Advertisement

Main Ad

Update Ringkas

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Apa kabar semua?! Walaupun sekarang ni ibu dah semakin jarang update blog dan singgah ke blog kawan2 semua tapi percayalah yang doa dari ibu sentiasa bersama kalian semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan baik2 saja hendaknya. Aamiin! Ada cerita best tak dari korang semua? Manalah tahu ada yang naik pangkat ke ataupun bertambah ahli keluarga baru ke. Hihihihi! Tak terlewat lagi rasanya untuk ibu ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68 tahun semua. ;)

Sepanjang ibu menyepi hampir sebulan ni keadaan kami sekeluarga biasa2 sahaja. Masih melalui rutin harian yang sama. Bangun pagi pergi kerja cukup masa habis kerja balik rumah sambung pula aktiviti di rumah. Hari minggu pula tak ada berjalan kemana2 hanya habiskan masa dengan rutin mingguan di rumah. Aqil pula baru habis ujian bertulis percubaan SPM dan dalam minggu ini dia ada ujian amali pula untuk subjek Fizik, Kimia dan Biologi sebelum mereka mula bercuti selama seminggu kalau tak silap ibu. Ibu dan ayah berdebar2 menunggu keputusan ujian percubaan dia. Semoga semuanya baik2 saja hendaknya.

Sejak dua menjak ini ibu dapat rasakan ada perubahan dalam diri ibu. Ibu menjadi seorang yang agak sensitif walaupun dengan benda2 kecil. Bukan sensitif di rumah saja tapi di pejabat juga ibu mudah tersentuh. Bukan marah tapi lebih kepada rasa sedih dan suka menyendiri. Ibu tak pasti adakah kerana ini perubahan hormon disebabkan penambahan usia atau ibu kurang vitamin Magnesium. Mungkin juga ibu terlebih fikir hal kerja sampai bawa balik ke rumah. Pernah juga hal kerja sampai terbawa kedalam mimpi. Ajenye giler kome kata orang Perak. Hahahahaha!

Banyak kali ayah pesan hal kerja jangan sampai memikir bawa balik ke rumah. Tinggalkan saja di pejabat esok baru sambung fikir semula. Tapi nak buat macam mana selagi satu benda atau perkara tu tak selesai ibu tak senang hati. Ibu akan cuba juga cari cara untuk selesaikannya. Bila dah berjaya selesaikan masalah tu barulah tenang jiwa ibu. Selagi tak selesai seolah2 ibu rasa ibu berhutang dengan orang pula.

Betul orang kata kerja yang banyak menggunakan otak ni penatnya lain macam. Tak seperti kerja yang lebih banyak menggunakan kekuatan fizikal. Mana ada kerja yang tak penat kan?! Semua kerja penat dan tak ada kerja yang mudah. Kalau kita anggap kerja orang lain mudah dan senang itu maknanya kita ni tak ada kerja sebab asyik nak perhatikan kerja orang lain saja. Hahahahahaha! 

Kita dah masuk bulan September tinggal lagi 4 bulan nak masuk ke tahun 2026. Bulan depan pun ibu agak sibuk. Kami akan mengadakan Majlis Meraikan Pesara yang bersara pada tahun 2025. Tahun ini merupakan tahun kedua ibu menjadi salah seorang orang kuat bagi melancarkan majlis tersebut. Ibu bersama rakan sepasukan ibu sama2 bergandingan bagi memastikan majlis berjalan lancar. Semoga kami berdua dalam keadaan sihat hendaknya. Risau pun ada. Itupun salah satu punca ibu overthinking juga selagi tak selesai majlisnya.


Tahun ni budak Aqil panjat pagar lagi.
Semata2 nak tengok Perbarisan Hari Kemerdekaan.
Setiap tahun dah menjadi rutin dia panjat pagar.
Waktu kecil2 dulu ayah dukung sebab tak nampak.
Sekarang dia dah pandai cari port sendiri.
Huhuhuhu!

Update ringkas dari ibu Aqil. Cerita yang tak ada arah tuju cuma menaip ikut apa yang terlintas sahaja. Terima kasih sudi baca sampai habis. Hihihihi! 

Post a Comment

0 Comments