Kali terakhir ibu update pasal masalah Skoliosis budak Aqil pada bulan Jun 2023 setahun 6 bulan yang lepas. Uishhhhhh! Lama betul tak bercerita pasal masalah kesihatan budak Aqil ni kan. Korang boleh baca entry tu ibu ada sediakan linknya diatas. Hari ni ibu nak cerita pasal Skoliosis Aqil lah pula. Asyik cerita pasal ibu dia saja. Mana adil kan?! Hihihihi!
Semalam temujanji Aqil untuk kali yang ke berapa dengan Rehabilitasi ibu pun tak ingat. Rasanya dah lebih dari 4 kali. Mereka nak tengok tahap perkembangan pertumbuhan tulang Aqil. Semalam ukur tinggi Aqil bertambah lagi ketinggian dia daripada 171cm dah naik ke 172cm. Kata doktor ketinggian Aqil akan bertambah lagi selagi belum berhenti proses pertumbuhan dia yang berkemungkinan ada tempoh 2 tahun lagi. Fuhhhhhh! Ibu usik Aqil rasanya nanti Aqil boleh jadi macam Pakwe Korea ni kalau tinggi dah nak sampai 180cm. Marah sangat dia bila ibu samakan dia dengan Pakwe Korea. Hahahahaha!
Keputusan rawatan semalam Brace Aqil masih tidak perlu ditukar baru. Doktor tunggu keputusan Xray tulang dia dengan pakar Otopedik pula. Temujanji dengan pakar Otopedik Aqil 15hb1 nanti dan Aqil kena datang semula ke Rehabilitasi pada 6hb2 untuk mereka tengok result Xray tulang dia yang terkini. Waktu itu baru tahu perlu atau tidak buat Brace yang baru mengikut ukuran badan dia yang terkini.
Melihat dia pakai Brace hampir 21 jam sehari tu cukup meruntun hati ibu. Pergi sekolah pun Aqil pakai Brace kecuali pada hari dia ada KOKO dan kelas tambahan sampai ke petang. Waktu itu ibu bagi kelonggaran untuk Aqil tak pakai Brace ke sekolah. Bayangkan Brace tu panas dan keras. Memang dibuat untuk menampung tulang dia supaya tidak bertambah bengkok. Ibu tengok pun rasa tak selesa inikan pula Aqil yang memakainya. Tapi Aqil kuat kan?!! Aqil kuat macam ibu kan?!! Kita berdua kan FIGHTER! ;)
Tidur malam pun dia pakai juga Brace tu.
Mula-mula memang tak lena tidur dia.
Lama kelamaan dia jadi terbiasa.
Aqil anak yang hebat kuat dan sentiasa bersemangat.
Alhamdulillah!
Aqil Naim tak pernah malu dengan keadaannya. Kawan-kawan dan guru-guru semua tahu masalah Aqil. Walaupun punya masalah kesihatan kedatangannya Aqil ke sekolah tidak pernah mengecewakan. Aqil bukan budak yang suka bagi alasan untuk tidak hadir ke sekolah disebabkan masalah kesihatan.
Material dia mcm hard plastic polyethylene mcm tu. Dia keras anis mcm patung yang dkt kedai jual baju tu. Mmg panas lah kalau pakai jadi kena lapik dengan singlet baru pakai Brace dan sarung baju diluar.
Boleh umi tapi umi kena ukur lain lah yer tak boleh pakai yang Aqil punya sbb yg ni memang dibentuk khusus khas utk bentuk tulang belakang Aqil. Umi jgn tertipu Aqil ni kurus bkn sebab pakai Brace tu tp mmg sejenis budak kering harapkan tinggi saja. Hahahaha!
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
18 Comments
Besar ujian Ibu & aqil, semoga dipermudahkan ye 🤲🏻
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! In syaa Allah PH :)
Deletesmoga aqil sentiasa sihat & dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Terima kasih mama ;)
DeleteGood boy Aqil...sakit bukan penghalang untuk jadi malas dan ambil kesempatan taknak pergi sekolah.
ReplyDeleteIn syaa Allah Ammi moga dia kekal bersemangat dan berdisiplin
Deleteuihhhh best tu semakin tinggi aqil nanti boleh lawan Park Seo Joon nanti hehehe
ReplyDeleteWow PSJ Huhuhu! Ibu kepit je lah budak Aqil tu nanti kalau dah iras2 PSJ
Deletebrace ni diperbuat daripada material apa ya?
ReplyDeleteMaterial dia mcm hard plastic polyethylene mcm tu. Dia keras anis mcm patung yang dkt kedai jual baju tu. Mmg panas lah kalau pakai jadi kena lapik dengan singlet baru pakai Brace dan sarung baju diluar.
DeleteUmi leh pakai tak? umi pakai nak hilangkan lemak degil. Boleh tak agaknya ea?
ReplyDeleteSemoga abang Aqil terus sihat, tampan, kacak dan bergaya macam SongKang (eh tiber).
Boleh umi tapi umi kena ukur lain lah yer tak boleh pakai yang Aqil punya sbb yg ni memang dibentuk khusus khas utk bentuk tulang belakang Aqil. Umi jgn tertipu Aqil ni kurus bkn sebab pakai Brace tu tp mmg sejenis budak kering harapkan tinggi saja. Hahahaha!
DeleteMoga Aqil terus sihat. Tinggi juga tu.
ReplyDeleteAamiin! Iye dia tinggi sis
DeleteAda sorang penyanyi lama tu pun ada sakit macam ni kan?
ReplyDeleteIye unkel ;)
DeleteMoga Aqil terus sihat and dipermudahkan semua urusan Aqil, Ibu Aqil & family...aamiin
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Terima kasih mummy atas doanya. Semoga dikembalikan doa yang baik² untuk mummy juga.
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.