Advertisement

Main Ad

Minggu penuh erti..

Banyak yang aku nak ceritakan dalam entry kali ni. Al-maklum lah dah dekat seminggu lebih aku tak bercerita. Dimulakan dengan :-

~13Feb, 2010 on 9pm~ Perjumpaan kawan2 lama SMKDAS ~Sekolah Men. Kg. Dato Ahmas Said, Ipoh..~ Dah berbelas tahun tak jumpa. Bila dah berkumpul tu macam2 cerita. Ada yang masih cam antara satu sama lain, ada jugak yang dah tak cam.Tapi tak apa sebab apa yang penting kita pernah belajar di bawah satu bumbung yang sama satu ketika dulu. Yang paling best, dapat jumpa my old friend Yushima Harlida @ Syima.. Miss u syima. Lawa dah sekarang erk. Terkejut sangat jumpa dia sebab last kami jumpa masa umur 15 tahun sekarang dh 28 tahun.. Lama kan.. Tapi kami tetap maintain cun.. Huhuhuhu 






Inilah kawan baik waktu kecik2 -Ida, Syima, Aku n Aqil-


~14Feb, 2010~ Sambutan hari lahir yang kedua putra kesayangan kami, Muhammad Aqil Naim pada 14Feb, 2010 hari ahad yang lepas. Dah seminggu genap masa berlalu. Cepatnya!! Rasanya baru aje semalam kemeriahan sambutan meraikan hari lahir Aqil yang kedua. Dah besar anak ayah dan ibu ni. Dan sejak hari tu, dia dah ada perangai baru. Kuat merajuk dan dan pandai protes bila ditegur. Hamboi.. Hamboi.. Baru 2 tahun tu. Budak zaman sekarang, tumbesaran dia memang cepat. Pagi 14hb tu aku dengan abang dah keluar rumah. Banyak kerja yang kami nak settlekan sebelum jamuan bermula pukul 3 ptg. Pukul 9 pagi kami kene ambik roti jala yang ditempah dekat Tmn Mas, Chepor. Sempat kami bfast makan mee hailam yang sedap dekat Chepor. Makanan kena ambil awal sebab pukul 12tgh/h orang surau datang. Macam tahun lepas, jamuan mesti dimulakan dengan doa selamat. Mengambil keberkatan moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki di kecil kesayangan aku tu. Pukul 1.30 selepas selesai doa selamat, aku dan abang berkejar ke kedai kek Secret Recipie Ipoh Garden, untuk ambik kek istimewa untuk Aqil. Cantek ooo kek dia.. Huhuhuhu dalam pukul 3 ptg setelah semua sampai barulah acara potong kek dimulakan.. Dan Aqil lah insan paling gembira hari tu. Terima kasih kepada para tetamu yang hadir ~kalangan ahli keluarga sahaja~. Insya'allah ada rezeki tahun depan kami jemput lagi.
Kek Istimewa Untuk Aqil

Happy Birthday Sayang..

Pejam celik dah seminggu semuanya berlalu.. Sekejapnya.. Rasa macam tak puas nak berseronok. Akupun cuti panjang isnin depan baru mula kerja. Abangpun dah balik ke rawang hari ni subuh2 tadi. Sunyi bila abang tak ada. Hanya tinggal aku dan Aqil. Waktu aku menulis entry ni, Aqil naim tengah memanjat. Heheheheheh Anak ayah..

Post a Comment

1 Comments

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.