Advertisement

Main Ad

Berapa Tinggi Aqil

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Ramai yang tegur Aqil Naim tinggi.
Nak tau tak berapa ketinggian Aqil?!
171cm
Huhuhuhu!
Tak tau lah ibu menurun dari siapa ketinggian dia tu.
Kalau nak kata ayahnya tinggi ketinggian ayah tak sampai pun 170cm.
Ayah dengan ibu lebih kurang saja tingginya.
Tinggi ibu 163cm tinggi ayah lebih sikit saja dari ibu.
Budak Aqil ni makin menjadi-jadi ketinggian dia.
Setiap kali temujanji Klinik Otopedik untuk rawatan Skoliosis.
Mesti doktor tegur Aqil cepat tinggi.
Ada tempoh 2 tahun lagi untuk bertambah ketinggian Aqil.
Nanti kita tengok dia berhenti sampai mana.
Huhuhu!
Nak bagitau juga size kasut Aqil pun lagi besar dari ayah.
Size kasut ayah 6 tapi Aqil kasutnya size 9.
Ayah dah jadi kaki Cinderella versi lelaki.
Hahahahaha!


Seperti biasa ibu mestilah berdiri di tengah.
Namapun KLCC kan.
Hahahaha!


Dulu kemetot saja budak Aqil.
Sekarang ibu pula yang dia cakap kemetot.
Dia ingat comel sangat lah senyum macam tu.
Dengan tak ada giginya.
Hahahahaha!
Gambar waktu Aqil sekolah rendah Tahun 1.

Mungkin sebab waktu mengandungkan Aqil dulu ibu selalu bergaduh mulut dengan Paksu dia. Ibu suka marah adik ibu tu sebab kaki dia panjang sangat. Kalau naik kereta dengan dia kaki dia sampai makan kawasan tempat duduk ibu. Hahahahaha! Ha! Marah lagi Paksu kan dah 'kenan'.

Post a Comment

14 Comments

  1. Sama la dgn si Abang, anak sulong PH, >170. Tapi Aqil kuyus, Abang sado 🤭 Saiz kaki pun international ibu, 13!

    ReplyDelete
  2. wahh salina lagi tinggi la dari MZ...saya tinggi 159 cm jer ;) tu pun perasan tinggi gak laa sbb my kakak lagi rendah ;)

    ReplyDelete
  3. tinggi melebihi standard lelaki Malaysia ni. Saya pun 165cm je pendek

    ReplyDelete
  4. Di tempat saya bekerja ramai budak-budak tinggi...saya macam kementot saja bila berdiri dalam kalangan mereka...ada yang cecah 180cm

    ReplyDelete
  5. ibu comel sangat, if ibu pun tinggi 160cm saya ni apa??? adeih! tapi 171cm mmg sgt la tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org yg kecik molek ni mmg akan nampak comel Umi. Umi lagi comel.

      Delete
  6. Tak apa tinggi pun....janji sihat dan tumbesaran lancar.

    ReplyDelete
  7. sama la..anak2 MA pun dua2 dah tinggi dr MA dah

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.