Advertisement

Main Ad

Apa Yang Mereka Sedang Fikirkan

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hai semua apa kabar?! Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Sekarang ni disana sini penuh dengan bermacam kejadian yang berlaku. Kadangkala ianya diluar kotak kewarasan akal dan fikiran kita sebagai seorang manusia normal. Kita terlalu memikirkan perasaan sendiri dan kita tidak sedar apa yang sedang bergolak didalam perasaan insan2 disekeliling kita. Bukan sahaja keluarga suami atau anak malahan teman2 yang ada disekeliling kita setiap hari. 

Sekolah bukan lagi tempat yang selamat untuk menimba ilmu. Pejabat juga bukan lagi tempat yang tenang dan damai dalam mencari rezeki. Tanpa sedar ada penindasan dan buli secara langsung dan tidak langsung. Tidak kira ianya melalui perbuatan ataupun percakapan. Buli tetap buli bila ada unsur2 penghinaan ataupun sindiran yang mungkin dianggap itu hanya lawak jenaka. Jika ia satu bentuk perkataan perbuatan yang menyakiti hati ia tetap dipanggil buli dan penindasan emosi. Tidak semua orang mempunyai tahap ketahanan mental dan emosi yang kuat dan stabil. Kita tidak pernah tahu apa yang telah mereka lalui di dalam kehidupan sehari mereka dan kita menambahkan lagi tekanan itu dengan kata2 bersifat hinaan, ejekkan dan sindiran. 

Mengapa manusia kebanyakannya semakin hilang empati dan simpati. Lebih suka memegang prinsip "aku layan orang macam mana orang layan aku" 'jaga hati sendiri tak perlu jaga hati orang" dalam masa yang sama kita bercakap mengikut sedap dimulut kita sahaja dan dengan bangga kita mengaku "aku tak fake inilah diri aku". Sedangkan dalam agama sendiri mendidik kita agar berbuat baik sesama manusia tidak kira siapapun mereka. Jika tiada benda baik yang nak diucapkan lebih baik berdiam diri. Diam itu menjaga kita daripada berkata yang sia2. Aqil pernah cakap dalam dunia memang akan ada orang jahat dan jangan kita rasa kita ni dah habis baik. Deep! Simple saja ayat Aqil tapi bila ibu renung kembali ada betulnya disitu. Jika tiada baik atau jahat kenapa mesti ada Syurga dan Neraka. Ah! Semakin difikirkan semakin sakit kepala ibu dibuatnya.

Emosi ibu sedikit tergangu sejak kebelakangan ini. Bermula dengan kes budak sekolah dirogol dan dirakam perbuatan hina itu. Membawa kepada kes bunuh tikam di sekolah. Allah! Apa yang sedang mereka fikirkan. Setiap hari ibu bapa di tempat kerja sedang struggle dengan macam2 arahan itu dan ini belum diambil kira tekanan daripada pihak atasan yang mahukan semua kerja itu sempurna dan segera. Anak2 disekolah juga sedang struggle dengan emosi dan keadaan diri mereka sendiri yang sedang mencari makna jatidiri sebenar. Dimana silapnya?! Dimana kurangnya?! Siapa yang salah?! Apa yang menjadikan mereka begitu?! Apa yang mereka mahu?! 

Pernah kah kita duduk dan bertanya anak2 kita. Apa salah kita ibu bapa pada mereka?! Ataupun kita merasakan yang kita ini sentiasa benar dan tidak pernah ada salah. Pernah kah kita duduk dan tanya apa yang sedang mereka rasa sekarang ini?! Ah! Pening! Disebabkan terlalu banyak berfikir dalam emosi yang tidak stabil ibu dah 4 hari tak ke pejabat sejak hari Selasa ibu cuti sakit kerana demam dan melarat sampai ke hari ini akhirnya ibu ambil cuti sampai esok. Selasa depan In syaa Allah semoga semangat ini pulih semula.


Semoga Allah swt lindungi kita semua.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Aamiin Ya Rabb!

Ibu terlalu emosi bila melihat anak2 itu berpakaian lokap dan digari. Tersentuh rasa hati ini. Apa yang mereka sedang fikirkan sebenarnya?! Bagaimana perasaan ibu bapa mereka melihat anak2 itu begitu. Allah! Tak kuat jiwa ini. ;,(

Post a Comment

0 Comments