Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Hello semua malam ini ibu nekad nak menulis juga sesuatu di blog kami ni untuk dijadikan sebagai kenangan boleh baca semula nanti. Hihihi! Ikutkan selalu waktu2 macam ni ibu dah mula melayan mata nak tidur. Kalau hari bekerja memang ibu akan tidur awal. Seharian di pejabat ibu dah penat perah otak jadi bila malam memang otak ni minta ditidurkan awal. Hahahaha! Tapi untuk malam ini ia agak istimewa kerana dari petang tadi balik dari kerja hati ibu berbunga2. Sampai ke malam ayah cakap asyik senyum saja berseri2 wajah ibu. Huhuhuhu!
Hari ini adalah hari terakhir Ujian Percubaan SPM Aqil Naim iaitu Lisan Bahasa Inggeris. Dari malam semalam ibu dah membebel sebab dia asyik dengan hp dia main game. Bila ditanya tak ulangkaji ke untuk ujian lisan esok dia boleh jawab lisan BI ibu In syaa Allah saya boleh jawab. Amboi! Bukan main dia punya yakin tu. Ibu ni yang seriau. Hishhhhh!
Pagi tadi seperti biasa lepas Subuh Aqil mengaji sambil ibu bersiap sayup saja suara dia membaca kalam2 Allah swt. Sejuk hati ibu. Elok lepas dia mengaji sebelum turun sarapan dia tegur ibu kenapa makeup tebal sangat. Eh! Rasanya lepas sapu sunscreen ibu hanya tepek bedak saja lepas tu calit liptint tak nak nampakkan sangat pucat dekat muka ibu ni. Warna kulit bagi pesakit Thalasemia kan agak pucat kekuningan sebab kurang darah. Ibu rasa tak puas hati pula bila Aqil tegur makeup ibu tebal. Ibu tanya dia semula apa yang tebal ibu mana ada pakai pemerah pipi, pembayang mata atau mascara segala. Aqil cakap bibir ibu tu merah sangat. Alahai Aqil Naim makanya disebabkan ibu ni seorang yang mendengar kata ibu lap semula liptint ibu tu bagi kurang sedikit merahnya. Huhuhuhu!
Itu cerita pagi tadi setelah ditegur oleh anak sendiri. Balik kerja petangnya pula seperti biasa masuk rumah ibu bagi salam kuat2 sebab ibu tahu Aqil di bilik dia tak dengar. Dah pakai headphone mana nak dengar bila orang panggil. Tapi petang tadi salam ibu dijawab laju dan dia turun sambut ibu ayah balik kerja. Wajahnya ceria pada pandangan ibu dia seronok lah tu sebab dah habis ujian percubaan. Rupa2nya dia memang tunggu ibu balik tak sabar nak cerita pada ibu soalan lisan yang dia dapat tadi.
Antara soalan yang dia paling teruja nak ceritakan pada ibu adalah soalan 'Who are the good person in your life?' dan jawapan yang Aqil bagi adalah 'My Mother'. Terpana ibu sekejap sewaktu dia beritahu jawapan dia adalah ibu. Cikgu minta sebab dan huraikan jawapan dia itu. Dipendekkan cerita sebab yang paling utama katanya ibu adalah seorang yang 'Resilience' kerana walaupun ibu ada penyakit kronik ibu tidak pernah putus asa dan mengalah ibu akan terus bangkit dengan semangat dan azam baru setiap hari. Lebih kurang macam itulah huraian dia katanya. Aduhai Aqil Naim.
Dalam ramai2 yang boleh Aqil jadikan idola ibu tak sangka ibu yang kamu jadikan jawapan bagi soalan itu. Bila ibu minta dia huraikan lagi dengan lebih jelas apa maksud 'Resilience' tu disuruhnya ibu Google. Iskkkkkkkk! Geram pulak kita dengar. Hahahaha!
Jadi hasil dari Google ibu tadi ibu terjumpa satu penulisan di laman FB Dr Rozanizam Zakaria seorang pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja tentang 'Resilience'.
Petikaan dari FB Dr Rozanizam Zakaria
Intan Payung ibu.Terima kasih kerana jadikan ibu idola dan inspirasi Aqil.Semoga Allah swt sentiasa menjaga mu dalam setiap langkah.Jadi sekarang tak ada sebab untuk Aqil cepat mengalah atau rasa berputus asa tau.Kena terus bersemangat dan cekal.Hidup kena kental.Chaiyok!!!!!
Kadang2 ibu rasa Aqil Naim nampak macam tidak ambil peduli hakikatnya dia sedang memerhati. Dia melihat dan memantau. Hihihihi!
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.