Advertisement

Main Ad

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Blogwalking

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Salam hari Isnin semua. Hanya berbaki 2 hari lagi kita akan tinggalkan tahun 2024. Hari Rabu bermulalah kita masuk ke tahun baru 2025. Untuk tahun 2024 terlalu banyak pengajaran dan perubahan dalam kehidupan ibu. I'm Survive! Alhamdulillah! Bagi tahun 2025 pula semoga ibu akan terus Survive. Hihihihi!

Oklah entry kali ni ibu nak cerita sikit pasal Blogwalking singkatannya BW. Semalam sepanjang hari ibu curi masa untuk BW ke blog kawan-kawan. Sejak ibu cuci bersih "Reading List" ibu. Mudah untuk ibu BW membaca entry terbaru dari kawan-kawan yang masih aktif. Kalau sebelum ni ibu perlu scroll ke bawah sebab sejak kebelakangan ini Google naikkan semula entry-entry lama dari blog yang tidak aktif. Entry terbaru dari kawan-kawan yang masih aktif semuanya dah turun ke bawah. 

Bila dah cuci bersih dan remove semua blog yang sudah bertahun-tahun tidak aktif "Reading List" ibu kembali fresh. Betul lah bukan kehidupan nyata saja yang perlu kita kecilkan Circle kehidupan di alam maya juga begitu rupanya. ;)

Semalam ibu terlebih rajin. Selesai saja kerja-kerja rumah ibu buka laptop budak Aqil untuk ziarah blog kawan-kawan. Dari satu blog ke satu blog malah ada blog yang ibu marathon baca kesemua entry beliau sepanjang tahun 2024. Kan terlebih rajin pula ibu semalam. Hahaha! Umi Cha semalam habis ibu marathon blog awak untuk sepanjang tahun 2024. Rindu dengan anak-anak ibu bertiga tu. Masing-masing dah meningkat remaja. Kami emak-emak ni dah semakin berusia rupanya sudah masuk ke angka 4 siri. Huhuhu!

Ibu hanya dapat marathon BW pada hari cuti hujung minggu sahaja. Hanya itu saja masa yang agak tenang dan sesuai untuk ibu ziarah blog kawan-kawan. Pernah jugalah ibu cuba curi masa di hari bekerja tapi selalu tak berjaya. Asal letak saja kepala ke bantal ibu dah melayang entah kemana-mana. Tengah mimpikan hero-hero yang dalam drama Korea agaknya. Hahahaha! Di pejabat pula line tak clear sebab kami ada CCTV betul-betul di atas kepala. Uishhhhh! Bahaya kalau ibu buka blog ibu di pejabat. Daripada mereka tidak tahu kewujudan blog ini nanti mereka jadi Silent Reader ibu pula. Eiiiiii! Tak nak ibu. Mengenangkan itupun dah buat ibu mimpi ngeri. Mereka tu sejenis mata melilau nampak saja aktiviti orang lain. Lepas tu mula berkumpul jadikan topik perbualan. Huh! Cukup tak suka.

Jadi kawan-kawan ibu semua waktu bila yang korang BW?! Ada tips tak untuk ibu supaya konsisten dalam misi untuk BW supaya ibu tak ketinggalan cerita dan aktiviti kawan-kawan ibu semuanya?! Marilah share tips sikit. Hihihihi!


Kadang-kadang ibu BW dari hp saja.
Mudah memang mudah.
Tapi bateri hp ibu cepat habis dan hp akan panas.
Jadi ibu suka BW pinjam laptop si Aqil.
Ayah cakap bateri hp ibu dah tak elok nak kena tukar.
Aishhhhhh!
Makan modal betul lah.

Korang dah ada plan cuti tahun baru nanti nak buat apa ke?! Ibu tak ada apa-apa plan sebab cuti pun sehari saja. Ibu tak ambil cuti tersepit Khamis dan Jumaat. Ibu nak ambil cuti hujung bulan Januari nanti. Eh! Ada apa di bulan Januari?!! Huhuhuhu!

Post a Comment

20 Comments

  1. Betul la lately blogger naikkan semula blog yg x aktif tu, memula ingatkan blogger tu dh aktif balik rupanya harapan palsu... kalau sy, sy selalu bw bila time mcm ni lah, org masih blim ramai kt ofis, atau masa ambik iman balik sekolah, time menunggu dia dlm keta tu kalau x tidur, bw je jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak mim ibu pun tertipu hari tu ingatkan mereka dah aktif semula excited ibu buka rupanya entry 5@6 tahun yang lepas naik blk

      Delete
  2. Haaa, ya ampun. Itu bloghijau saya kan? ibu ni, bikin terharu tau pepagi. Saya BW waktu pagi, lepas hantar anak ke sekolah. Terima kasih ibu, sudi jadi teman saya. Lama dah kita berkawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye blog umi lah ibu terjah setahun punya entry leka ibu baca mcm baca novel. Hihihihihi!

      Delete
  3. PH lepas anak gi sekolah layan BW kejap... Guna phone je ibu, malas nak buka² laptop 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu kadang blog melalui hp juga PH betul ada masanya malas nak buka laptop. ;)

      Delete
  4. Saya juga selalu BW hujung minggu atau hari cuti. Kalau hari kerja, kadang-kadang masa lunch break sebab hari-hari bawa bekal, jadi sambil makan sambil BW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu kalau di pjbt waktu makan tu suka layan drama hihihi

      Delete
  5. tq sudi drop komen kat blog MZ :) MZ biasanya BW time ada masa free tak kisahlah kat mana2 or pukul berapa pun ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome MZ tq juga dkt MZ setia dgn blog ibu ni tinggalkan komen disini ;)

      Delete
  6. ldy ingtkan ibu nk tulis waktu dalam jam tadi...

    hihi, betullah... kite hanya boleh bw waktu kite free shj.. xseperti zmn kite remaja dlu, ikut waktu kemuncak.. mcm2 ade, blog larian pun ade.. enjoy sgt2..

    jomlah 2025 ni kemaskini aturcara hidup kita pulak.. slps kemaskini friendlis blog.. ldy belum lagi.. perlu reset juga ni ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu lain kan skrg dah tak macam dulu2 orang aktif berblog. Sekarang banyak yg santai2 saja berblog. Ibu pun nak dptkan mood berblog ni cukuplah payah. Sesekali rajin tapi kalau penyakit "M" tu dah datang hilang bertahun2 pun pernah. Hihihihi!

      Delete
  7. Ye..nampak Ibu BW blog SA jugak...senang hati tengok Ibu dah kembali aktif...seronok makin ramai kawan- kawan yang SA boleh bersembang walau di alam maya..SA pun bercadang nak kemaskini bloglist SA..nak masukkan yang baru- baru dan delete mana yang tak aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah SA blog SA salah 1 blog kegemaran ibu. Tambah kalau perut tengah lapor. Hahahahaha! Semoga ukhwah kita ni terjalin sampai bebila ye SA walaupun sekadar di alam maya saja. ;)

      Delete
  8. takde tips apa pun... bila rajin jalan... tak rajin... takyah...

    ReplyDelete
  9. Biasanya uncle BW lepas update blog. Kalau tak sempat baru tangguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun tangguh tapi unkel tetap rajin menyinggah ke blog kawan2. ;)

      Delete
  10. Masa sesuai untuk BW...awal pagi dan ketika itu fikiran masih segar bugar...ia lebih baik daripada scrol medeso...bagaimanapun masa mengarang sesuai pada waktu malam

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.