Alhamdulillah! Syukur kerana Allah swt izinkan kita semua masuk ke bulan baru Hijrah dan tahun baru Masihi. Salam 1 Rejab dan selamat menyambut tahun baru 2025 buat semua pembaca setia blog Ibu Aqil. Pejam celik kita dah masuk ke bulan Januari. Ada apa di bulan Januari?! Setiap tahun bulan Januari adalah bulan yang istimewa untuk ibu. Bertambah lagi setahun usia ibu Aqil mengikut kalendar Masihi.
Tak ada apa yang ibu harapkan melainkan kesihatan tubuh badan dan jiwa yang tenang. Tidak minta kaya raya cukup dengan rezeki yang seadanya. Dikelilingi insan-insan tersayang yang setia menyintai dan masih menghargai diri ini. Melewati hari-hari yang penuh dengan ujian dan cabaran dengan semangat yang masih kental dan kuat. In syaa Allah! Allah sentiasa bersama hambaNYA itulah pegangan yang ibu genggam erat agar ibu tidak berputus asa dengan kehidupan seharian.
Ada fasa kita berada di tahap teratas dan waktu itu kita lupa seketika tentang arah tujuan yang sebenar mengapa kita masih lagi dipinjamkan nafas. Di saat kita terjatuh di tahap paling rendah waktu itu baru kita sedar bahawa hidup bukan sekadar untuk hidup semata-mata. Banyak tanggungjawab amanah lain yang kita pikul dan masih belum dapat kita lunaskannya. betapa kerdilnya kita saat itu.
Tiada azam baru untuk tahun baru kerana setiap tahun ibu tidak pernah menetapkan apa-apa azam. Cukup ibu dapat buat yang terbaik daripada sebelumnya. Perubahan yang sedikit asalkan ianya berterusan. Salah satunya perubahan daripada suka bersolek kini ibu lebih selesa dengan hanya calit sunscreen saja. Tidak berlipstik merah menyala lagi hanya calit liptint saja untuk tidak nampak pucat. Simple! Tak ada lagi dah bermascara pengepit bulu mata atau blusher lagi. Yang ibu tahu sekarang ibu nak cepat siap itu saja. Hihihihi!
Semalam penutup ibu masuk darah bagi tahun 2024. Alhamdulillah! Rawatan transfusi darah ibu berjalan lancar tanpa ada apa-apa komplikasi alahan. Syukur! Kiranya masuk tahun baru ni semangat baru dan tenaga pun baru. Hahahaha! Esok Aqil ada rawatan susulan Skoliosis dengan Rehabilitasi. Esok kita akan tahu bertambah lagi tak ketinggian budak Aqil tu. Kalau makin bertambah mungkin Brace yang dipakainya hampir 2 tahun tu perlu ditukar baru. Tak sangka 2 tahun si budak Aqil berjuang dengan masalah Skoliosisnya. Aqil menjadi pujian cikgu di sekolah. Cikgu jadikan dia sebagai contoh kepada pelajar lain kerana jumlah kedatangannya ke sekolah sangat baik walaupun punya masalah kesihatan yang perlu ulang-alik ke hospital untuk rawatan. Bila ibu tanya Aqil dari mana datangnya semangat tu?!!! Dia jawab "Ibu kuat anak dia mesti double kuat....." Alah! Alah!
Untuk terus mengingati kenangan sedih sepanjang tahun 2024 ibu tidak mahu. Ibu mahu buang jauh-jauh setiap kenangan itu. Seperti mana ibu sisihkan mereka-mereka yang menyakiti ibu sepanjang tahun lepas. Tahun ini ibu mahu cipta kenangan baru yang lebih hangat dan nyaman bersama dengan insan-insan yang menghargai ibu seikhlas hati mereka. Mari kita mulakan tahun baru ini dengan semangat baru. Chaiyok!
Darah terakhir ibu untuk tahun 2024.
Ibu dapat masuk 2 pint darah semalam.
Terima kasih kepada penderma darah yang budiman.
