Advertisement

Main Ad

Bawa Balik Kerja Ke Rumah

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Siapa sini macam ibu?! Bawa balik kerja ke rumah?! Atau lebih suka datang pejabat hari minggu untuk siapkan kerja yang tak pernahnya habis. Setiap hari semakin bertambah lagi kerja adalah. Apa nak kata dah diberi tugasan kita buatlah sehabis baik. Kerja itu kan ibadah maka ikhlaskanlah diri dan betulkan niat kita kerja kerana Allah swt. Kalau banyak merungutpun bukan boleh selesaikan kerja2 kita tu betul tak?! Sejak nak menuju usia pertengahan 40an ni ibu dah tak larat lagi dah nak bising2 macam zaman muda belia dulu. Lebih banyak ibu mendiamkan diri lebih tenang rasanya. Ibu sendiri dapat kawal emosi ibu supaya lebih stabil. Kalau dulu ibu ni cepat saja nak menjawab dan bila ditegur pun cepat melenting. Iskkkk malu betul bila dikenang balik perangai ibu ni waktu muda belia dulu. Hihihihi!

Pejam celik dah hampir 1 tahun 4 bulan ibu bertukar ke unit baru dan semakin hari ibu semakin yakin dengan diri ibu sendiri. Jika awal2 dulu emosi ibu agak tak stabil dan ibu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan situasi keadaan yang baru. Tapi sekarang ibu dah mula dapat rentak ibu. Semakin hari kerja di pejabat menjadi lebih seronok dan ibu enjoy dengan tugas2 harian ibu.

Diawalnya dulu ada suara2 sumbang mempersoalkan kerja yang ibu buat. Eh! Dulu tak macam ni pun kenapa dulu tak perlu ada benda ni?! Ibu dah lali dengar soalan seperti itu. Sekarang ni ibu buat saja kerja ibu. Kalau ada yang masih persoalkan itu dan ini ibu anggap bahagian ibu dah selesai. Kalau ibu kuiri apa2 permohonan yang tak lengkap mereka masih bersoal jawab lagi makanya ibu hantarkan saja permohonan yang tak lengkap itu ke Ibu Pejabat. Lantak lah biar orang sana pula yang kuiri. Huhuhu! Tak kuasa ibu nak melayan lebih2 lagi dah. Niat kita ni tak nak lah buat kerja cincai. Jika dah nampak benda tu tak lengkap mestilah kita kuiri sebelum dihantar ke Ibu Pejabat. Betul tak?! Bukannya kita ni memandai saja2 nak kuiri kerja orang.

Semakin hari permohonan yang masuk semakin bertambah. Unit kami daripada 3 orang dikecilkan jadi 2 orang saja. Yang paling menyakitkan hati bila kami terima permohonan yang dihantar lewat dan tidak mengikut tarikh serta masa yang telah ditetapkan. Panasnya hati! Tapi apa yang boleh kami cakap nak tak nak permohonan tetap kena proses juga. Bila jadi macam tu maka terpaksalah ibu bawa balik kerja tu ke rumah untuk semakan. Di pejabat dah rasa macam tak cukup masa nak buat semua benda. Jadi ibu ambil inisiatif bawa balik semak dirumah. Hari Isnin masuk pejabat ibu boleh uruskan hal surat menyurat dan hantar untuk proses yang selajutnya pula. Semuanya ada date line jadi semua kena berjalan dengan segera. 

Setakat ini ibu masih boleh bertenang lagi. Ibu enjoy saja buat kerja ibu. Ada hari kadang2 ketenangan ibu diganggu juga. Jenuh kena terangkan bagi faham bila ada bakal2 pesara mahupun mereka yang telah bersara tak tahu prosedur kerja kita. Kenapa macam itu kenapa macam ini. Aishhhhh! Macam2 hal. Kesian juga tengok mereka. Iyelah dah berpuluh tahun mereka berkhidmat sebagai penjawat awam. Bila dihujung2 perkhidmatan ni mesti banyak benda yang mereka mahukan penjelasan. Apa yang boleh dibantu kita bantu sajalah. Seronok bila dapat lihat kebahagian mereka waktu Majlis Meraikan Pesara. Ibu sendiri rasa terharu melihat penamat kerjaya mereka selama berpuluh tahun dengan penuh cemerlang. Ibu sendiri tak tahu dapat ke ibu capai umur bersara seperti mereka nanti. In syaa Allah! Mudah2an Allah swt panjangkan umur ibu nak diraikan juga seperti mereka. 


Bawa balik semak dirumah.
Isnin masuk kerja kita buat surat menyurat pula.
Ibu bawa balik kerja di rumah budak Aqil pun tegur.
"Aikkk! Ibu pun ada kerja rumah macam saya juga ker?"
Hahahaha!
Iyelah tu Aqil kamu ingat senang nak cari rezeki.
Hidup ini keras sayang.

Ibu belum sempat blog walking betul2 lagi. In syaa Allah! Nanti ibu singgah blog kawan2 semua ya. Selamat bercuti hujung minggu semua.

Post a Comment

16 Comments

  1. Bawak balik kerja ke rumah ni 'hobi' aunty... hhehehehe

    ReplyDelete
  2. Ammi tak tau ibu keje unit apa semua. Tp mcm kalau ofis2 lain utk submit claim contohnya, kalau kata deadline submit 15hb, and they submit after 15, claim itu dibawa ke bulan depan. Tiada kompromi sbb mmg ko dah tau deadline

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu proses permohonan persaraan Ammi jd dia ada date line jgk dan ada proses semakan lain² sblm nak submit utk kelulusan. Jd kalau permohonan kami lmbt terima agak stress jgk lah sbb utk semakan lain² semua makan masa. Takut lambat hantar ke HQ.

      Delete
  3. Bagusnya workaholic. Baru follow sini. Selamat berkenalan😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak jgk ini sbb tak ada pilihan dan malas nak dtg kerja hari mggu atau blk lambat setiap hari. Salam kenal sis ;)

      Delete
  4. nature of my work memang kena bekerja di mana shj asalkan siap semua tugasan..ni nak kena pulun marking exam scripts!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp tenang kan MZ bila kita bawa blk semak di rumah tak ada siapa yg mengganggu

      Delete
  5. suka juga bawa balik kerja jika tak siap (dulula).
    sekarang kerja memang tak siap-siap, ahahaha! gituler...
    chiayo ibu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha kerja rumah tak pernahnya habis umi. Kan?! Hihihi

      Delete
  6. Sy setiap jumaat bw keja balik tp hari isnin masih mcm tu jugak begnya 😂😂 malasnya lahai

    ReplyDelete
  7. yg hantar lambat tu kita lambatkan juga proses dia hua hua hua rasain lor hahaha
    gurau jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg akan minta surat penjelasan dari diorg kenapa hantar lambat

      Delete
  8. SA x suka bawak kerja balik ke rumah....kadang bawak balik laptop hujung minggu pun SA x kan tgok email...weekend hari rehat...hari biasa seboleh habis siapkan kerja...x nak abwak balik...rumah...rumah punya cerita plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul tu SA. Tapi apa kan daya ibu terpaksa. Hukhukhuk! Ni bawa balik rumah 4 dokumen utk semak tp hanya dpt semak 3 saja. Hihihihi!

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.