Advertisement

Main Ad

Buat Kerja Menghempas

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Bila rakan sekerja kau sejenis buat kerja menghempas.
Nak kata dia mengamuk tu mungkin tak.
Cuma jenis yang suka nak beremosi tak menentu.
Bila ada tugasan yang memerlukan tindakan segera atau penting.
Mula emosi dia jadi kacau bilau.
Diam membisu 1000 bahasa tak bercakap langsung dengan kita.
Lepas tu suka nak menghempas.
Tak kira lah hempas dokumen ke fail ke.
Kadang pen pun dicampaknya.
Cuba lah letak elok-elok bawa bertenang sikit.
Jangan ikutkan sangat emosi tak tentu hala kamu tu.
Orang sekeliling kamu ni pun ada juga emosi mereka.
Nasib baiklah ibu boleh kawal emosi ibu sendiri.
Lantak kau lah nak hempas ke apa jangan masuk kawasan ibu sudah.
Huhuhuhu!


Ibu ni bukanlah sejenis yang penyabar sangat.
Bila ada rakan sekerja yang jenis macam tu.
Ibu rasa tak selesa dan persekitaran jadi tak seronok.
Siang tadi dia tengah siapkan dokumen untuk dihantar ke HQ.
Boleh dia hempas dokumen-dokumen tu masuk kotak.
Terkejut ibu dibuatnya.
Lepas tu bukannya dia minta maaf boleh dia buat macam tak ada apa jadi.
Adoiyai!

Korang boleh bayangkan tak ibu boleh tutup mulut ibu rapat-rapat sepanjang 8 jam waktu bekerja. Ibu hanya bercakap bersembeng benda penting saja. Lantak lah yang lain-lain bergurau senda gelak ketawa. Ibu buat saja kerja ibu tanpa menyampuk apapun perbualan mereka. Ibu bertenang dalam circle ibu sendiri.

Post a Comment

2 Comments

  1. ada masalah anger management dia tu. Tapi ammi pun kengkadang suka menghempas juga especially bila kat rumah sbb nak anak-anak faham "mak ko ni penat nak oiiiiii"

    ReplyDelete
  2. susah juga yg jenis beremosi ni..nk plak suka hempas2....mcm kita rasa die marah kt kita plak kan sbb dh hempas2 tu...bertabahla

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.