Advertisement

Main Ad

Anak ku Aqil Naim..

Muhammad Aqil Naim..
Bila kau dewasa nanti jadilah anak yang berguna..
Berjasa pada orang tua..
Ibu harapkan diri mu, satu2nya anak ibu..
Jangan kau persoalkan ketentuan Illahi..
Apa yang ditakdirkannya adalah kerana DIA menyayangi kita..
Jangan menyalahkan hukum Allah..
Kerana dia MAHA mengetahui sesuatu apa yang tidak kita ketahui..
Anak ibu Muhammad Aqil Naim..
Sesungguhnya kelahiran mu adalah 1001 rahmat..
Kehadiran mu membawa 1001 sinar harapan..
Kebijaksanaan mu adalah kurniaan NYA yang tak terhingga..
Semoga kau membesar menjadi anak dan hamba NYA yang taat..
Sayangku Aqil Naim..
Andainya ibu tiada satu hari nanti..
Jangan ditangisi ketiadaan ibu itu sayang..
Hanya ayat suci Kalam Allah yang ibu harapkan..
Jangan sesekali kau lalai dalam kemewahan serta keasyikan duniawi..
Kerana kau dilahirkan bukan semata2 untuk itu..
Sekiranya setelah ibu pergi ada pengganti ibu disisi ayahmu nanti..
Hormatilah dia, sepertimana kau dituntut untuk menghormati ibu..
Kerana dia juga adalah Ibumu..
Walaupun bukan dia yang melahirkan mu..
Dan ibu titipkan dikau kepada ayah..
Kerana kau adalah bukti kasih sayang dan cinta kami berdua..
Berlandaskan keredhaan Allah swt..
Dan restu orang tua..

Post a Comment

0 Comments