Entry auto publish. Mood tengah rajin layankan saja. Ibu dah draft siap-siap entry auto publish sampai hari Jumaat. Harap lepas lah rindu kome semua ye. Hahahahaha! Tengah ada mood ni kita tulis saja apa yang rasa nak tulis. Bila baca komen dari kawan-kawan ibu rasa bersemangat nak menulis. Lebih selamat bila menulis meluah di blog ni sebab orang terdekat yang setiap hari ibu jumpa di pejabat tak tahu pun kewujudan blog ibu ni. ;)
Berbalik pada tajuk entry kali ini antara membaca dan menonton yang mana satu lagi best?! Kalau tanya ibu dua2 best. Satu masa dulu ibu suka membaca novel. Daripada novel cinta lepas tu terjebak dengan novel urban FIXI. Novel bergenre psiko thriller dan macam2 lagi. Pernah sampai terbawa2 dalam mimpi. Sampaikan ayah tak bagi ibu baca novel2 macam tu lagi dah. Katanya imiginasi ibu ni melampau sangat. Huhuhuhu! Penuh rak buku ibu masih ada lagi buku2 yang ibu tak buka lagi plastiknya. Masih elok tersusun dekat rak. Sama macam menulis blog ni juga. Bila ibu buka saja helaian pertama mood nak membaca tu terbang entah kemana. Akhirnya ibu tutup balik buku tu simpan dekat rak semula. Terbiar sajalah dia di situ sampai ke hari ini.
Kalau dulu baca novel pun boleh buat air mata ibu mengalir. Kalau masuk bahagian sedih memang sampai tersedu-sedan dibuatnya. Kalau masuk bahagian sweet2 pula udah tersenyum sorang2. Memang sejenis mudah tenggelam dalam emosi dan perasaan sendiri. Kalau geram tu rasa nak campak saja buku tu ke lantai. Tak pasal2 dia jadi mangsa. Hahahaha!
Sejak dah boleh layan drama dekat hp ni ibu dah beralih arah. Suka layan drama pula terutama drama Korea dan kadang2 drama Cina atau Jepun pun ibu layan. Drama Melayu ni bukan ibu tak layan cuma ibu akan over emosional dengan jalan cerita orang Melayu kita. Asyik2 kisah curang lepas tu mak mertua kejam lepas konflik sana sini. Iskkkkkkk! Sebenarnya dalam drama negara lain pun ada jer jalan cerita macam tu. Cuma ibu kurang emosi sebab itu bukan drama Melayu. Lantak deme lah nak curang ke apa ke sebab dah memang adat kehidupan mereka macam tu.
Cuma bila tengok drama Melayu ni rasa macam tak boleh terima andai ada orang kita yang bersifat dan berperwatakan macam itu. Kejamnya jenis Nauzubillah dah macam Firaun. Sebab tu kalau ibu layan drama Melayu tahap geram dia sampaikan ayah jadi mangsa. Ayah yang kena bebel tiap kali ibu tak puas hati dengan jalan cerita drama yang ibu tengok. Ingat lagi masa ibu layan drama Risik Pada Hati dengan Rindu Kasih lakonan Ummi Nazeera. Emosi ibu turun naik hampir2 nak kena darah tinggi geram punya pasal. Drama Melayu paling akhir ibu layan Perempuan Itu lakonan Mimi Lana. Ya Allah! Tak tau nak cakap lah macam mana emosi ibu sampai terbawa2 dalam mimpi. Last2 ayah cakap tutup jangan tengok. Hahahahaha!
Tapi sebenarnya tengok lah cerita apapun. Kalau dah ibu sejenis yang beremosi layan cerita katun pun boleh buat ibu menangis. Hahahahahaha! Itulah ibu sejenis yang suka sangat melayan perasaan sendiri sampai kadang2 susah nak kawal beremosi. Sekarang sejak bertambah usia ni ibu jenis malas nak layan drama yang berat2 lagi dah. Layan drama yang santai2 saja tak suka jenis yang terlalu banyak konflik kehidupan dalam jalan ceritanya. Kalau jalan cerita yang santai tu ibu berulang2 tengok pun tak apa.
Jadi kesimpulannya antara membaca dan menonton keduanya best dan kedua2nya bermusim. Ikut pada mood ibu nak layan yang mana. Menulis blog ni pun bermusim. Bila datang mood rajin ibu tu berderet2 entry ibu update. Bila malas habis senyap berbulan2. Susah juga jadi seorang yang tak tentu arah moodnya ni. Tak ada langsung satu minat hobi yang kekal lama. Sejenis suka berubah2 ikut pada keadaan dan persekitaran. Haishhhhhh!
Dua2 ibu suka.
Membaca ibu suka.
Menonton pun ibu suka.
Kedua2nya buat ibu beremosi.
Dua2 ikut pada mood dan keadaan ibu.
Buat masa ni ibu lebih banyak menonton daripada membaca.
Korang suka membaca ke menonton? Yang mana lagi best? Eh korang sekarang layan tak drama Melayu Ummi Nazeera yang baru Andai Tiada Dia?! Budak2 pejabat ibu asyik cerita pasal drama tu saja sekarang ni. Tengok mereka beremosi pun buat ibu sama2 emosi. Hahaha!
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
5 Comments
dua2 pun best cuma nak kena cari masa yg sesuai la kalau MZ ;)
ReplyDeleteIye MZ betul kena cari masa yang sesuai tenang2 baru boleh layan ;)
DeleteKita pilih menonton. Hehe. Membaca pula jambatan ilmu.
ReplyDeleteItulah ibu pun sama buat masa ni pilih menonton ;)
DeleteHahhaha...ni kalau ibu yang jadi pelakon confirm cerita meletup sbb mmg jenis bagi 100% ni.
ReplyDeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.