Advertisement

Main Ad

Sakit-Sakit Badan

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Sejak dua menjak ni badan ibu asyik rasa sakit-sakit.
Setiap sendi rasa macam dicucuk.
Berbisa sungguh.
Sampai ibu beli mandian Bidara untuk diamalkan.
Risau kalau ada benda-benda yang tak elok dibadan ni.
Tapi sama juga masih rasa sakit-sakit sendi.
Terutama selepas ibu masuk darah.
Dia punya rasa sakit tu tahap tak boleh bawa bincang.
Nak tidur sampai berguling-guling ibu atas katil.
Ayahlah jadi mangsa untuk sapu minyak panas tapi tak hilang juga.
Kalau ibu boleh tahan ibu akan tahan.
Tapi kalau dah tak tahan tu ibu telan juga ubat tahan sakit Parachetamol 2 biji.
Barulah boleh tidur lena.
Cuba juga tak nak telan ubat tapi tak berdaya.
Bila orang tanya ibu rasa sakit tak bila masuk darah?!
Masuk darah tu tak sakit cuma selepas masuk darah tu yang sakit.
Tapi ibu bersyukur kerana setiap kali selesai masuk darah.
Esoknya ibu akan bangun juga untuk ke pejabat.
Bekerja seperti biasa.
Hihihihi!
Cuti sakit diberi sehari saja waktu hari rawatan.
Esok kena lah masuk kerja macam biasa.
Kan...............................


Koleksi minyak panas ibu dah berboto-botol.
Orang lain kumpul minyak wangi yang ibu kumpul minyak panas.
Hahahaha!
Nasib baik lah dikurniakan suami yang redha dapat isteri macam ni.
Nak tak nak dia kenalah terima.
Sebab dari sebelum kawin lagi dah diberitahu risiko beristerikan pesakit Thalasemia.
Semoga Allah swt kurniakan pahala atas berkat sabar dan redha seorang suami.

Hari terakhir di tahun 2024. In syaa Allah! Kita sambung cerita di tahun 2025. Harapnya ibu tak tenggelam lagi. Nanti orang lain pula yang remove blog ibu sebab tak aktif. Hahahaha! What u give u get back kata omputeh. Hihihi!

Post a Comment

12 Comments

  1. Hugs utk Ibu 🤗
    Semoga dipermudahkan selalu urusan Ibu

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya baik buat ibu.
    Ibu, nanti pm ajar macam mana nak bersihkan follower tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha baik umi. Ibu buat satu persatu cuci followers tu penat juga lah kena klik satu2 nak check mana yg aktif atau tak

      Delete
    2. kita da buat ibu, dua hari lepas. sampai jem my pc ni. tapi lega da remove mana yg takmau tu.

      Delete
    3. Hahahahaha lega kan?!!! Rasa fresh je blog kita kan?! ;)

      Delete
  3. Moga dipermudahkan urusan.
    InsyaAllah ada ganjaran pahala untuk sis juga sebab sabar dan redha dengan ujian Allah.

    ReplyDelete
  4. Hugs untuk Ibu....semoga Ibu terus kuat dan diberikan kesihatan yang baik tau...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.