Advertisement

Main Ad

Kenapa Aqil lambat tidur malam ni syg?!!

~Jam dah dekat pukul 12.30am, tapi aku tengok anak teruna aku ni aktif lagi. Adoiyai Aqil Naim. Tak mengantuk lagi ke sayang ibu ni? Siang tadi dekat rumah mama tak puas main ke? Ataupun Aqil dah puas tidur siang tadi. Aih esok ibu kerja sayang. Tidurlah...~

Puas aku pujuk ajak tidur, tak jugak dia nak tidur. Vcd Zikirullah Ustaz Zulkarnain dah berulang2 pasang lebih dari 10 kali. Dah habis je, dia suruh pasang balik. Akupun dah naik hafal sesetengah zikir2 tu. Ermm sekurangnya bertambah skit pahala bila sama2 ikut bacaan zikir tu. Huhuhu Aku tengok mata dia tak jugak kuyu2, yang kuyu mata aku. Alamak.. Apa nak buat ni. Laptop dah lama aku shutdown. Malas aku nak main facebook malam ni. Line macam hampeh. Loading game pun lembab. Tension betul. Buat rugi je bayar broadband bulan2 RM68. Aku tengok Aqil masih lagi dengan aktiviti baru dia. Bentang napkin atas tilam pastu dia angkat balik napkin tu, dia bentangkan balik. Itu je yang diulangnya. Mungkin pelajaran baru kot. Bentang Kain!! Tu yang dia ecxited lebih tu. Huhuhuhu Macam2 lah anak ibu ni. Ada je benda baru nak dibuatnya. Namapun budak nak membesar, macam2 dia nak tau. Budak bijak le katakan.

Akupun bingkas bangun, on laptop aku balik dan bukak blog. Inilah hobi suka suki aku kalau agak2 ada benda yang nak ditulis. Bukan hari2pun, agak2 bila idea tu melayang2 dekat kepala otak ni baru mula nak mengarang. Bukan senang nak kembangkan ayat2. Dulu waktu sekolah cukup tak suka buat karangan. Tapi sekarang, kalau dah mula mengarang menjela2 ceritanya. Hihihi Budak sastera lah katakan. Sebenarnya hari ni macam2 yang berlegar difikiran aku. Dari pagi tadi, petang sepanjang perjalanan nak balik rumah dan membawa ke tengah malam. Masih ligat lagi otak aku berfikir. Apa yang aku fikirkan? Macam2.. Sampai kadang2 aku sendiri pun tak ingat. Siang tadi, aku terbaca keratan akhbar Harian Metro. Kisah kesetiaan seorang suami yang menjaga isterinya yang lumpuh hampir 8 tahun. Anak ada 9 orang dan kebanyakannya duduk berhampiran, tapi tak seorangpun yang sanggup menjaga ibu mereka. Malah menghantar si isteri ke hospital pun terpaksa menaiki teksi. Aduhai!! Semua mengharapkan si ayah yang dah berusia 60an untuk menguruskan ibu mereka. Betul kata orang, ibu seorang mampu menjaga anak 10 orang tapi anak 10 orang pun tak mampu nak menjaga seorang ibu. Bila difikirkan beranak anak ramai2pun tak guna jugak. Tapi adakah kerana salah didikan? Ataupun 'terlebih' didikan? Aku tertanya2. Salah siapa? Salah anak 100%? Atau salah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak dan membiarkan anak mereka atas alasan 'anak mereka dah dewasa, ada hidup dan tanggungjawab lain..' Bukankan ibu bapa pun satu tanggungjawab anak2 jugak? Selagi mereka bernyawa. Selagi kita dapat peluk dan cium mereka?  Inilah masanya. Bukan bila mereka dah tiada. Masa tu menangis air mata darah sekalipun tak guna. Siapa yang duduk merantau jauh, rajin2 lah pulang ziarah ibu bapa masing2 selagi mereka bernyawa. Lima atau enam bulan sekalipun tak apa daripada tak balik langsung. Memang sekarang zaman moden, boleh telefon guna handphone ataupun hantar MMS. Paling terbaru boleh buat Video Call. Tapi tak sama dengan memeluk dan mencium mereka. Bau badan mereka, yang membuat kita lena dalam dakapan mereka setiap malam waktu kecil dulu. Kesian mereka, menanti dan mengharap kepulangan insan yang paling mereka kasihi seumur hidup mereka. Setiap kepulangan pasti akan disambut dengan senyum lebar dan titisan air mata. Disulami dengan peluk cium mesra. Oh Ibu!! Oh Ayah!!

Aku pandang Aqil sekilas, satu2nya anak ku. Macam mana dia dah besar nanti? Adakah dia juga akan meninggalkan ku? Itu semestinya. Kerana dia bakal ada kehidupan sendiri. Dunia sendiri. Berkeluarga. Berkerjaya. Tapi mungkinkan dia akan melupakan ku. Kerana leka dan asyik dengan kehidupan barunya. Keluarga barunya dan kerjayanya? Ya Allah!! Aku mohon kepadamu. Hanya kepadamu. Kau aturkanlah yang terbaik buat insan2 yang kusayangi. Untuk agamaku dan kehidupanku. Wahai anak ku, ibu berdoa semoga kau menjadi anak yang sentiasa taat pada Pencipta mu.. Agama mu.. Dan pada kami orang tua mu.. Kau lah satu2nya anak ibu. Dunia dan akhirat...

* Masa aku tulis entry ni, Aqil Naim tengah mewarna. Dah mewarna pulak malam2 buta ni. Tidurlah sayang. Esok ibu kerja.. 

Post a Comment

0 Comments