Advertisement

Main Ad

Majlis Aqiqah & Kesyukuran Orked Nayla

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Cerita lama tapi ibu tetap nak cerita juga biar ia jadi kenangan di blog ibu ini. Alhamdulillah! Penantian mereka selama 8 tahun akhirnya Allah swt makbulkan doa mereka dikurniakan zuriat sendiri.

[Baca Juga] : Penantian Itu Indah

Pada 26/7/2025 yang lepas telah diadakan Majlis Aqiqah & Kesyukuran buat Orked Nayla. Nama yang indah diberikan oleh kedua ayahbondanya. Genap usianya 5 bulan lahir kedunia. Zuriat yang dinanti2kan semua ahli keluarga. Cucu pertama disebelah bonda dan merupakan cucu ke-9 disebelah ayahnya. Biras ibu memang inginkan anak perempuan. Katanya boleh jadi geng dia nanti. Boleh belikan baju cantik2. Allah swt makbulkan doanya 25/2/2025 lahirlah cinta hati mereka Orked Nayla.

Tak banyak yang boleh Maklang ceritakan disini tentang kamu Orked. Cukup kamu tahu bahawa kehadiran kamu itu adalah satu anugerah yang terindah buat ayahbonda mu. Semoga Orked membesar menjadi anak yang solehah penyejuk hati orang tua. Membesar dengan sihat Orked. ;) 










Alhamdulillah!
Selesai sudah Majlis Aqiqah & Kesyukuran puteri mereka.
Seronok tengok persiapan majlisnya.
Dah macam anak nak bertunang.
Zaman Aqil Naim dulu pakai buaian henjut2 tu.
Yang dihiaspun sekeliling buaian tu saja.
Zaman anak dia nanti tak tahulah ibu macam mana pula.
Hihihihihi!

Sekarang sejak ada Orked Nayla ibu dan mamanya jarang dapat keluar me time macam dulu2. Apa lagi kalau nak keluar tengok wayang cerita hantu. Adalah sekali dua mamanya keluar lunch dengan ibu waktu rehat hari Jumaat. Itupun macam2 yang kami bualkan sampai tak cukup masa dua2 semangat nak bercerita itu ini. Huhuhu!

Post a Comment

0 Comments