Advertisement

Main Ad

Selamat Pengantin Baru Fitri

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Rasanya masih tak terlalu lewat untuk ibu ucapkan Selamat Pengantin Baru buat adik ipar bongsu ibu. Adik ayah yang paling akhir menamatkan zaman bujangnya bersama dengan pilihan hati. Alhamdulillah! Semuanya berjalan lancar penuh dengan emosi. Ibu ingat lagi waktu arwah bapa mertua ibu masih hidup. Waktu hujung hayatnya masa tu arwah dah mula sakit. Arwah selalu pesan "Abah rasa kenduri adik ni nanti kome lah yang uruskan yer abah ni tak sempat rasanya..." ;,( 

Terngiang2 pesanan arwah di telinga ibu sewaktu ijab kabul si bongsu. Hari tu ayah pun demam. Adiknya yang nak menikah abang pula yang demam. Mungkin ayah rindukan arwah abah. Alhamdulillah pada tarikh 6/9/2024 dengan hanya sekali lafaz sah lah ikatan mereka berdua. Emak mertua ibu boleh menarik nafas lega kesemua anak2 lelakinya sudah berteman. Sudah 3 bulan mereka melayari alam rumahtangga. Semoga kekal bahagia hingga ke Syurga hendaknya.


Cantik manis kedua mempelai.
Naik seri kedua2nya. ;)


Alhamdulillah!
Ayah sampai deman2 nak sambut adik ipar baru. ;)


Bertambah lagi seorang biras ibu.
Kalau nak tahu nama panggilan kami semua bermula dengan huruf "S".
Syam, Salina, Shada, Syira dan Shila.
Huhuhuhu!
5S semuanya. ;)


Keluarga besar sebelah ayah.
Tema hari nikah mereka hitam putih warna warni kehidupan.
Cewah!


Emak mertua ibu insan paling gembira hari itu.
Semakin hampir dengan hari pernikahan naik turun tekanan darahnya.
Yelah mana tak risau nak melepaskan anak paling bongsu.

Anak2 emak dah lepas semuanya. Kita tunggu cucu2 mak pula siapa yang naik pelamin dulu. Cucu sulung dah lepas. Tunggu cucu lelaki pulak kot tapi siapa ye?! Lama lagi rasanya ni. Huhuhu!

Post a Comment

12 Comments

  1. Alhamdulillah tahniah, bertambah ahli keluarga besar ibu. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dan Tahniah buat seisi keluarga. Moga berbahagia selamanya buat pengantin baru.

    ReplyDelete
  3. Uncle tumpang gumbira!
    Wah! Best la tema hitam tu! Nampak rock!

    ReplyDelete
  4. Selamat Pengantin Baru ...semoga dirahmati Allah selalu

    ReplyDelete
  5. Selamat pengantin baru...semoga kekal bahagia selamanya..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.