Advertisement

Main Ad

Tulis Padam Tulis Padam

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Tulis padam!
Tulis padam!
Tulis padam!
Dari tadi macam tu.
Nak menulis bercerita macam2.
Tapi tak sampai berapa baris ayat terus tak tahu nak tulis apa.
Ibu padam semuanya.
Apa bendalah ibu ni.
Haru betul.
Tak apalah kalau macam tu.
Malam ni ibu nak ziarah blog kawan2 saja lah.
Esok rutin rawatan bulanan ibu transfusi darah.
Seperti biasalah setiap bulan masuk darah.
Ibu kan DrakuLady!
Hahahahaha!


Siang tadi dapat panggilan daripada hospital.
Kali ini darah ibu hanya dapat 1 pek sahaja.
Ikutkan ibu kena masuk 2 pek setiap bulan.
Maknanya esok sebelum masuk darah mereka kena ambil lagi sample darah ibu.
Untuk cari darah pek kedua.
Bila dapatnya tu tak tahulah.
Susah betul bila darah ibu jenis yang ada banyak antibodi ni.
Tak semua darah O+ boleh masuk ke badan ibu.
Kena cari yang betul2 serasi bersama kata orang.
Bagi mengelakkan ada komplikasi waktu transfusi darah.

Oklah ibu nak sambung ziarah blog kawan2 pula. Apa cerita kome yer?! Huhuhuhu!

Post a Comment

14 Comments

  1. Moga dipermudah segala urusan ibu....
    Doakan Linda dapat derma darah juga satu hari nanti...selalu tak lepas tang HB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb! In syaa Allah! Moga Allah berikan kemudahan utk Linda dapat menjadi wira buat kami nnt.

      Delete
  2. Tulis padam tulis padam?
    Sama macam uncle la tu! hehehehe

    ReplyDelete
  3. ooo darah salina jenis rare lah yer...Allahumma yassir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye sis darah saya jenis RARE antibodi banyak sgt Hihihi!

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan urusan ibu ye ...
    Ada bayaran ke setiap kali buat blood transfusion ni ibu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb! Ibu pakai GL pejabat PH tp bagi pesakit Thalasemia yg lain memang dikenakan bayaran setiap kali masuk darah.

      Delete
  5. semoga dipermudahkan urusan ibu, kita baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb! Alhamdulillah! Semoga Cha anak2 semua dalam keadaan baik2 belaka hendaknya.

      Delete
  6. Ooh..gitu, walaupun jenis darah sama tapi tak mesti boleh guna.
    Semoga Allah permudahkan rawatan Salina ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak tak boleh masuk kalau tak serasi 100%. Aamiin Ya Rabb terima kasih kak atas doanya.

      Delete
  7. Alaaaa...drakulady yang omey ni...hehehe...semoga dipermudahkan buat Ibu ye

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.