Advertisement

Main Ad

Rawatan Bulanan..

Hari ni pagi2 lagi abah dah hantar aku ke hospital. Sampai2 saja aku terus ke Wad Rawatan Harian Thalasemia yang bertempat di Tingkat 2 bangunan ACC. Biasalah, namapun dah jadi rumah kedua. Aku masuk aku keluar ikut suka hati. Buat macam rumah sendiri. Keadaannya macam biasa. Jururawat2 yang sibuk menjalankan tugas hakiki mereka. Para2 doktor yang bertanggungjawab dan menjadi tempat rujukan para pesakit. Dan aku, terus ke katil favorite aku ~betul2 depan meja doktor & jururawat. Duduk dekat dengan diorang buat hati aku tenang. Apa2 jadi waktu masuk darah nanti, mereka ada depan mata.. Hehehehe Seperti biasa lepas aku simpan barang2 yang aku bawa di katil, kaki terus melangkah ke bilik rawatan (ambil giliran untuk di cucuk). Tapi memandangkan sekarang musim cuti sekolah. Terlalu ramai budak2 kecik berbanding yang seangkatan usia ku. Terasa tua pulak diri ni. Heheheh padahal memang dah tua pun ibu Aqil ni.. Aku menanti. Mengalah pada yang lebih kecil untuk dicucuk. Kesian mereka. Tatkala jarum menusuk ke rongga kulit, waktu itulah terdengar raungan kesakitan yang tak tertanggung oleh tubuh kecil itu. Sayu!! Mungkin begitulah keadaan aku satu waktu dulu. Dan naluri keibuan ku tersentuh. Kalaulah Aqil Naim ditempat mereka....... Semoga Allah jauhi semua itu..

Selesai giliran dicucuk, aku kembali ke katil.. Menanti saat dimasukkan darah. Tepat jam 10 pagi darah pek pertama dimasukkan. Tap! Tap! Tap! Setitik demi titik jatuh dan mengalir perlahan ke tubuh ini. Aku terus sabar menanti.. Alhamdulillah perjalanan nya mudah. Lebih kurang mengambil masa 2 1/2 untuk mengabiskan pek pertama.

Tepat pukul 12.30, pek kedua menyusul.. Keadaan dan situasi yang sama juga berulang.. Tap! Tap! Tap! Setitik demi titik... Masih sabar menanti. Dan saat itu.. Aku memandang keadaan persekitaran.. Anak kecil merengek minta dibawa pulang. Ibu bapa yang berusaha memujuk anak supaya bertahan dan bersabar. Kasihan... Mereka seperti ku juga.. Sama2 ingin berjuang & terpaksa berjuang.. Demi masa depan yang masih samar... Memandang anak2 kecil yang seusia Aqil Naim.. Aku dihambat pilu.. Kalaulah sesuatu yang buruk terjadi padaku.. Jika aku sudah tidak mampu untuk bertahan.. Bagaimana dengan Aqil.. Ya Allah.. Kau panjangkan lah umurku ini.. Kerana tanggungjawabku masih belum selesai.. Aminnn...

P/s: Apasal ayat2 entry kali ni terlalu skema & agak2 protokol.. Isk Isk Isk.. Sebenarnya cerita lain yang aku nak sampaikan.. ~Apa yang doktor pakar bagi tau tadi~ agak merunsingkan fikiran lah jugak.. Berkaitan hidup & mati lah jugak.. Yerlah manusia ni ada 2 je.. Kalau tak hidup, dia mati.. Hehehehe ;op Ermmm aku takut.. Tapi masih belum bersedia berkongsinya dengan kalian.. Masih menyusun bait2 ayat untuk disampaikan.. Insya'allah di entry2 akan datang yer... ;o) Sabarrrrrr...


Post a Comment

0 Comments