Alhamdulillah! Pejam celik pejam celik dah masuk 1 tahun 3 bulan 3 hari. Genap hari ini ibu bertukar ke unit baru. Makanya sekarang ibu bukanlah budak baru dalam erti kata lain "Newbie" lagi dah. Tapi itu semua tak menjadikan ibu lupa diri. Ibu masih anggap ibu dalam fasa "baru belajar". Masih banyak benda lagi yang berkaitan dengan kerja perlu ibu pelajari. Terutamanya daripada orang yang lebih senior dari ibu. Pada awalnya ibu agak struggle juga nak sesuaikan diri dengan keadaan cara bekerja dan interaksi dengan orang2 yang berurusan dengan ibu. Pernah juga ibu di "downgrade" oleh orang. Kecik jugalah hati ibu ni waktu tu. Maklumlah hati orang dah masuk ke fasa berumur ni dia agak sensitif sikit. Huhuhuhu!
Tapi sekarang ibu dah semakin cekap. Aishhh! Bukanlah niat nak membanggakan diri ibu sendiri. Tapi semua itu ibu dapat laluinya dengan sabar. Setiap hari ibu akan mulakan hari dengan berdoa bersungguh2 mudah2an urusan pekerjaan ibu hari itu dipermudahkan semuanya. Allah swt berikan jalannya dan diberikan pertunjuk serta ilham untuk ibu selesaikan setiap kerja dan urusan yang berkaitan tugas2 ibu dengan jayanya. Bukan mudah kerana dalam proses menyesuaikan diri itu ibu pernah sampai mengalirkan air mata. Menangis mohon diberikan kekuatan mental dan fizikal. Minta diberikan ruang agar ibu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana bekerja yang baru.
Untuk mendapatkan kepercayaan orang bukan mudah. Banyak benda yang perlu ibu ubah mengikut keadaan. Ibu lebih banyak mendiamkan diri dan memerhati keadaan sekeliling. Belajar dengan melihat dan mendengar apa yang sepatutnya dilihat dan didengar sahaja. Ibu lebih fokus dan tekun dalam menjalankan tugas harian. Kerana ibu tahu dimana kelemahan ibu. Bila ibu banyak bersembang bergurau gelak ketawa, ibu akan mudah lupa. Jadi susahlah ilmu tu nak melekat dalam kepala.
Setiap benda ibu akan catit dan dijadikan nota. Untuk rujukan ibu dikemudian hari. Iyelah kalau setiap hari kita bertanya benda yang sama pada orang menyampah pula orang betul tak. Ehhhh! Orang tua ni semalam tanya benda yang sama takkan lah tak faham2 lagi. Hahahaha! Bila ibu dah mula faham aliran kerja ibu barulah ibu rasa lega. Sekurang2nya ibu dah nampak bagaimana cara untuk menyelesaikannya. Kenalan baru ibu juga semakin bertambah dan setiap hari hubungan profesional antara ibu dengan mereka juga semakin baik. Mereka sudi berkongsi ilmu dan tidak lokek menjawab soalan2 ibu. Skill berkomunikasi ibu dengan orang pun semakin baik. Ibu ni mudah mesra dan ramah orangnya. Betul kata orang tua2 tak kenal maka tak cinta. Ibu dah jatuh cinta dengan tugas ibu sekarang. Hahahaha!
Betul kata pakar terapi ibu dulu.
Semuanya ada fasa mereka.
"Salina jangan risau lepas dah berjaya lalui fasa sekarang ini.
Salina akan tarik nafas lega dan panjang.
Saya nak Salina jadi pakar dalam tugas baru nanti."
Alhamdulillah!
Ibu masih belum layak dipanggil pakar di Unit ibu ini lagi.
Tapi ibu masih terus berusaha dan belajar.
Kalau dulu bangun pagi nak pergi kerja mesti mood swing dan setiap kali balik kerja muka monyok muncung sedepa. Sekarang tidak lagi. Pergi kerja ibu ceria balik kerja lagilah ceria. Hahahahahaha!
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.