Advertisement

Main Ad

Aktiviti Sabtu Dan Ahad

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hello semua apa kabar?! Sekarang ni musim ramai yang tak sihat. Nak salahkan cuaca pun tak boleh juga. Ibu pernah dengar satu ceramah ni katanya bila kita jatuh sakit jangan sesekali salahkan cuaca ataupun lain-lain. Kerana sakit ni datangnya dari Allah dan kesembuhan juga dari Allah. Sakit adalah nikmat asbab dari sakit itu juga dikurniakan pahala dan dihapuskan dosa kecil kita. Siapa tak nak terhapus dosa asbab dari ujian sakit yang Allah kurniakan betul tak?! Jadi jika ada diantara kita atau ahli keluarga yang sedang diuji dengan nikmat sakit. Semoga Allah angkat darjat kita diatas ujian itu. In syaa Allah!

Hari minggu ni apa aktiviti kome?! Nanti ibu baca satu-persatu entry kome yer. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sudi tinggalkan komen dalam entry ibu yang sebelum ni. Seronok rasanya bila baca komen kawan-kawan semua. Masih ada lagi yang setia dengan blog ibu ni. Walaupun kadang-kadang ibu ni sekejap tenggelam sekejap timbul. Huhuhuhu!

Ada entry ibu yang sebelum ni ibu tanya tentang reading list yang keluar balik entry lama dari kawan-kawan yang dah tak aktif. Entry yang dah 10 atau 5 tahun semuanya naik balik. Rupanya bukan ibu seorang saja yang alami benda yang sama. Ada juga kawan-kawan blog lain yang mengalaminya. Mungkin Google nak bersihkan blog yang dah lama tak aktif. Sampaikan ibu nak baca enrty yang baru update terpaksa ibu scroll bawah-bawah. Habis semua dah turun ke bawah.

Hari ini bila ibu buka semula reading list ibu semuanya dah kembali normal. Semua entry yang baru update duduk disenarai atas semula. Tak perlulah ibu nak scroll ke bawah mencari satu persatu mana yang baru update. Maklumlah ibu ni bukanlah rajin sangat kalau dah semua entry lama yang keluar berpinar mata ni nak scroll mencari sampai kebawah. Bukan sikir-sikit blog yang ibu follow sejak dari awal ibu mula berblog ni. Bayangkan entry kawan-kawan dari tahun 2009 beratus-ratus blog yang ibu follow dan kebanyakannya memang banyak yang dah tak aktif lagi. Hurmmmm! Rindu pula dekat mereka semoga mereka semua baik-baik saja hendaknya. 

Rasanya entry ni dah lari dari tajuk asal. Hahaha! Oklah kembali ke pangkal jalan. Apa aktiviti kami cuti hujung minggu kali ni?! Pada hari Sabtu sekolah Aqil ada buat Karnival 2024. Macam tahun lepas hari Karnival adalah hari yang Aqil tunggu-tunggu sebab ada aktivi kesukaan dia. Memanah dan berkuda. Kupon yang dia beli bukan habis untuk beli barang makan atau minuman. Tapi habis dekat aktiviti yang dia suka tu lah. Cuma untuk tahun ni ada tambah 1 lagi aktiviti iaitu Paintball. Gambar hari Karnival?! Jangan lah kome tanya ada tak gambar waktu hari Karnival sekolah Aqil. Kalau dah namanya anak lelaki kome paham-paham saja lah gambar apa yang diambilnya. Huhuhu!


Maaf kualiti gambar kelabu asap guna hp Aqil dia tak setting main tangkap saja.
Dalam banyak-banyak gambar ini saja yang dia send dekat ibu.
Tak paham sungguh.
Ibu suruh dia ambil gambar kenangan dengan kawan-kawan.
Yang dia ambil gambar binatang tu buat apa.
Berderau darah ibu tengok benda tu.
Geli!


Kome tengok lah dia cakap apa.
Comel katanya.
Eiiiiiii Ya Allah!
Ntah mana datang comelnya tak tau lah ibu.
Betul lah kata orang kecantikkan kecomelan itu subjektif.
Huhuhuhu!
Di mata Aqil benda tu comel..
Huhu!

Aktiviti hari Ahad kami seperti biasa saja bangun awal pagi lepas tu pegi sarapan kedai mamak dekat dengan area rumah dan balik. Minggu ni ibu tak masak. Awal pagi emak dah wasap ajak makan tengahari di rumah dia. Lompat bintang ibu dibuatnya. Hahahaha!

Post a Comment

4 Comments

  1. Blog ibu pun jadi maxam saya...bila klick profile takda link ke blog...kena taip menual untuk ke blog..taktau naper gitu jadinya

    ReplyDelete
  2. weekend hari tu MA busy gak...curi2 gak masa rehat sbb baru nak sihat

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.