Advertisement

Main Ad

Birthday Treat MIL

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Hari ini kami bawa MIL ibu keluar sarapan pagi.
Ada sebuah kedai sarapan yang agak viral juga lah dekat dengan rumahnya.
Food & Wood Craft Cafe yang bertempat di Chemor.
Ibu teringin lempeng sambal bilis dia.
Sesiapa yang datang ke Ipoh cubalah google dimana kedainya.
Ibu ni nak bagi direction memang gagal.
Kalau kami berjalan ayah suruh ibu duduk diam saja jangan nak cuba baca maps.
Entah kemana hala arah tuju kereta tu nanti.
Hahahaha!
Selesai sarapan pagi singgah sekejap melepak di rumah MIL.
Sambil ibu layan Grand Final Talk To My Manager.
Rumah kami tak ada ASTRO.
Ibu hanya tengok FYP di TikTok sahaja.
Tak adalah ibu ikut rancangan tu dari awal kemunculannya.
Banyak dengar cerita perbualan daripada kawan2 dipejabat saja.
Seronok juga tengok keletah artis2 yang menjadi manager kepada anak masing2.
Habis sahaja rancangan itu dah pukul 12 tengahari.
Perut ibu pun dah mula minta diisi.
Ibu ajak ayah pegi cari makan tengahari.
Tak payah lah nak masak2 kesian sebab MIL ibu tak berapa sihat.
Ikutkan dia nak masak sahaja simple2.
Seorang emak ni bila anak tu balik mesti nak masak untuk anak dia.
Masalahnya MIL ibu tu kerap sangat sakit kepala.
Lebih kurang macam ibu juga tekanan darahnya rendah.
Mudah sakit kepala.
Tapi bila dengar anaknya ajak keluar.
Laju dia bersiap seronok sesangat.
Hihihihi!
Kami makan di gerai Ayam Gepuk Ganteng Bandar Meru Raya.
Boleh google juga kalau nak tahu.
Selesai makan kami hantar MIL ibu balik dan kami pun terus balik rumah.
Tak ada merayap kemanapun sebab masing2 dah kenyang dan mengantuk.
MIL ibu pun tak larat nak berjalan lama2 nak baring katanya kepala tak selesa.
Oklah itu sahaja cerita kami hari ini.


Kami sarapan pagi tadi di sini.
Banyak gerai2 makan dengan beraneka pilihan.
Selalunya meja kena tunggu giliran.
Tapi hari ni tak ramai macam sebelum2 ni.
Penuh!


Walaupum menu dia banyak tapi kami ambil makanan yang kami nak makan saja.
Kalau nak ikutkan nafsu dalam diri ni.
Semua nak dibelinya lepas tu membuang saja.


Ini tujuan utama ibu.
Lempeng sambal bilis dia sedap.
Ibu suka.


Tengahari kami makan di sini pula.
Ayam Gepuk Ganteng.
Rezeki kami hari ni orang tak ramai.
Kalau tidak sama juga kena tunggu giliran kalau nak duduk makan.


Waktu ni sesi memilih sambal.
Sambal dia ada tahap2 kepedasannya.
Ayah pilih yang paling pedas.
Maka berairlah mata ayah nak menghabiskan sepinggan nasi.
Malam ni dah mengadu sakit perut.
Ha! Makanlah lagi sambal pedas2.
Hahahaha!


Birthday Treat MIL.
17/10/2025 hari itu genap usianya 66 tahun.
Semoga yang baik2 saja untuknya.
Kami tak beli kek sebab MIL ada kencing manis.
Kami belanja makan nasi ye menggantikan kek. ;)



Ada pula buai gantung dalam kedai tu.
Apa tunggu lagi.
Jom mak kita bergambar.
Hahahaha!
MIL pun layankan saja menantu dia ni.

Malam ini meriah sungguh dengan dentuman mercun di kawasan rumah ni. Yelah esok kan raya. Happy Deepavali buat semua penganut beragama Hindu. Semoga terus bercahaya kehidupan kalian dengan kebahagiaan dan kegembiraan.

Post a Comment

0 Comments