Advertisement

Main Ad

Marah

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Marah itu adalah sifat semulajadi yang ada dalam diri setiap manusia. Selagi namanya manusia pasti akan ada perasaan marah. Terpulang kepada setiap individu bagaimana cara dia mengawal kemarahannya. Bukan hanya setakat mengawal kemarahan saja tetapi bagaimana cara individu itu melepaskan perasaan marahnya.

Ada yang lebih suka berdiam diri jika sedang marah. Bimbang jika marah itu akan memburuk jika dia mula bersuara. Walaupun hakikat sebenar di dalam hatinya sedang menjerit sendirian ingin didengari. Ataupun seseorang itu lebih suka melepaskan marahnya dengan kata2 yang disangkakan dapat meringankan jiwanya yang sedang memberontak dengan emosi sendiri. Waktu itu semua perkataan dikeluarkannya tanpa perlu memikirkan ada jiwa lain yang sedang mendengar. Mungkin jiwa yang mendengar itu bukanlah punca utama yang mencetuskan kemarahan dalam dirinya. Dia tidak peduli siapapun orang itu asalkan dia berjaya melepaskan amarahnya. Ibarat pepatah Melayu marahkan nyamuk kelambu yang dibakarnya. Kesian kelambu padahal kelambu lah yang melindungi dia daripada digigit nyamuk. Kenapa tidak lepaskan saja pada nyamuk bunuh saja nyamuk itu tanpa perlu membakar kelambu.

Kesimpulannya perlu kah kita marah tak tentu hala di pejabat?! Terutamanya jika kita ni dalam kumpulan Profesional seorang penyelia bukan kerani cabuk macam ibu ni. Marah pula pada orang yang tak bersalah tak ada kena mengena pun dalam ceritanya. Cuma nasib tidak menyebelahi bertembung diwaktu yang tidak sesuai. Waktu si sipolan sedang memuncak marah. Kena marah pula waktu awal pagi belum masuk pukul 9. Nasib baik pagi tu ibu dah sarapan siap2 kalau tidak hilang mood ibu nak sarapan pagi. Hahahahaha! 

Apapun ibu bangga dengan diri ibu sendiri kerana waktu si sipolan tengah marah2 membebel ibu berjaya menahan mulut daripada membalas. Ibu masih mampu senyum dan berlalu dengan ucapan TERIMA KASIH walaupun soalan ibu waktu itu tak dijawabnya. Ibu tanya benda lain tapi benda lain pula yang dibebelnya. Hahahahahaha! Silap ibu pegi jumpa dia dan bertanya di waktu yang tidak sesuai. Mana ibu nak tahu waktu tu dia tengah marah. Ibu bukan ahli nujum boleh baca air muka orang. Eh! Kau dah kenapa perempuan tiba2 nak emosi tak tentu hala. Nak kata datang bulan rasanya dah lama putus haid tahun depan dah nak pencen pun kan. Aishhhhhhhhhh!   


Marah lah dengan bijak.
Bukan tak boleh nak marah.
Tapi salurkan amarah tu kepada saluran yang tepat.
Jangan marahkan orang lain tapi orang lain pula yang kena.
Pukul anak sindir menantu. 
Eh! Tiberrrrrrr!
Hahahahaha!

Bak kata pepatah Arab "Marah itu permulaannya gila, dan kesudahan adalah kesesalan". Ingat tu jangan nak marah tak tentu hala orang gila pun tak macam tu. Hahahahaha!

Post a Comment

0 Comments