Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Esok dah hari Isnin. Masa berlalu begitu sahaja sedar2 dan nak habis hari Ahad. Cuti hujung minggu 2 hari seperti tak rasa apa. Ayah cakap bersyukurlah ada juga cuti 2 hari. Ada orang hujung minggu pun terpaksa bekerja. Jangan merungut sangat kena banyak bersyukur. ;)
Hari Ahad aktiviti seperti biasa. Awal pagi kami keluar mencari sarapan. Hari ni ibu rasa nak makan Mee Kari Menora di Medan Selera Silveritage Medan Gopeng. Orang Ipoh mesti tahu dekat mana. Boleh dikatakan famous juga lah Mee Kari Menora ni. Balik daripada makan Mee Kari ayah bawa singgah Zus Coffee sebab ibu cakap rasa macam dah lama tak dapat Hot Caramel Machiato. Daripada Zus Coffee kami terus ke kedai runcit Jaafar dekat Sungai Rokam area rumah kami juga. Bukan nak beli apapun hanya beli beras 5kg sekampit, gula 1kg 2 paket, Chek Hup White Coffee 1 paket, Teh Wangi Ros 1 paket dan Muffin Gardenia 2 paket untuk sarapan Aqil sebelum ke sekolah. Semuanya RM91.70. Harga barang sekarang tak sama macam zaman ibu kecil2 dulu. RM100 saja dah boleh dapat stok barang dapur untuk sebulan. Itulah dia masa yang dah berlalu pergi hanya tinggal kenangan sahaja. Zaman Aqil nanti tak tahulah macam mana. Kos sara hidup semakin tinggi.
Lepas beli barang dapur kami terus balik rumah. Hari ni ibu cuti masak ayah bagi cuti. Aqil request nak makan Nasi Vanggey manakala ibu dengan ayah berkongsi Nasi Beriani. Ibu makan tak banyak kalau beli sorang satu bungkus alamatnya tak habis lah nanti. Membazir saja. Benda boleh berkongsi kan. ;)
Hari ni tugas ayah cuci filter aircond dan betulkan lampu bilik air bawah dah terbakar. Ibu pula melipat baju yang Aqil dah tolong basuhkan semalam. Semalam mood nak melipat tak ada. Jadi hari ni nak tak nak kenalah buat. Esok dah nak kerja. Balik kerja ibu dah melepek tak larat. Selasa depan ibu kena pegi ambil darah lagi dah sampai masa untuk rutin bulanan transfusi darah sekali lagi. Aihhhh! Sekejap saja dah 3 minggu berlalu. Rasa macam baru saja masuh darah hari tu. ;)
Esok kena keluar rumah awal sikit sebab ada perhimpunan bulanan di pejabat ibu. Selalunya ibu tak turun pun berbaris. Sebab ibu tak boleh berdiri lama2 pernah rasa nak pitam tumbang bila berdiri lama2. Dengar pulak ucapan menjela panjangnya berpusing rasa dunia. Lebih baik ibu tak turun duduk saja jaga pejabat. ;)
Selain Mee Kari dia Mee Kicap dia pun sedap.
Keow Teow Goreng pun ada juga.
Semuanya sedaplah.
Disebabkan sedap ibu lupa nak ambil gambar sebelum makan.
Hahahahaha!
Baju bajan bakul pertama.
Huhuhu!
Baju bajan bakul kedua pula.
Yang banyaknya baju budak Aqil.
Baju ayah dengan ibu sikit saja.
Hero ibu dirumah.
Cakap saja apa yang tak kena dan perlu diperbaiki.
In syaa Allah akan diusahakannya.
Kelebihan ayah ni tak menurun pada Aqil.
Aqil failed bab kemahiran macam ni.
Barulah terang.
Huhuhuhu!
Selesai buat kerja rumah ibu berehat sambil layan drama Korea.Ayah dengan hobi dia main game perang2.Aqil ulangkaji dibiliknya.Ibu santai saja.
Masa berlalu begitu sahaja untuk hari Ahad minggu inu. Esok bermulalah rutin hari bekerja seperti biasa. Semoga semuanya baik2 saja di minggu baru. ;)
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.