jer tak berapa ok.
Sorry Mak Lang! Oyo gigit tangan Mak Lang.
Huhuhuhu!

Bila orang tanya macam mana boleh jadi. Ibu cuma jawab "Mungkin Allah gerakkan hati kucing tu untuk gigit tangan saya ni...." Mereka pun terdiam. Hahahahaha!

Post a Comment

26 Comments

  1. Alhamdulillah naseb baik tak semakin melarat.. Memang orang kata, gigitan kucing nie berbisa... Kalau tak rawat dengan betul, boleh lagi serius kesannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul nasib baik tak melarat. Lega rasanya. Mula2 kena hari tu cuak juga lah. ;)

      Delete
  2. Gigit dia balik haha...
    Teruk rupanya kena gigit dgn kucing ye. PH setakat ni belum pernah kena, takat cakar² & gigit² manja tu adalah... Syafakillah ibu 🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib dia comei nak marah pn x sampai hati. 😂 Terima kasih atas doanya PH.

      Delete
  3. Replies
    1. Memang sakit uncle sekarang walaupun dah seminggu berlalu msh lg ada rasa kebasnya ;)

      Delete
  4. Biasa dia tu ya?....terasa nyilu je tu. Moga cepat sembuhnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dh baik dah tp parut dia kekal x hilang. Kenangan dari budak comel Oyo

      Delete
  5. shafakillah. memang nampak dlm la bekas gigitan tuuu

    ReplyDelete
  6. Allahu…memang nampak agak teruk tu. Seriau pulak akak baca situasi masa kena gigit tu. Kat rumah akak ni pun ada seekor kucing datang tapi manja mesra suka main cekau, gigit-gigit. Setakat ni dah 2x calar tangan akak, sikit gitu je pun tapi rasa pedih jugaklah. Moga Allah kurniakan kesembuhan buat Salina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak dah baik dah cuma tinggal parutnya saja

      Delete
  7. aduhhhh sy pula yg terasa sakitnyaaaa

    biasaaaaaaa dia tu ya oyo! gigit2 org niii

    ReplyDelete
  8. syafakillah...
    hari ni macam mana keadaannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah anies dah makin baik cuma tinggal parutnya saja

      Delete
  9. Mood dia swing lettew. Itu yg dikokaknya agaknya 😅. Jangan kawan ngan OYO dah. Biashe dia tu! Ha3 😝

    ReplyDelete
  10. Adui.. kalau kat sini kalau kena gigit or cakar kucing mmg akn diinjek bbrp dos dan dipantau sbb takut rabies.. kalau anjing lagi la kkm risau.. semoga ibu cepat sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak min dah baik dah. Aah kak doktor pun cakap risau Rabies hari tu.

      Delete
  11. Uishhh, negeri...Camni mmg ngilu...Kalau sampai putus pape..lagi ngeri....uish..Koga dijauhlan ler...

    Saya memang penakut dgn kucing...tak Kisah cakar manje ke apa..memang tak pegang kucing..huhu..

    Semoga terus sihat ye kak..Haaa..jgn dekat ngn si budak Oyo tu lagi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye dek aritu akak ingat dah nak kena potong ke tgn akak ni sebab bengkak bisa air tu lain mcm sampai nak demam lah.

      Delete
  12. Aduhaiii itulah sebab saya tak suka nak belai kucing hahaha.. Bahaya tu kalau kena gigit dalam.. Anak no 2 pernah kena gigit anjing tapi sikit jer.. itu pun habis naik kurap satu badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tgk mood dia dlu mcm mana tambah kalau kucing orang

      Delete
  13. huhu, ngeri sungguh., tringt jiran cina wak dulu pnh kene gigit anjing sendiri.,

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.