Advertisement

Main Ad

Recap Sepanjang Aqil Naim Hiatus

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Lama sungguh ibu tak update perkembangan aktiviti si bulu mata lentik ibu yang seorang tu. Dulu awal2 ibu menulis blog ni gelaran yang kawan2 blogger ibu zaman tu memanggil Aqil Naim "si bulu mata lentik". Memang jelas nampak lentiknya bulu mata Aqil waktu kecil2 mengalahkan perempuan. Cuma semenjak Aqil pakai cermin mata kelentikan bulu mata dia dah tak terserlah lagi. Dia berselindung disebalik cermin mata Aqil. Hilang sudah trademark dia setiap kali bergambar. Hihihi! 

Entry kali ini ibu nak menulis tentang aktiviti Aqil Naim sepanjang dia hiatus. Sebenarnya banyak juga aktiviti dia tambah2 dah nak dekat2 SPM ni memang penuh jadualnya. Kadang2 kesian juga tengok dia balik sekolah dah petang dengan cuaca pun tak menentu sekejap panas terik lepas tu hujan lebat pula. Alhamdulillah! Allah swt kurniakan kesihatan yang baik buat Aqil. Mudah2an terus sihat lah hendaknya. Risau juga sekarang ni musim Influenza sedang mengganas. Mudah2an Allah swr pelihara kita semua. In syaa Allah! 

26/9/2025 - 28/9/2025
Bengkel Pecutan Akhir SPM 

Dianjurkan dibawah Program Pendidikan Negeri Perak "Transisi Ke Arah Perak Sejahtera" (TRAS) bersama dengan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR). Bertempat di Tower Regency Hotel Ipoh. Tujuan utama program adalah untuk memberi pendekatan tips bagaimana cara untuk menjawab soalan2 SPM nanti. Selama 3 hari Aqil bermalam disana. Semua barang peribadi dia siapkan sendiri daripada baju apa yang nak pakai dan apa yang perlu dibawa. Semuanya dia siapkan sendiri ibu tak perlu atur apa2. Owhhhh! Baru ibu sedar anak bujang ibu tu dah besar tak suka diatur2 kehidupannya. Ibu hanya melihat dan memberi pendapat sahaja. Dia susun pakaian dia mengikut hari dari hari pertama hingga ke hari terakhir. Pagi pakai apa tengahari apa dan malam tidur nak pakai apa. Kemas susunan beg dia kalau ibu main letak saja semua dalam beg bila nak pakai nanti baru pilih nak pakai apa. Huhuhu! Sepanjang masa dia berbengkel ibu hanya wasap bila perlu dan setiap kali tamat satu2 slot barulah wasap ibu itu berjawab. Aktivitinya padat setiap hari ada 3 slot kesemuanya. Slot pagi, petang dan malam. Bermula dari pukul 8am tamat pada pukul 10pm. Hanya berhenti berehat sekejap untuk waktu solat dan makan sahaja. Sepanjang bengkel Aqil dah buktikan pada ibu ayah yang dia pandai bawa diri. Alhamdulillah!

4/10/2025 
Majlis Makan Malam Graduasi Tingkatan 5 2025 "Soiree De Presrige"

Bertemakan Royal Elegant Aqil memilih pakaian berkonsepkan macam satu watak dalam drama Peaky Blinder si Tommy Shelby. Amboi! Jenuh ibu goggle sapa si Tommy Shelby ni, Uimakkkkkkk bukan main lagi kamu Aqil Naim. Nak baju macam si Tommy tu pulak, Ayah cakap tak apalah dia pun tak pernah minta apa2 dekat kita selalunya semua benda kita yang siapkan aturkan dia ikut saja. Kali ini kita usakahlah agar malam itu nanti menjadi satu kenangan terindah untuk Aqil kenang. Alhamdulillah! Majlis berlansung di Hotel Casuarina Meru Ipoh, Sekembalinya dari Majlis macam2 yang dia ceritakan. Nampak dia gembira malam itu. Aqil gembira ibu ayah lagi gembira. ;)

