Advertisement

Main Ad

Makan Apa Hari Ni

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Selamat berhujung minggu semua.
Hari ni kami tak kemana2 sebab ayah kerja separuh hari.
Ibu dengan Aqil lepak santai di rumah saja.
Aqil seperti biasa rutin dia membasuh baju.
Bukan dia yang basuh tapi mesin yang tolong basuhkan.
Hahahaha!
Sudah menjadi tugas hakiki dia.
Alhamdulillah!
Anak yang sentiasa memudah dan menyenangkan ibu ayah.
Daripada membasuh baju sampai ke sidai baju semua dia uruskan.
Angkat baju pun dia juga yang buat.
Melipat baju sahaja dia tak suka.
Makanya nak tak nak jadi tugas ibu melipat semua baju bajan tu.
Padahal lipat baju tugas yang paling ibu tak suka.
Hahahahaha!
Makan apa hari ni?!
Hari ni tengahari kami makan Tom Yum.
Itupun Mak Nab yang bekalkan.
Emak ibu tu sejenis kalau masak memang akan ingat rumah yang satu lagi ni.
Siapa lagi nak makan katanya.
Malam pula kami ke Medan Selera Bintara.
Makan lagi dengan Mak Nab.
Dia teringin nak makan Yong Taufu katanya.
Oklah kita bawa kan saja.
Bukan jauh pun dekat area rumah kami ni juga.
Lepas Magrib kami jemput Mak Nab dirumah.


Lepas masak wajib kemas balik dapur bagi berkilat.
Barulah sedap mata memandang.


Hirup panas2 sedap.
Meratah dia saja pun sedap.


Yong Taufu yang Mak Nab idam2kan.
Dapat juga dia merasa. ;)


Ibu dengan ayah kongsi saja.
Sebab ibu jenis tak banyak makan.
Selera ibu besar nak makan macam2 makannya sikit.
Spaghetti  Aglio Olio pilihan kami.
Ayah tak boleh makan seafood sangat jadi kita tukar ke ayam.


Pilihan budak Aqil Fish And Chips Black Papper.
Tapi Sos Black Pappernya diasingkan.
Aqil menurun ibu tak suka makan berkuah.
Jenis suka cicah sos sikit2.
Huhuhuhu!

Alhamdulillah untuk rezeki hari ini. Esok rezeki lain pula yang Allah swt siapkan. Aamiin! ;)

Post a Comment

16 Comments

  1. Replies
    1. Suka tengok bila dah kemas macam ni. Lapang rasanya. ;)

      Delete
  2. Salam singgah..rajin anak bantu, sejuka hati ibu..Rumah yang bersih ada orang kata malaikat masuk datang tu..so, tahniah dapur sangat bersih dan kemas

    ReplyDelete
  3. Makanan boleh tahan sedap kelihatan.hehe

    ReplyDelete
  4. semua sedap.....cantik dapur 😍😍😍

    ReplyDelete
  5. Kami pun baru je makan yong tau fu kelmarin. Sama la kita kalau makan makanan ada sos tak suka banjir. Lebih sedap cicah sikit2.

    ReplyDelete
  6. Cantiknya kabinet dia! Tema hitam! I like!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Uncle. Hitam itu menawan kan. Hihihihi! Nampak elegance ;)

      Delete
  7. cantiknya kabinet dapur. kita tgh cari idea ni, kabinet dapur ku semakin hari semakin nak rebah, adeih!

    ReplyDelete
  8. dapnya..terus terasa nak makan yong tau fu..emmm

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.