Kerana darah anda ibu masih lagi berpeluang meniti hari-hari yang seterusnya.
Alhamdulillah!
Hidup kita cuma ada 3 hari. Semalam menjadi sejarah. Hari ini apa yang sedang kita lakukan. Esok adalah hari yang masih belum pasti.
Saya doakan moga Ibu Aqil sentiasa diberi kesihatan yg baik. Insyallah apa jua ujian di atas dunia adalah mudahnya Allah nak berikan syurga utk kita amin .. :D
Salam 1 Rejab Ibu...betul..SA setuju...buang segala kenangan yang pahit, lets cipta kenangan yang manis...semoga Ibu kan terus sihat dan akan ada lebih ramai penderma darah...
salam 1 rejab, semoga dipermudahkan urusan kita semua.. aminn
Salam cik kak Salina, ni wak Lat. Berminat nak beli Amway Steam Iron? Meh beli dgn wak, penghantaran percuma seluruh Malaysia. Bulan ni ada promosi tempat gantung pakaian. Tq.
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
22 Comments
salam awal tahun sis salina, kita tinggalkan semua kenangan negatif sepertimana 2024 meninggalkan kita..
ReplyDeleteSalam awal tahun Lady.. In syaa Allah! Semoga semua yg baik² saja hendaknya. Aamiin!
DeleteSalam 1 rejab dan happy new year 2025. Shafakillah
ReplyDeleteSalam 1 Rejab MZ. Aamiin! Tq MZ atas doanya. ;)
DeleteTerus kuat ibu.. nnt aqil pun dpt tempias semangat ibunya.. salam tahun baru 2025
ReplyDeleteIn syaa Allah Kak Mim. Terima kasih tak putus2 bagi semangat. Selamat tahun baru juga. ;)
DeleteSelamat tahun baru dan bulan baru. Semoga diberi rezeki melimpah-ruah dan kesihatan berpanjangan.
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! ;)
DeleteSalam Tahun Baru 2025 dan Salam Menyambut Bulan Rejab 1446 Hijrah..
ReplyDeleteSalam tahun baru
DeleteAqil kuat sebab mama kuat.. betul lah tu tak akan tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi :D
ReplyDeleteIn syaa Allah Aamiin ;)
DeleteSaya doakan moga Ibu Aqil sentiasa diberi kesihatan yg baik. Insyallah apa jua ujian di atas dunia adalah mudahnya Allah nak berikan syurga utk kita amin .. :D
ReplyDeleteIn syaa Allah! Allahuma Aamiin! Terima kasih atas doanya
DeleteIbu, semoga semua yang baik-baik utk ibu. hugs!!!
ReplyDeletemiss u too much. Utk abang Aqil juga, u inspired me abang. thank you!
Aamiin Ya Rabb moga yg baik² juga buat umi dan anak² disana. Hugs!
DeleteSalam 1 Rejab Ibu...betul..SA setuju...buang segala kenangan yang pahit, lets cipta kenangan yang manis...semoga Ibu kan terus sihat dan akan ada lebih ramai penderma darah...
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! In syaa Allah SA kita buka buku baru
Deletesalam bulan rejab & selamat thn baru 2025....smoga dipermudahkan segala urusan dan smoga thn baru lebih baik dr sebelumnya
ReplyDeletebetul tu Aqil, Aqil kuat sebab Aqil ada ibu yang kuat. Kenapa ammi sebak baca line tu ntahlah. Semoga cepat sembuh ye Aqil dan Ibu
ReplyDeletesalam 1 rejab, semoga dipermudahkan urusan kita semua.. aminn
ReplyDeleteSalam cik kak Salina, ni wak Lat.
Berminat nak beli Amway Steam Iron? Meh beli dgn wak, penghantaran percuma seluruh Malaysia. Bulan ni ada promosi tempat gantung pakaian.
Tq.
momen yang susah dan menyedihkan tu pasti akan berlalu seiring dengan masa...
ReplyDeleteyou can do it!
happy new year! ;-)
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.