Advertisement

Main Ad

Uwaaaaa Aqil Nak Ibu!!

Hehehehe kesian anak ibu.. Menangis2 dalam telefon nak kan ibu. Ibu keje sayang. Tunggu ibu balik petang nanti yer. Kalau kawan2 nak tau, hari ni aku merempit dengan abah waktu datang pejabat pagi tadi. Huhuhu Atok & ibu Aqil merempit beb!! Bukan kami saja suka2 nak merempit tapi terpaksa sebab Red Baby abah dah masuk wad. Huhuhu Dalam entry lepas (Debabommm!!) ada aku ceritakan tentang Red Baby abah yang ijured kan?? Jadi dah sampai masanya dia dirawat. Supaya kembali ke bentuk & rupa asal, kiranya buat surgery jugaklah.. ;op So, hari ni & esok, abah & emak amik cuti.. Dan hari ni pagi2 lagi abah hantar aku pegi kerja macam biasa naik motor. Nasib ada motor. Tapi hari ni aja. Lepas ni pandai2lah aku cemana nak pegi & balik keje. Sebab dah tentu Big Boss kena bawak "MEM BESAR" (my mom) naik motor nak pegi balik keje. Pagi tadi Aqil tak dihantar ke rumah pengasuh a.k.a Mama Watie. Kalau opah cuti kadang2 dia nak jaga Aqil. Mungkin bosan dirumah. Ada dak tecik tu, riuh sikit rumah. Dan memang dah aku jangkakan, RUMAH akan riuh bila ada Si Aqil Naim. Tengah aku sedap menjamah nasi pukul 9.30 pagi tadi (Hamboi2 ibu Aqil pagi2 buta dah melantak baik punyerrr).. Hp aku berbunyi.. EMAK CALL... Bila aku jawab je panggilan emak, apa yang aku dengar ~UWAAAAAAAAAAAAAAA~ suara dia... Bukan suara emak tapi Aqil.. Hahahahahhahaha masalahnya yang buat aku gelak sebab dalam suara Aqil menangis melalak2 2 aku dengar suara gabra emak..

Emak..
"HAA!! NAH AQIL CAKAP DENGAN IBU NI.. CEPAT... CAKAP LER... ~BUUUUU~" Cuba memujuk.. Namun si Aqil, tetap dengan lalakannya.. ;o) mesti besar nganga'an mulut comel si Aqil Naim waktu itu..

Akupun cuba memujuk..
"AQIL.. KENAPA?? IBU KERJA NI.. PETANG NANTI IBU BALIK YERRR SAYANG..."

Namun yang aku dengar..
"UWAAAAAAAAAAAAAA.."

Hehehehe Aqil terus menangis.. Aku tanyakan pada emak.. Kenapa Aqil nangis.. Mak cakap...

"DIA TENGOK PINTU BILIK KAMU TUTUP.. DIA KETUK2 PANGGIL IBUUUU IBUUUU TAPI TAK JAWAB.. DIA SURUH MAK BUKAK PINTU.. MAK BUKAK TAPI BILIK KOSONG.. DIAPUN APA LAGI... MELALAK LER.. NAK IBUUUUU NAK IBUUUUU..."

Alahai anak ibu Si Aqil Naim.. Sayu hati ibu.. Ibu kerja sayang.. Bukan sengaja tinggalkan Aqil.. Mungkin baginya bila dia di rumah yang dia mahukan, aku ada bersamanya.. Dah hati aku sayu bila mengenangkan andai tiba saat itu satu hari nanti... Saat yang sudah aku janjikan PADANYA.. Saat aku terpaksa tinggalkan segala2nya nikmat dunia.. Termasuk si Aqil Naim.. Bagaimana dengan dia?? Adakah seperti ini.. Meraung dan terus menjerit memanggil IBUUuuuuuuu..

Anak ibu.. Tabahkan dirimu sayang.. Kuatkan hatimu.. Kerana ketentuan itu adalah dari-NYA.. Kerana kasih sayangnya pada kita.. Ibu akan tetap menyayangimu sayang.. Tak akan berhenti menyayangi mu.. Dan ibu akan sentiasa disisi mu selagi ibu ada didalam hati mu anakku..

P/s: Entah kenapa aku rasa nak menulis entry ni.. Kenapalah aku suka sangat memikirkan pasal perkara macam ni.. Sepatutnya aku buangkan semuanya jauh2.. Emo tak bertempat.. Tapi adakah perasaan ini satu kesalahan???!! Aku berhak bukan?? Untuk mempunyai perasaan sebegini.. Aduhai hati.. Kuatlah.. Jangan kau mudah rapuh dengan bisikan2 yang bisa menjatuhkan semangatmu itu..
Hahaha Kalau nak tau bakat ni memang dah lama ada pada Aqil..
Dari dalam pantang lagi..
Aqil memang ada sawan tangis dulu2..
Jenuh jugaklah berubat..
Bayangkan, dia boleh menangis 2 jam tanpa henti..
Perghhhh!!!

Post a Comment

6 Comments

  1. tu diaa...luas nganga aqil tu..ni besar esok nk jadi penyanyi ke?
    saya pun sama..berat kaki nk melangkah ke tempat kerja kalau nabila asyik panggil 'ma..ma..'

    ReplyDelete
  2. biasalah Salina..naluri ibu..mesti emo kan ibu ingat anak..huhu

    ReplyDelete
  3. btul 2 ieda.. tp aqil ni dia jarang menangis ble dihantar rumah mama dia.. dia suka.. cuma ble duduk rumah tggl dgn opah, agak2 tgh hari dia perasan ina x ada bru mencari2.. ;o)

    ReplyDelete
  4. noina: btul lah.. kte emo sgt.. naluri seorg ni trlalu kuat..

    ReplyDelete
  5. sabola ina...mana ibu yang sanggup melihat ank yer begitu...sedih kyati baca kat ending tu...kyati faham apa yg ina rasa...

    ReplyDelete
  6. hehehe sabar le ni k.yati.. cuma kdang ter'emo skit.. hehehe sedey..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.