Advertisement

Main Ad

Lepas 4 Bulan Baru Muncul

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
4 Ogos - 6 Disember
Elok sangatlah tu.
Lepas 4 bulan baru muncul balik.
Oklah daripada tak muncul2 macam dulu.
Bertahun ibu menghilang.
Bila tengok laptop rasa melonjak2 semangat nak menulis.
Tapi semangat tu hanya memandang sepi saja laptop atas meja.
Yang malasnya nak on laptop tu.
Huhuhuhu!
Ntah apalah masalah ibu sekarang ni tak tau lah.
Otak ni tepu dah tak tau nak menulis apa.
Banyak sebenarnya yang boleh ibu cerita.
Kadangkala rasa nak meluah di blog pun ada.
Meluah di medsos yang lain rasa macam dah tak selamat.
Luah di facebook ada yang memerhati.
Menulis di whatsapp status ada juga yang skodeng.
Nak bercerita di IG tak boleh menaip panjang lebar.
Akhirnya telan saja setiap rasa tu sampailah dia hilang dengan sendirinya.
Pernah juga ibu rasa nak rujuk ke pakar kaunseling.
Nasib baik lah ada kawan ibu seorang pengamal terapi.
Sejuk hati bila bercerita dan meluah pada dia.
Ibu mula berdamai dengan keadaan.
Perlahan-lahan ibu dapat balik rasa tenang dan keyakinan diri yang hilang dulu.
Setiap yang jadi ada hikmahnya.
Pengalaman itu mengajar ibu cara bagaiman untuk mengawal emosi.
Semakin hari ibu lebih matang dalam mengadapi situasi dan keadaan.
Alhamdulillah!
Untuk kawan2 blog yang masih menanti update dari ibu.
Kami sekeluarga dalam keadaan baik2 saja.
Jangan risau yer.
Esok ibu ada temujanji pakar Hematologi.
Biasalah rutin rawatan Thalasemia ibu macam selalu.
Ibu harap kalian juga baik2 dan sihat selalu hendaknya.



Mengecilkan circle pergaulan itu menyelamatkan kita dalam banyak keadaan. Kawan tak perlu ramai cukup seorang dua asalkan ia berkualiti dan boleh dipercayai. Kawan yang sering kita jumpa lebih bahaya dari kawan yang jauh dimata.

Post a Comment

12 Comments

  1. Semoga baik² saja utk ibu dan keluarga 🤲🏻

    ReplyDelete
  2. Itulah selalu jugak teringat kat ibu manalah pergi lama x update.. semoga semua dipermudahkan utk ibu & famili ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb! Terima kasih kak mim sentiasa ingat pd ibu ;)

      Delete
  3. take care. moga yg baik2 ajer utk salina

    ReplyDelete
  4. Terdetik jugak mana hilangnya ibu...akhirnya kembali..harap lebih konsisten..kalau nak share boleh share kat blog, at least ringan sikit beban fikiran dan perasaan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer SA lepas dah menulis rasa sedikit lega tak adalah sempit dada ni menahan segala rasa hati

      Delete
  5. hi Ibu...ammi pun lama dah tak BW di blog kengkawan. Masa sangatlah mencemburui ammi (ewahhh bahasa dia)

    ReplyDelete
  6. welcome back...blog mmg bole kita luahkan apa yg terbuku di hati...smoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.