Advertisement

Main Ad

Sambal Ikan Bilis Cili Api

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Apa aktiviti cuti hari Ahad kawan2 ibu semua?!
Berjalan makan angin dimana?!
Kami tak kemana2 hanya habiskan masa di rumah sahaja.
Masak apa hari ni?!
Hari ni ibu buat stok sambal ikan bilis cili api.
Ibu masak banyak2 letak dalam bekas dan simpan peti ais.
Bekas pun ibu dah bahagikan siap2 untuk 5 hari bawa ke pejabat.
Jenis ibu ni bagilah makan lauk yang sama setiap hari.
Ibu tak kisah tambah kalau itu lauk kegemaran ibu.
Makan sampai jemu kata orang.
Tapi susah ibu nak jemu kalau lauk tu sambal ikan bilis garing macam ni.
Makan gaul dengan nasi panas2 sedapnya.
Silap2 boleh bertambah nasinya.
Rosak diet ibu macam ni.
Hahahahaha!


Ibu memang buat lebih untuk simpan stok bekalan seminggu.
Semua ni untuk ibu seorang.
Ayah tak berapa makan sangat.
Makan sikit2 saja sebab takut gout katanya.
Aqil pula memang tidak lah nak makan lauk macam ni.
Banyak songeh budak itu.
Huhuhuhu!


Ibu letak siap2 dalam bekas dan simpan peti ais.
Ada berbaki satu bekas lagi.
Untuk makan di rumah pula.
Kalau dapat campur dengan petai goreng ni sedap.
Musim durian sekarang kan?!
Orang kata kalau musim durian maknanya musim petai mata besar2 juga.
Iye ke?!!!!

Esok dah masuk kerja semula. Aishhh! Rasa sekejap sangat cuti 3 hari ni. Ayah cakap kena belajar bersyukur sebab tak semua dapat merasa cuti direct 3 hari macam orang gomen. Ayah Sabtu dah masuk kerja hanya dapat cuti Jumaat dan Ahad sahaja. Betul lah tu kata ayah. Kena belajar bersyukur jangan mudah sangat merungut.

Post a Comment

0 Comments