Advertisement

Main Ad

Aqil Keluar Daripada Kebiasaan Dia

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Ibu nak cerita sikit.
Kawan2 tahu tak sekarang kami 3 beranak dah ada hobi baru.
Boleh dikatakan itu aktiviti keluarga lah.
Cuma bukanlah aktiviti harian ataupun bulanan.
Botak kepala ayah kalau kerap sangat kami buat aktiviti tu.
Tapi boleh lah orang kata nak menghiburkan diri.
Lepas penat seharian ayah ibu bekerja dan Aqil belajar.
Sesekali kita hilangkan stress kita dengan apa?!!!!!


Karaoke
Huhuhu!
Buat pertama kalinya budak Aqil mencemar duli.
Boleh tahan juga lah suara dia.
Aqil tak pandai menyanyi tapi dia boleh menyanyi.
Untuk suka2 boleh lah.
Jangan tak tahu sekarang dia dah ada lagu wajib.
Sesiapa pun tak boleh ambil lagu2 tu dia dah cop dulu.
Antaranya lagu Cinta Kristal dari Rahim Maarof.
Lagu Asmara dari Setia Band.
Lagu Sambutlah Kasih dari Lovehunters.
Jiwang gila anak bujang ibu tu.
Hahahahahaha!
Mula2 bawa dia Karaoke terkejut jugalah ibu ayah.
Tak sangka lagu itu yang jadi kesukaan dan pilihan dia.
Jiwang karat rupanya budak Aqil ni.
Bila ibu tanya kamu dah ada girlfriend yer?!
Huishhh marah naw naw dia.
Hahahahahaha!


Awalnya dia malu2 nak nyanyi.
Lama2 udah berebut mic dengan dia.
Hahahahaha!

Sebenarnya tujuan kami bawa Aqil keluar daripada kebiasaan dia tu bukan apa. Kami nak membina keyakinan diri dia. Tak nak dia terlalu Introvert sangat. Sudahlah dia jenis tak ada kawan2 yang selalu keluar berjimba. Ibu ayah ni lah kawan baik dia. Kawan gaduh pun sama. Huhu!

Post a Comment

14 Comments

  1. Lagu lama gak budak2 ni berkenankan? Sentiasa malar segar sepanjang masa

    ReplyDelete
  2. nyanyi untuk hiburan sendiri bagus juga...terapi minda

    sampai sekarang saya belum tanya anak pasal ada boyfriend atau tidak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hilangkan stress dpt melepaskan suara tanpa ada yg nak menilai atau kritik Hihihi!

      Delete
  3. Amboiii.... Gaya mahal tu.. okla happy happy healing hobi baru bersama keluarga...

    ReplyDelete
  4. aaaaaaa da bujang dakAqil ni, da leh geng dgn Adli. jiwang dan romantik.
    kita tak segan tui nak nyanyi, suara kepit. ahahahaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bujang dah umi. Alahh umi jgn kata umi suara kepit ibu pun sama. Hahahaha!

      Delete
  5. Wah ada bakat terpendam rupanya Dak Aqil ni hehe...
    Anak² skrg mmg suka lagu² zaman kita kan... Anak PH si bongsu tu baru darjah 3 tapi suka lagu Layu di Hujung Mekar ahahaha

    ReplyDelete
  6. seronok jer if buat aktiviti karaoke bersama2 hehehhe

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Boleh lah SA. Asalkan ada nada nya yg lain dia hentam. Relese stress sebelum exam awal tahun. Hahahaha!

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.