Advertisement

Main Ad

Kematian Adalah Permulaan

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Kematian adalah permulaan kehidupan yang sebenar.
Semalam ibu kehilangan seorang lagi ibu saudara.
Kakak kepada opah Aqil.
Arwah sudah seperti ibu kandung ibu sendiri.
Waktu emak melahirkan ibu arwahlah yang menjaga emak dalam pantang.
Ibu diuruskan oleh arwah sepanjang waktu emak berpantang.
Memandangkan emak anak perempuan bongsu.
Emak menjadi kemanjaan kakak-kakaknya.
Tidak hanya berhenti setakat menjaga emak dalam pantang.
Sewaktu ibu berpantangkan Aqil Naim.
Arwah juga berulang-alik datang ke rumah emak setiap hari.
Untuk mandikan budak Aqil.
Emak gayat nak mandikan Aqil selagi tali pusatnya tak putus.
Genap Aqil hari ke 11 barulah tali pusatnya putus.
Arwah telah dijemput sang pencipta diusianya 79 tahun.
Perginya tidak menyusahkan anak menantu.
Arwah cuma cirit birit hampir seminggu dan tidak mahu dibawa ke klinik atau hospital.
Semalam kata anaknya yang ada bersama waktu itu.
Tiba-tiba arwah jatuh melurut waktu sedang duduk dan tidak sedarkan diri.
Dia dibawa ke hospital dan disahkan ada jangkitan kuman di paru-paru.
Arwah menghembuskan nafas terakhirnya di Wad Kecemasan HRPB.
Perginya mudah hanya sakit sekejap saja.
Ibu masih tidak boleh lupa waktu jenazah telah siap mandi dan dikapankan.
Wajahnya senyum dan berseri-seri.
Arwah seorang yang rajin membaca Al-Quran.
Pernah menjadi guru mengajar anak-anak di kawasan tempat tinggalnya mengaji.
Kerana itu Allah swt angkat darjat beliau dipermudahkan segala urusan akhirnya didunia.
Alhamdulillah!


Urusan akhir arwah sangat mudah dan cepat.
Semuanya diuruskan anak menantu dan cucu arwah.
Arwah memiliki 12 orang anak.
Alhamdulillah!
Dikurniakan rezeki memiliki anak yang ramai.
Rezekinya juga dikuburkan betul-betul bersebelahan dengan kubur arwah suaminya.
Arwah suaminya meninggal pada tahun 2012.
Siapa sangka dapat dikebumikan sebelah menyebelah. ;,)


Benar bagai dikata.
Kematian adalah permulaan kehidupan yang sebenar.
Dunia ini adalah medan ujian buat kita semua.
Semoga pengakhiran kita semua juga baik-baik saja.

Adik-beradik opah yang tinggal sekarang ada 7 orang daripada 10 kesemuanya.
Seorang abang, 3 orang kakak dan 2 orang adik lelaki. Acik Pa berehatlah ye In shaa Allah kita jumla lagi di sana nanti. ;,(

Post a Comment

14 Comments

  1. mati itu pasti..cuma masa kita berbeza2..moga2 arwah ditempatkan di taman2 syurga..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul tu MZ semoga pengakhiran kita juga baik² semuanya. Aamiin!

      Delete
  2. Salam takziah buat ibu & seluruh keluarga.
    Kawan PH pun meninggal semalam :(
    Semoga mereka ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin! Terima kasih PH salam takziah juga buat PH atas kehilangan rakan. Semoga ditempatkan disisi hamba yg solihin.

      Delete
  3. Salam takziah buat ibu dan seluruh ahli keluarga.
    Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb! Kita doakan yang2 baik2 buat mereka yang dah pegi mendahului kita.

      Delete
  4. Salam takziah ibu & family.. semoga arwah acik pa dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  5. Salam takziah ibu.. Moga Allah diletakkan bersama orang-orang beriman. Moga pengakhiran kita juga baik belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb! Terima kasih Cuya. In shaa Allah! Kita doa yg baik² semuanya.

      Delete
  6. Moga arwah di kalangan mereka yang beriman. Dikurniakan rezeki 12 orang anak tu. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb! Iye rezeki dikurniakan anak yg ramai dan bermanfaat berguna semuanya. Hasil didikan yg bagus dari kedua mereka suami dan isteri. ;,(

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.