Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Hari ini ibu ambil cuti sehari. Bukan cuti nak jalan2 tapi cuti sebab ibu ada temujanji di hospital. Memang menjadi rutin setahun sekali bagi pesakit Thalasemia untuk buat rawatan susulan di Klinik Telinga, Hidung & Tekak (ENT) dan Klinik Mata (Oftalmologi). Semua disebabkan Ubat Desferal yang terpaksa kami cucuk setiap hari. Kesan sampingan pemakaian ubat itu boleh mengakibatkan sesetengah dari pesakit mengalami masalah gangguan pendengaran dan penglihatan. Tapi peratusnya tak tinggi boleh dikatakan dalam 10 pesakit hanya 1 saja yang sangkut.
Ibu dah lama tak pegi temujanji rawatan susulan di Klinik ENT ni disebabkan ibu trauma. Setiap kali doktor bagi surat untuk ambil tarikh temujanji di Klinik ENT ibu akan "skip" tak pergi ambil tarikh temujanji. Hahahaha! Nakalnya ibu Aqil ni. Harap2 tak adalah doktor ibu yang tersesat baca blog ni yer. Huhuhuhu! Waktu jumpa doktor bulan 5 hari tu ibu dah tak ada alasan lagi. Doktor dah pandai main ugut2 ibu pula. Kalau ibu tak nak pegi ambil tarikh temujanji lagi kali ni dia nak terus rujuk ibu pada Pakar Hematologi Dr Kamini. Ohhhhhh! Memang ibu elak jumpa Dr Kamini sebab dia garang nak mampus. Huhuhu! Alahai ibu trauma sikit dengan Klinik ENT ni. Klinik Mata pula ibu rimas sebab orang terlalu ramai dan kebanyakkannya semua warga emas. Bukan nak menidakkan usia ibu yang semakin bertambah ni. Tapi nak menunggu giliran tu sangatlah membosankan. Bayangkan temujanji pukul 8 pagi. Ibu ingatkan ibu paling awal sampai pukul 7.20 pagi. Elok2 sampai orang dah beratur panjang menunggu pintu klinik dibuka untuk ambil nombor giliran. Huhuhu!
Jadi hari ini ibu dah tak boleh skip lagi. Seawal 7.20 pagi ibu sampai waktu itu ibu tengok dah ramai yang beratur boleh dikatakan lebih dari 30 orang yang dah sampai dahulu dari ibu. Habislah! Mesti lama nak kena tunggu ni. Janganlah sampai ke tengahari baru selesai. Macam2 lagi lah yang berbisik dalam hati ibu ni. Ibu trauma dengan Klinik ENT sebab pada tahun 2017 ibu pernah menjalani pembedahan menampal gegendang telinga ibu yang berlubang. Tidak ibu ceritakan di blog kisah itu kerana pada tahun kejadian ibu dah merajuk hati tak nak update apa2 di blog ini sampai lah tahun 2020 barulah ibu muncul semula. Jadi memang tiadalah kenangan ibu dibedah telinga disini. Disebabkan itu ibu trauma nak jumpa pakar ENT sebab last temujanji ibu doktor waktu itu beritahu yang pembedahan menampal lubang di gegendang telinga ibu tu tak berjaya sepenuhnya. Masih lagi ada sedikit lubang untuk ditampal. Ibu dengar saja dia nak bedah untuk kali kedua ibu tak nak. Ibu terus "discharge" kan diri ibu dari jumpa doktor ENT. Ibu takut! Kira ibu ni lari dari rawatan susulan selepas pembedahan lah. Hahahaha!
Sepanjang waktu menunggu nombor giliran ibu dipanggil jantung ni dah macam orang berlari pecut punyalah laju. Sampaikan ibu rasa ibu boleh dengar bunyi jantung ibu sendiri. Dup! Dap! Dup! Dap! Macam nak tercabut dibuatnya. Huhuhuhu! Nasib baiklah waktu menunggu ada anak kecil duduk disebelah ibu lebih kurang setahun lebih usianya. Dia pegang tangan ibu. Aduhai! Emaknya pun sporting dibiarkan saja kami berpegangan tangan hinggalah nombor giliran ibu dipanggil.
Masuk saja bilik rawatan ibu dapat doktor perempuan agak muda orangnya. Cantik dan lemah lembut. Kuranglah sikit rasa takut ibu tadi. Tapi masih lagi jantung ni laju. Doktor tanya kenapa lama ibu tak buat rawatan di Klinik ENT ibu cakap ibu terlupa dan selalu terlepas tarikh temujanji. Langsung ibu tak cerita kisah ibu pernah di bedah dulu. Ibu takut dia buka semula fail lama ibu. Hahahaha! Lepas ditanya itu ini disuruhnya ibu masuk bilik tertutup untuk cek pendengaran. Dipakaikannya ibu headphone dan disuruh dengan bunyi2an. Untuk telinga sebelah kanan ibu berjaya tanpa gagal mengesan bunyi2 halus yang ibu dengar. Tapi untuk telinga sebelah kiri ibu sangkut. Telinga yang pernah di bedah dahulu telinga sebelah kiri. Telinga kiri ibu kurang mendengar jika nak dibandingkan dengan telinga sebelah kanan. Akhirnya ibu beritahu juga doktor yang ibu pernah di bedah sebelum ini. Katanya itu adalah kesan daripada pembedahan telinga ibu yang membuatkan ibu ada masalah kurang pendengaran.
