Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Lelaki merupakan satu sosok yang diketahui umum mempunyai kekuatan fizikal melebihi daripada emosi. Kekuatan fizikal seorang lelaki tidak perlu untuk dipertikai lagi. Kerana itulah mereka menjadi pelindung bagi kaum yang lemah kekuatan fizikal iaitu perempuan. Perempuan lebih kepada kekuatan secara emosi. Jika ingin membezakan lelaki dan perempuan adalah kedua2 itu. Manakala kekuatan mental mereka adalah sama. Jika mental seorang lelaki kuat maka dia akan dapat mengawal kekuatan fizikalnya begitu juga perempuan mereka tidak akan kalah dengan emosi jika mereka dapat mengawal mental mereka. Kekuatan fizikal, emosi dan mental boleh dikatakan 3 sahabat sejati. Jika tidak diadun dengan baik seseorang akan hilang pertimbangan dan kewarasan.
Eh! Apa bendalah mukadimah ibu Aqil ni. Sebenarnya nak cerita pasal apa pula kali ni?! Hahahaha! Oklah kita berbalik pada cerita yang ibu nak kongsikan. Masih ingat lagi tak entry ibu 2 tahun lepas tentang ayah Aqil pernah kena serangan jantung awal?!
[Baca Juga] : Serangan Jantung Awal
Sejak dari itu sudah menjadi tugas ibu setiap pagi menjaga jadual ubat ayah. Kalau tidak dijaga alamatnya tak makan ubatlah orang tua tu. Hahahahaha! Manja?!!! Ibu rasa kebanyakan lelaki memang begitu agaknya susah nak makan ubat ataupun tak ambil berat bab makan ubat ni. Emak ibu pun cakap benda yang sama "Abah kamu tu Kak Long kalau tak mak yang ingatkan dia makan ubat memang tak makan ubatlah jawabnya...." Ha!! Atok Aqil pun sama. Hihihihi! Manja lebih atok ni. Betul lah kan sebab dalam kehidupan seorang lelaki sebelum mereka berkahwin setiap urusan keperluan disediakan oleh ibunya dan selepas berkahwin isteri pula memainkan peranan penting dalam kehidupan sehariannya. Jadi normal lah kalau ibu ingatkan ayah suruh makan ubat.
Tak kisah lah ayah nak buat muka ke muncung sedepa ke janji ubat dah siap depan mata. Kalau rasa tak mahu dibebel setiap pagi ambil lah makan. Hahahahaha! Tapi tak pernah lagi ayah menolak cumanya ibu tahu dia sebenarnya tak suka makan ubat ni. Kalau tidak disebabkan pernah kena serangan jantung awal hari tu ibu tak risau sangat. Ibu trauma! Sampai sekarang selagi ayah tak tidur ibu susah nak tidur kalau ibu terlelap sekalipun sesekali ibu akan terjaga tengok apa ayah buat. Owhhhhh! Tengah main game rupanya. Hahahahaha! Ibu masih terbayang macam mana waktu kena serangan awal yang pertama tu ayah menahan sakit perit di dada sendirian sedangkan ibu sedap saja tidur lena. Ayah tak sampai hati nak kejut ibu katanya ingatkan sakit tu sekejap saja disebabkan angin. Rupanya itu adalah salah satu tanda serangan jantung awal. Barulah kami tahu macam itu keadaanyanya.
Ubat ayah 4 jenis semuanya. Vencid Pantoprazole ubat yang mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan di dalam perut. Perinace pula ubat untuk menurunkan tekanan darah tinggi patutlah dulu ayah kerap mengadu sakit kepala. Ibu ingatkan disebabkan bebanan kerja ayah. Rupanya ayah dah mula ada darah tinggi sakit kepala ayah bukan disebabkan bebanan kerja. Glyprin pula sejenis ubat carikan darah untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan angin ahmar (strok). Ketiga2 jenis ubat ini perlu dimakan waktu pagi manakala ubat terakhir Atorvastatin adalah ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap Kolestrol "jahat" (LDL) dan Trigliserida dalam darah serta meningkatkan tahap Kolestrol "baik" (HDL). Salah satu punca ayah kena serangan jantung dulupun disebabkan tahap Kolestrol "jahat" (LDL) ayah terlalu tinggi. Makanya nak tak nak ayah perlu juga ambil kesemua ubat2 tersebut dengan teratur dan tertib tak boleh terlepas pandang.
Yang menjadi masalahnya sekarang kalau ibu yang tak ingatkan ayah untuk makan ubat2 tu semua memang dia tak akan makan. Katakanlah ibu ni tertidur awal memang tak makanlah ubat Kolestrol dia tu. Esok paginya bila ditanya mulalah dia senyum2 kambing. Aishhhhhhh! Anak si Ismail ni lah. Tak apalah ayah selagi ibu hidup akan ibu jaga jadual makan ubat ayah yer.
Cuma baru2 ni hari yang ibu masuk darah hari tu tengah ibu siapkan ubat ayah. Tiba2 ibu terfikir andainya ibu meninggal dunia dulu nanti macam mana dengan ubat2 ayah. Pernah juga terlintas ibu nak tuliskan satu buku nota kecil amanat2 pesanan terutamanya berkait dengan ubat2 ni. Tapi rasanya macam tak berguna jer nanti silap2 buku tu pun tak tahu kemana hala dibuangnya. Hahahaha! Ibu cakap pada ayah pagi tu sambil hulurkan ubatnya. "Abang belajar lah urus ubat ni sendiri yang mana kena makan pagi mana kena makan malam nanti kalau Bie meninggal macam mana......." Waktu ibu cakap begitu ibu tak pandang pun muka ayah tangan ibu ligat keluarkan satu persatu ubatnya. Elok ibu angkat saja muka pandang dia ibu nampak matanya berkaca dan ayah pandang tepat muka ibu. "Bie jangan cakap macam tu abang sedih......" Jatuh air mata seorang lelaki waktu itu. Allah!!! Ibu dah salah cakap. Waktu itu ibu nampak satu sisi lain diri ayah yang bukan mudah untuk dia tunjukkan. Itu adalah kali kedua ibu lihat air matanya jatuh tanpa henti. Ibu kesat dengan lengan baju ibu menyesal pula cakap macam tu. Ibu sekadar mengingatkan sahaja tak tahu pula sampai menusuk ke hati ayah. Maaf yer ayah ibu tak cakap macam tu lagi lepas ni. Huk! Huk! Huk!

Ubat ayah Aqil.
4 jenis kesemuanya.
Sebiji setiap hari.
Makan sampai akhir hayat.
Jangan berhenti makan tanpa nasihat dari doktor pakar.
Kalau dah ibu yang uruskan hal ubat ayah ni.Makanya terima sajalah apa saja yang ibu sediakan yer.Termasuklah bab beg ubat yang comel macam ni.Hahahaha!
Sebelum ni lagi teruk ibu letak dalam beg warna pink.Sampai kena komplen dengan Aqil.PINK!!!!!!!Hahahahaha!
Sepanjang hari itu ibu rasa bersalah kerana buat ayah Aqil menangis. Waktu tu hari ibu transfusi darah lagilah buat hati ibu ni sayu. Sebenarnya apa yang ibu pesan pagi tu betul2 dari hati ibu. Ibu selalu teringatkan tentang kematian. Kerana baru2 ni berlaku kematian mengejut dari salah seorang pesakit Thalasemia yang lebih muda dari ibu disebabkan jantungnya terhenti tiba2. Ibu takut! ;(
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.