Advertisement

Main Ad

Pertama Kali Rider Minta Tambah Tips

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Kejadian petang tadi.
Hari ini ibu ada rawatan rutin bulanan macam biasa transfusi darah.
Biasalah selalu ibu akan makan siap2 waktu pagi sebelum ke hospital.
Sebab ibu tak selesa nak makan waktu tengah transfusi darah.
Ibu lebih kepada nak rehat dan tidur waktu rawatan berlangsung.
Makanya lepas sahaja habis kedua2 pek darah tadi perut ibu mula lah berkeroncong.
Selalu sebelum balik rumah ibu akan ke kantin hospital dulu untuk cari makanan.
Tapi hari ini ibu ternampak status wasap kawan ibu open order Ayam Korean Cheese Banjir.
Air tangan dia sendiri memang selalu order dengan dia.
Aduhai tak boleh jadi makanya ibu pun order lah untuk makan balik dari transfusi.
Ibu bagitau kalau boleh ibu nak sebelum Asar sebab ikutkan jadual dia mula COD pukul 6 ptg.
Bila ibu cakap nak awal dia cakap tak ada masalah tapi dia kena pakai khidmat penghantaran Dot Dot Dot.
Ikutkan kalau 6 ptg tu dia dan suami dia yang COD bayar sahaja charge COD pada mereka dalam RM8 macam tu.
Ibu cakap tak apa guna saja khidmat Dot Dot Dot tu.
Sebelum dia submit order dia semak dulu harga penghantaran dengan motor dan hantar pada ibu jumlahnya RM13 macam tu.
Ibu cakap ok proceed.
Pukul 2.50ptg dia proceed order.
Ibu pun tunggu saja update dari dia.
Dalam pukul 3ptg dapat panggilan ingatkan rider dah sampai depan rumah.
Aik! Cepatnya seller pun tak update apa2 lagi.
Rupa2nya bukan nak bagitau dia dah sampai depan rumah.
Dia call sebab nak minta bayar lebih charge delivery. 
Memang kebiasaannya ibu akan bayar lebih duit delivery.
Tak kisahlah tolak akaun bank ke atau cash di tangan ke tapi mesti akan lebih.
Setakat ni ibu tak pernah lagi bayar cukup2 sahaja.
Ibu tanya rider lebih tu nak berapa sebab kakak memang dah sediakan duit lebih sikit daripada harga yang Apps Dot Dot Dot ni tetapkan.
Dia bagitau ibu "Bukan apa akaaa saya ini naik kereta ini Apps Dot Dot Dot charge delivery murah itu pasal saya minta akaaa bayar lebih sikit boleh sebab hujan sama..."
Ibu pun bagitau elok2 boleh saja saya memang dah sediakan duit lebih dan ibu bagitau berapa yang ibu nak bagi dia.
Ibu tanya dia balik cukup ke atau adik nak lebih tu berapa ringgit?!
Banyak kali ibu tanya dia nak berapa tips tu.
Dia macam nak cakap tak cakap dan ibu dengar ada suara menyampuk disebelahnya isteri dia agaknya.
Ibu tak faham bahasa mereka tak apa biarlah perbincangan antara mereka.
Sekali lagi ibu tanya bayar lebih tu nak berapa?!!
Dia cakap tak apa bagi saja berapa akaa nak bagi.
Oklah perbualan kami habis disitu dan ibupun tak msg semula kawan ibu sebab anggap selesai situ sajalah perjanjian antara ibu dengan rider.
Bab2 ini ibu malas nak berkira waktu tengah lapar yang penting makanan tu selamat sampai sebab jarang ibu order food delivery personal macam ni.
Selalu order dalam Apps makanan Grab Food atau Food Panda sahaja.
Dan kawan ibu tu pun sebelum ni pernah guna khidmata Grab Food untuk ambil makanan dia tak ada masalah.
Ibu pun tunggu dengan sabar pukul 3.20 ptg rider itu call semula.
Dia terus cakap AKAA KENAPA AKAA CANCEL SAYA SUDAH MAU SAMPAI?!!!
Ehhhhhhhhhh! Nada dia tu macam nak marah.
Sekarang ni yang order khidmat dia dari Apps tu seller bukan ibu.
Ibu cakap baik2 saya tak ada cancel apa2.
Saya order makanan dari seller sekarang u kata u dah sampai tapi sampai mana rumah saya ke rumah seller?!!!!!
Dia terdiam dan orang disebelah dia si perempuan tu mengomel2 dalam bahasa ibunda mereka.
Oklah kak tak apa lah sebab saya sudah call itu seller dia tak angkat.
Dah sudah mana ku tahu.
Dia pun rimas agaknya sebab dalam masa yang sama si perempuan sebelah dia tu masih membebel dia terus letak call.
Ibupun tak tahu apa cerita terus msg seller kawan ibu tu.
Rupa2nya ada plot twist.
Kawan ibu cakap dia dah submit order dekat Apps Dot Dot Dot pukul 2.50 ptg dan dia bagitau segala detail dan dalam Apps tu memang dia ambil penghantaran motor bukannya kereta.
Mana dia nak tau yang terima penghantaran dia tu naik kereta.
Sebab lepas dia submit dia chat dengan rider tu dan siap tanya boleh ke hantar.
Sebab dalam maps dia tengok rider tu ada area2 rumah dia saja.
Tapi dari 2.50 sampai 3.20 rider tu tak sampai2 dekat rumah dia.
Cuak lah dia sebab dia semak dalam maps rider tu pusing merata2 mungkin pick up atau tengah hantar barang agaknya.
Dia chat rider tu tanya boleh ambil ke tidak dan rider senyap tak balas apa.
Kawan ibu last cek maps pukul 3.20  tengok2 ambil masa 13 minit lagi rider nak sampai.
Sebelum cancel dia chat sekali tapi rider masih tak reply dan dia pun terus cancel.
Kawan ibu submit lain dapatlah rezeki tu dekat budak melayu muda yang memang naik motor.
Tak sampai 20 minit sampai lah makanan tu dekat rumah ibu.
Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Mencabar sungguh kisah perjalanan Ayam Korean Cheese Banjir ibu tu.
Hahahahahhaha!
Terima kasihlah sudi baca sampai habis yer.
Sabar sungguh korang baca bebelan ibu kali ni.
Jangan serik tau datang baca lagi.


Ini lah dia makanan yang ditunggu2.
Yang menjadi topik hangat ibu hari ini.
Hahahahaha!
Selamat dah pun masuk dalam perut.
Alhamdulillah!

Oklah malam ni ibu nak tidur awal esok nak kerja. Mudah2an dipermudahkan segala urusan kita semuanya. Aamiin! Ya Rabb! Ibu pun dah MOVE on dah pasal kes delivery siang tadi. Hahahaha! Kenangan mengusik jiwa sungguh.

Post a Comment

0 Comments