Kata doktor asalkan tak ada rasa sakit dan tiada bendalir yang mengalir keluar dari telinga kiri ibu jadi tiada apa yang perlu ibu risaukan. Jika ibu ada masalah sakit kepala yang melampau atau rasa sakit dan ada bendalir yang keluar dari telinga kiri ibu cepat2 datang ke kecemasan hospital untuk rawatan selanjutnya. Lega rasanya. Baiklah doktor saya menurut arahan. Temujanji seterunya tahun depan pula. In syaa Allah!
Sampai2 orang dah beratur panjang.
Ingatkan ibu orang paling awal.
Huhuhuhu!
Lama sungguh ibu tak ke sini.
Semuanya gara2 trauma dengan pengalaman selepas pembedahan telinga dulu.
Dari tahun 2017 hingga 2025 baru lah ibu datang balik ke sini.
Tangan kecil yang comel.
Kuat genggamannya.
Balik rumah ibu tunjuk pada Aqil gambar ni.
Ingatkan dia nak cemburu.
Tapi dia buat tak heran saja.
Katanya nak cemburu apa dengan budak kecil.
Lainlah kalau itu tangan lelaki dewasa selain ayah, saya dan atok yang pegang ibu.
Amboi!!!! ;)
Hahahaha!
Nombor giliran ibu.Lebih kurang 2 jam lebih jugala baru selesai rawatan ibu.Tak adalah sampai ke tengahari.Laju juga mereka panggil nombor giliran.
Selesai saja jumpa doktor ibu terus ke kantin hospital.
Perut ibu dah lapar sangat minta diisi.
Padahal waktu tu baru pukul 10.30 pagi.
Ibu dah mencari nasi.
Nampak pula lauk kegemaran ibu.
Sambal ikan keli dan sambal udang petai.
Memang terus ambil lah jawabnya.
Sebelum balik tapau dulu Waffle.
Aduhai!
Ini trauma apa ni ibu.
Asal tengok semua benda nak di makannya.
Tengahari abah datang rumah.Hantar rendang ayam kampung N9 air tangan emak.Rezeki jangan ditolak.Huhuhuhu!
Lepas ni nak pegi rawatan di Klinik Mata pula. Aduhai! Letih sebenarnya bila banyak temujanji hospital ni. Nampak gaya ibu kena ambil cuti juga lah untuk rawatan mata nanti. Tak ada pening2 nak masuk pejabat balik. Boleh terus balik rumah sambung tidur. Huhuhuhu!
10 Comments
Kalau doktor bertugas ramai cepat la sampai giliran kita tu. Kalau tak ramai memang sampai petang la jawabnya. Memang ramai pun datang temujanji awal2. Kita rasa awal dah rupanya ada lagi awal. Entah2 lepas subuh dah tunggu. Hihi
ReplyDeleteBetul tu hari tu 1 bilik ada 2 orang doktor itu yang laju juga nombor giliran dipanggil. Alhamdulillah! Kadang kesian patient yg budak2 sampai menangis lah diorang agaknya dah penat bosan sgt menunggu tu kan. Kita yg berumur ni pn kalau ikut kan nak tantrum jadinya. Hihihi! Betul tu ibu pun kadang rasa mcm dah sehabis awal rupanya ada yang lagi awal. ;)
DeleteKalau ammi pulak kene marah sbb tak continue check up jantung. Doctor kata “ini jantung tau Puan” enjin besar ni puan buat main2 je
ReplyDeleteIye btul tu Ammi ibu check up jantung setiap tahun in syaa Allah x pernah skip sampaikan check up MRI yg masuk dlm terowong tu pun x pernah skip. Tapi bila bab telinga dengan mata ni Ya Allah! Tak tau kenapa cukup takut. Trauma dengan klinik telinga tak hilang lagi. ;)
DeleteAllahumma yassir utk salina
ReplyDeleteMy zharfan pun ada masalah ENT esp telinga..selalu jugak kena gi jumpa pakar ENT
Aamiin Ya Rabb! Terima kasih MZ atas doanya. Semoga urusan rawatan Zharfan juga dipermudahkan. Aamiin!
DeleteFaham sangat perasaaan ini, sebab biasa melaluinya. Cuma yang melaluinya je akan paham perasaaan ini, menunggu tu kadang buat kita hilang sabar... hahahha . Apapun moga dipermudahkan buat Lina.
ReplyDeleteIye Dana nak tantrum dah berumur malu pula dekat budak2. Hahahahaha! Terima kasih atas doanya. ;)
Deletelamanya menunggu...moga sally sentiasa dalam lindungan allah swt selalu
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb!! Semoga Allah makbulkan doanya dan dikembalikan semula doa yg baik2 juga. ;)
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.