17/10/2025
Majlis Restu Ilmu Solat Hajat & Bacaan Yasin Bagi Calon SPM

SMK Gunung Rapat telah menganjurkan satu Majlis istimewa untuk anak2 didik yang bakal menduduki SPM yang hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. Untuk Majlis kali ini ayah tidak dapat turut serta atas kekangan tugas yang tidak mengizinkan. Kesian ayah nampak dia agak terkilan kerana sebelum2 ini ayah tak pernah gagal menghadirkan diri dalam apa juga aktiviti yang melibatkan Aqil dan ibubapa di sekolah sejah dari Tahun 1 lagi. Jadi untuk majlis kali ini hanya ibu saja yang hadirkan diri. Apa yang jadi waktu sesi Mohon Restu hari itu, Rasanya rata2 ibu bapa mesti kalah dengan linangan air mata. Apa lagi ibu Aqil seorang perempuan yang nampak kuat padahal agak cengeng orangnya. Nampak sahaja kelibat Aqil datang pada ibu pun dah buat hati ni disiat2. Maka ibu tenggelam dalam linangan air mata sambil mendakat kuat Aqil. Apapun keputusan Aqil ibu dan ayah redha sayang. Kami tahu Aqil dah buat sehabis baik. In syaa Allah! Aqil cakap dia hampir2 menangis waktu dipeluk ibu tapi ditahan air matanya tak bagi keluar. Huishhhh! Keras hati budak Aqil ni. ;)

Oklah itu saja yang boleh ibu update aktviti si bulu mata lentik ibu sepanjang dia Hiatus. Ibu tepek kan dekat sini antara gambar2 yang sempat dijadikan kenangan. Kalau kualiti gambar tu agak kabur maknanya itu hasil yang diambil budak Aqil. Manakala gambar yang jelas dan cantik tu sudah tentu hasil yang diambil oleh ibu atau ayah. Huhuhuhu! Layankan saja. ;)


Bengkel Pecutan Akhir SPM
26/9/2025 - 28/9/2025
Nampak sangat keterujaan dia tu.
Tak sabar nak merasa macam mana jadi orang bujang.
Amboi!


Ibu minta gambar selfie naik bas.
Maka inilah hasilnya.
Huhuhu!


Ibu minta lagi gambar dah check in bilik hotel.
Maka ini jugalah hasilnya.
Hahaha!


Bila habis slot malam ibu minta gambar sebelum nak tidur.
Maka ini lah juga hasil terbaiknya.
Tak payah susah2 ibu nak kaburkan kan gambar anak2 yang lain tu.
Gambar yang diambilnya memang kabur pun.
Hukhukhuk!


Majlis Makan Malam Graduasi Tingkatan 5 2025
Malam istimewa untuk Aqil Naim.


Aduh! Jatuh cinta ibu dekat budak sorang ni.
Terima kasih ayah atas gambar candid yang sangat cantik ni.
Kenapalah bakat ambil gambar ayah tak turun ke Aqil.


Majlis Restu Ilmu Solat Hajat & Bacaan Yasin.
Disebabkan ibu sorang2 ayah tak ada.
Aqil pilih duduk berhampiran dengan ibu depan Pakcik baju pink.
Dia tinggalkan kelompok kawan2nya.
Sesekali ibu nampak dia pandang ke belakang tengok ibu.
Kenapa?!
Risau ibu ke culik ke?!
Hahahahaha!

Antara aktiviti Aqil Naim yang dapat ibu ceritakan disini sebagai kenangan masa hadapan. Sekarang ni agak susah untuk ibu curi masa update blog dan banyak kisah seharian kami berlalu begitu sahaja. Apa nak jadilah ibu Aqil ni. Kesian blog ni dah bersawang. Huhuhu! 

Post a Comment

0 Comments